Tuesday 31 August 2010

what makes me patriotic?

Ok ok.. apa yang membuat aku merasakan diri aku patriotik walaupun baru bangun pukul 10 pagi tadi... wakakaka...

1. Aku boleh tahan memandu kereta manual pergi-balik kerja ( padahal amik mama je ) dalam keadaan yang jem yang teramat teruk. Nak mengeluh buat apa kan? Dah biasa.

2. Aku suka makan nasi lemak dan roti canai.... hehehehe.... True malaysian what? Dan berjaya menambahkan berat badan. erk!

3. Walaupun aku tak beli bendera Malaysia... at least aku pakai kereta buatan Malaysia.. keh keh keh...

4. TV kat rumah takda Astro...... ( ehhh ye ke?)  so TV1 dan TV2 terpaksa menjadi pilihan... =)

5. Aku suka masakan Malaysia style... makanan barat apa barang! *ok.. hipokrit di situ... kekadang melantak gak western food tapi sekali sebulan je kot... hehehe

6. Aku bayar semua bil dan saman on time... kot.. =p

7. Aku sokong industri tempatan dengan membeli yang original.. (DVD,CD) dan beli tak ori untuk filem2 luar negara.. erkk... *cam tak kena je kan? wakakaka...

8. dan akhir sekali............. aku prefer lelaki tempatan dari lelaki luar negara. Boleh gitu?

owh.berjaya senaraikan 8 je. oklah tu. Jap lagi nak keluar beli barangan buat biskut raya. Ehem.. patriotik jugak kan kalau teruja dengan perayaan-perayaan dalam Malaysia.

=)

Salam merdeka semua!



dan berbangga dengannya!


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Monday 30 August 2010

kenangan lailatul qadar dengan ayah

"Lepas basuh pinggan, ikut abah pergi masjid," kata abah separuh memerintah. 


Aku memandang kepada emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan. Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur. 


Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja. 


Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib. 

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Mata ku terpaku pada kubah masjid, kagum dan jari jemari ku sedikit mengigil kerana rasa kagum yang amat sangat. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.


"Kenapa?" tanya abah. 

"Lailatuqadar," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah... 


"Berapa lama engkau tak ke masjid!!?" Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini. "Dia orang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor... Pasal tu kubah tu dia orang angkat letak kat tanah," sambung abah lagi. 


Kalau emak ada di sini tentu dia ketawakan aku. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya. 



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Friday 27 August 2010

kenangan terawih bersama ayah

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu. 
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku 
membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku 
mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan 
semula gula-gula itu ke tempatnya semula. 

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat terawih.Ketika sedang 
rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. 
Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu. 
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham 
maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu 
semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi. 
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan 
tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah 
mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya. 


Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam. 


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Tuesday 24 August 2010

menangis

ASSALAMUALAIKUM.
YA,MENANGIS.
TERASA NAK MENANGIS SEPUAS-PUASNYA.
MENANGIS YANG BESUNGGUH-SUNGGUH.
SAYA TAK TAU KENAPA PERASAAN INI ADA DENGAN SAYA DI WAKTU INI.
SAYA RASA SUNYI.
SEPI.
SEDANGKAN SAYA DIKELILINGI UMAT MANUSIA.
KADANG2 JUGA SAYA MELIHAT MEREKA KETAWA.
MEREKA BERCAKAP DENGAN NADA YANG KUAT.
TAPI SUNGGUH.
SAYA TAK MENDENGAR APE2.
BUKAN BERMAKSUD SAYA PEKAK ATAU TULI.
TAPI PERASAAN ITU HILANG.

YA.SAYA PERLUKAN DIA.
TAPI SAYA AGAK TERKILAN,
SAYA TAK TERLUAH UNTUK MENGATAKAN
SAYA PERLUKAN DIA.
SEKARANG.
DI SAAT INI.
BUKAN UNTUK MEMUJUK ATAU BUAT APE2.
CUKUP SEKADAR TUNJUKKAN MUKA.

YA.SAYA TAU DIA JAUH.
MANA MUNGKIN DIA TIBA2 MUNCUL DEPAN MATA SAYA.
MEREPEK KAN..
MEREPEK DAN TERUS MEREPEK..
TERIMA KASIH YE AWAK DAN AWAK.
SANGGUP BACA SAMPAI HABIS.HUHU:)





♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Adik Beradik Angkat


Korang masa sekolah dulu musti ada abang angkat, kakak angkat, adik angkat segala kan? I guess, tujuan asal orang buat siblings angkat ni sebab they don't have the meant siblings themselves. e.g. orang yang amik adik angkat sebab x pernah ada adik, so on and so forth.

Tapi masa zaman kita (dan maybe until today), tujuan ambik abang/kakak/adik angkat ni dah lari dari tema asalnya. Adik dah bersusun satu batalion pun, ada hati nak amik adik angkat lagi. Kakak/abang kandung dah ada pun, rasa x cukup kasih sayang lagi... so start la amik adik angkat. Dan yang paling x dapat dinafikan adalah biasanya angkat-mengangkat ni ada hidden agenda.

  1. Sebab abang/kakak/adik angkat tu hensem, pandai, comel
  2. Untuk mengaburi niat sebagai awek/boyfren
  3. Nak slow-slow mendekati orang yang kita admire tu



Adik beradik  angkat,tak pernah ada istilah dalam islam menyebut tentangnya,hanya anak angkat saja yang ada.Adik beradik angkat adalah ajnabi terutamanya yang berlainan kaum.. bersama-sama dengan  ajnabi lebih-lebih lagi yang berlainan kaum, berbual mesra, keluar dengan ajnabi dianggap menghampiri zina... adik beradik angkat itu hanyalah topeng syaitan yang boleh membawa kepada zina, dan dalam Al-quran sudah jelas Allah SWT mengharam kita untuk menghampiri zina, apatah lagi melakukannya sama ada sedar atau tidak... tetapi begitulah lumrah manusia, memerlukan sesorang sebagai pengubat atau penawar hati.. abang dan adik angkat selalunya menjadi  tempat diadukan masalah. 


Sebaiknya-baiknya,kita usahalah supaya nak berangkat-angkat ni biarlah yang sama kaum dengan kita.yang lelaki sama dengan lelaki,yang perempuan sama dengan perempuan.tak adalah timbul fitnah bila berbincang di tempat awam mahupun pandangan orang tentang kita.
Tetapi kalau ada pun lelaki inginkan adik angkat perempuan pastikan niatnya baik,ingin mendidik,berikan ilmu pengetahuan lebih-lebih lagi dalam agama islam dan selalu mendoakan kesejahteraan adik angkat perempuannya itu...begitu juga dengan perempuan yang inginkan adik angkat lelaki...





Janganlah berangkat dengan berlainan kaum  kerana ingin melakukan maksiat...


ingatlah,amar makruf nahi mungkar...
ANDA FIKIRKANLAH...

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Sunday 15 August 2010

suka duka ramadhan

Ok sebelum ade sesape yg komen blog aku ade lalang la sawang la pokok taik ayam la.Baik aku update sikit.Sesiapa yg berkenaan jgn terasa hati yer.Hik2

Kita ni walaupun puasa, kehidupan mesti diteruskan ewah. jangan la asek pegang perut sambil berguling depan tv tengok cenel AFC. memang la azan zohor dah rasa nak buat teh ais kan. Tapi sebab i pun hampir-hampir givap siang tadi jadi sebab nak distract dari perut 

kualiti kesihatan tidak memuaskan!! hari pertama dan kedua ramadhan, aku dah mule demam, batok dan selsema. seriusly memang sangat tak larat dan lembik. nasib baik kat rumah, ade gak mama tersayang boleh jaga aku

alhamdulillah demam dah kebah beberape hari lepas tu, tapi 1 je yang tak sembuh2. BATOK! ya, once aku batok, memang susah nak sembuh. berpantang pon bukan main lagi. tak makan makanan berminyak, pedas dan tak minum ais. tapi batok tetap melekat dalam badan ni. takpe, Allah nak hapuskan dosa2 kecil aku. :)

sedar tak sedar. dah lima hari ye kita berpuasa. so far puasa aku penuh lagi :) tiada kompromi. bila nak cawautaya ni? boleh makan tengah hari. dah lebih kurang seminggu tak lunch ni. asyik dinner je. heh.

ouh ye. hari-hari aku sebagai second year intaff student kononnya semakin menanamkan sifat cinta dan sayang akan buku yang bertimbun-timbun dan agak tersusun di bilik tu. aku dah taknak jadi goblog macam blog ni. yeye cakap nak mula study. bilanya nak mula tatau. takpe, slow-slow lama-lama jadi laju. haa.

tapi sejak puasa ni aku dah mula nak rapat-rapat dengan buku-buku tu. ye la, taknak jadi goblog katekan. usaha tangga kejayaan. bila fikir-fikir balik tahun ni je nak bersusah payah habiskan masa dengan buku kan. tu pun kene paksa dulu dengan mama. haish! apsal tak tersedar pasal ni dari awal tahun haritu? kenapa mesti sekarang. nasi dah jadi bubur lambuk :(

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Tuesday 10 August 2010

Doa Harian Ramadhan



Doa Hari – 1


Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar-Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku dari Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ...
Wahai Tuhan Sekalian Alam!!
Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa.


Doa Hari – 2


Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keridhoan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dad Semua Pengasih!!


Doa Hari – 3


Yaa Allah! Berikanlah Aku Rezki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!


Doa Hari – 4


Yaa Allah! Berikanlah Kekuatan Kepada Ku, Untuk Menegakkan Perintah-Perintah-Mu, Dan Berilah Aku Manisnya Berdzikir Mengingat-Mu. Berilah Aku Kekuatan Untuk Menunaikan Syukur Kepada-Mu, Dengan Kemuliaan-Mu. Dan Jagalah Aku Dengan Penjagaan-Mu Dan Perlindungan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Melihat.


Doa Hari – 5


Yaa Allah! Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Memohon Ampunan, Dan Jadikanlah Aku Sebagai Hamba-Mu Yang Sholeh Dan Setia Serta Jadikanlah Aku Diantara Auliya'-Mu Yang Dekat Disisi-Mu, Dengan Kelembutan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Pengasih Di Antara Semua Pengasih.


Doa Hari – 6


Yaa Allah! Janganlah Engkau Hinakan Aku Karena Perbuatan Maksiat Terhadap-Mu, Dan Janganlah Engkau Pukul Aku Dengan Cambuk Balasan-Mu. Jauhkanlah Aku Dari Hal-Hal Yang Dapat Menyebabkan Kemurkaan-Mu, Dengan Anugerah Dan Bantuan-Mu, Wahai Puncak Keinginan Orang-Orang Yang Berkeinginan!


Doa Hari – 7


Yaa Allah! Bantulah Aku Untuk Melaksanakan Puasanya, Dan Ibadah Malamnya. Jauhkanlah Aku Dari Kelalaian Dan Dosa-Dosa Nya. Dan Berikanlah Aku Dzikir Berupa Dzikir Mengingat-Mu Secara Berkesinambungan, Dengan Taufiq- Mu, Wahai Pemberi Petunjuk Orang-Orang Yang Sesat.


Doa Hari – 8


Yaa Allah! Berilah Aku Rezki Berupa Kasih Sayang Terhadap Anak-Anak Yatim Dan Pemberian Makan, Serta Penyebaran Salam, Dan Pergaulan Dengan Orang-Orang Mulia, Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Tempat Berlindung Bagi Orang-Orang Yang Berharap


Doa Hari – 9


Yaa Allah! Sediakanlah Untuk Ku Sebagian Dari Rahmat-Mu Yang Luas, Dan Berikanlah Aku Petunjuk Kepada Ajaran-Ajaran-Mu Yang Terang, Dan Bimbinglah Aku Menuju Kepada Kerelaan-Mu Yang Penuh Dengan Kecintaan-Mu, Wahai Harapan Orang-Orang Yang Rindu.


Doa Hari – 10


Yaa Allah! Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Bertawakkal Kepada-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang- Orang Yang Menang Disisi-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Dekat Kepada-Mu Dengan Ihsan-Mu, Wahai Tujuan Orang-Orang Yang Memohon.


Doa Hari – 11


Yaa Allah! Tanamkanlah Dalam Diriku Kecintaan Kepada Perbuatan Baik, Dan Tanamkanlah Dalam Diriku Kebencian Terhadap Kemaksiatan Dan Kefasikan. Jauhkanlah Dariku Kemurkaan-Mu Dan Api Neraka Dengan Pertolongan-Mu, Wahai Penolong Orang-Orang Yang Meminta Pertolongan.


Doa Hari – 12


Yaa Allah! Hiasilah Diriku Dengan Penutup Dan Kesucian. Tutupilah Diriku Dengan Pakaian Qana'ah Dan Kerelaan. Tempatkanlah Aku Di Atas Jalan Keadilan Dan Sikap Tulus. Amankanlah Diriku Dari Setiap Yang Aku Takuti Dengan Penjagaan-Mu, Wahai Penjaga Orang-Orang Yang Takut.


Doa Hari – 13


Yaa Allah! Sucikanlah Diriku Dari Kekotoran Dan Kejelekan. Berilah Kesabaran Padaku Untuk Menerima Segala Ketentuan. Dan Berilah Kemampuan Kepadaku Untuk Bertaqwa, Dan Bergaul Dengan Orang-Orang Yang Baik Dengan Bantuan-Mu, Wahai Dambaan Orang-Orang Miskin.


Doa Hari – 14


Yaa Allah! Janganlah. Engkau Hukum Aku, Karena Kekeliruan Yang Ku lakukan. Dan Ampunilah Aku Dari Kesalahan-Kesalahan Dan Kebodohan. Janganlah Engkau Jadikan Diriku Sebagai Sasaran Bala' Dan Malapetaka Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Kemuliaan Kaum Muslimin.


Doa Hari – 15


Yaa Allah! Berilah Aku Rezki Berupa Ketaatan Orang-Orang Yang Khusyu'. Dan Lapangkanlah Dadaku Dengan Taubatnya Orang-Orang Yang Menyesal, Dengan Keamanan-Mu, Wahai Keamanan Untuk Orang-Orang Yang Takut.


Doa Hari - 16


Yaa Allah! Berilah Aku Kemampuan Untuk Hidup Sebagaimana Kehidupan Orang-Orang Yang Baik. Dan Jauhkanlah Aku Dari Kehidupan Bersama Orang-Orang Yang Jahat. Dan Naungilah Aku Dengan Rahmat-Mu Hingga Sampai Kepada Alam Akhirat. Demi Ketuhanan-Mu Wahai Tuhan Seru Sekalian Alam.


Doa Hari – 17


Yaa Allah! Tunjukkanlah Aku Kepada Amal Kebajikan Dan Penuhilah Hajat Serta Cita-Cita Ku. Wahai Yang Maha Mengetahui Keperluan, Tanpa Pengungkapan Permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui Segala Yang Ada Didalam Hati Seluruh Isi Alam. Sholawat Atas Mohammad Dan Keluarganya Yang Suci.


Doa Hari – 18


Yaa Allah! Sedarkanlah Aku Akan Berkah-Berkah Yang Terdapat Di Saat Saharnya. Dan Sinarilah Hatiku Dengan Terang Cahayanya Dan Bimbinglah Aku Dan Seluruh Anggota Tubuhku Untuk Dapat Mengikuti Ajaran-Ajarannya, Demi Cahaya-Mu Wahai Penerang Hati Para Arifin.


Doa Hari – 19


Yaa Allah! Penuhilah Bagianku Dengan Berkah-Berkahnya, Dan Mudahkanlah Jalanku Menuju Kebaikan-Kebaikannya. Janganlah Kau Jauhkan Aku Dari Ketertedmaan Kebaikan- Kebaikannya, Wahai Pembed Petunjuk Kepada Kebenaran Yang Terang.


Doa Hari – 20


Yaa Allah! Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Sorga Dan Tutupkanlah Bagiku Pintu-Pintu Neraka, Dan Berikanlah Kemampuan Padaku Untuk Membaca Ai-Quran Wahai Penurun Ketenangan Di Dalam Hati Orang-Orang Mu'min.


Doa Hari – 21


Yaa Allah! Berilah Aku Petunjuk Menuju Kepada Keridhoan- Mu. Dan Janganlah Engkau Bed Jalan Kepada Setan Untuk Menguasaiku. Jadikanlah Sorga Bagiku Sebagai Tempat Tinggal Dan Peristirahatan, Wahai Pemenuh Keperluan Orang- Orang Yang Meminta.


Doa Hari – 22


Yaa Allah! Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Karunia-Mu, Turunkan Untuk ku Berkah-Berkah Mu. Berilah Kemampuan Untuk ku Kepada Penyebab-Penyebab Keridhoan-Mu, Dan Tempatkanlah Aku Di Dalam Sorga-Mu Yang Luas, Wahai Penjawab Doa Orang-Orang Yang Dalam Kesempitan.


Doa Hari – 23


Yaa Allah! Sucikanlah Aku Dari Dosa-Dosa, Dan Bersihkanlah Diriku Dari Segala Aib. Tanamkanlah Ketaqwaan Di Dalam Hatiku, Wahai Penghapus Kesalahan Orang-Orang Yang Berdosa.


Doa Hari – 24


Yaa Allah! Aku Memohon Kepada-Mu Hal-Hal Yang Mendatangkan Keridhoan-Mu, Dan Aku Berlindung Dengan- Mu Dan Hal-Hal Yang Mendatangkan Kemarahan-Mu, Dan Aku Memohon Kepada-Mu Kemampuan Untuk Mentaati-Mu Serta Menghindari Kemaksiatan Terhadap-Mu, Wahai Pemberi Para Peminta.


Doa Hari – 25


Yaa Allah! Jadikanlah Aku Orang-.Orang Yang Menyintai Auliya-Mu Dan Memusuhi Musuh-Musuh Mu. Jadikanlah Aku Pengikut Sunnah-Sunnah Penutup Nabi-Mu, Wahai Penjaga Hati Para Nabi.


Doa Hari – 26


Yaa Allah! Jadikanlah Usaha ku Sebagai Usaha Yang Di syukuri, Dan Dosa-Dosa ku Di ampuni, Amal Perbuatan Ku Diterima, Dan Seluruh Aib ku Di tutupi, Wahai Maha Pendengar Dan Semua Yang Mendengar.


Doa Hari – 27


Yaa Allah! Rizkikanlah Kepadaku Keutamaan Lailatul Qadr, Dan Ubahlah Perkara-Perkara ku Yang Sulit Menjadi Mudah. Terimalah Permintaan Maafku, Dan Hapuskanlah Dosa Dan Keslahanku, Wahai Yang Maha Penyayang Terhadap Hamba- HambaNya Yang Sholeh.


Doa Hari – 28


Yaa Allah! Penuhkanlah Hidupku Dengan Amalan-Amalan Sunnah, Dan Muliakanlah Aku Dengan Terkabulnya Semua Permintaan. Dekatkanlah Perantaraanku Kepada-Mu Diantara Semua Perantara, Wahai Yang Tidak Tersibukkan Oleh Permintaan Orang-Orang Yang Meminta.


Doa Hari – 29


Yaa Allah! Liputilah Aku Dengan Rahmat Dan Berikanlah Kepadaku Taufiq Dan Penjagaan. Sucikanlah Hatiku Dan Noda-Noda Fitnah Wahai Pengasih Terhadap Hamba- HambaNya Yang Mu'min.


Doa Hari – 30


Yaa Allah! Jadikanlah Puasa ku Disertai Dengan Syukur Dan Penerima Di Atas Jalan Keridhoan-Mu Dan Keridhoan Rasul. Cabang-Cabangnya Kokoh Dan Kuat Berkat Pokok-Pokoknya, Demi Kenabian Mohammad Dan Keluarganya Yang Suci, Dan Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.





♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Thursday 5 August 2010

Arguement

Whats the point of arguing things without thinking of any solutions. Whats the point fighting over something that we know we could not get it. Whats the point hating and blaming each other just because of a simple mistake that could be covered by certain means that we do not put our thinking cap together and think.

I know sometimes a person makes a mistake especially when it involves you, we have the right to be angry at him or her. I also understand sometimes blaming a person because of his or her carelessness is necessary so that the person can learn his or her lesson. But dragging the problem, arguing and be angry until no full stop would just result more complicated problems. Sometimes the person which make the mistake also has his or her owndefendant reason. So both of us go on and on with the arguing until no resolution is made and no solution is found.

So, personally I think in this case, tolerance and rational thinking should take place. We should stop argue a matter that could not be solved by debating,squirrelling or other types of the same category.

Let us just look ahead and start thinking for back-up plan or a solution!
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Sunday 1 August 2010

Luputkan kesedihan

Dimana aku merasa terhimpit akan beban yang sangat besar,

aku harus percaya setiap keadaan pasti akan berubah.

Tiap detik akan terus bergilir .

Tahun demi tahun akan tetap berganti.

Jangan pernah merasa terhimpit sejengkal pun.

Menanti datangnya kemudahan dengan rasa sabar.

Aku tidak akan terpaku pada waktu yang terbatas dengan kelam.

Mengapa aku hanya menatap pada dinding-dinding dan pintu-pintu

Padahal,

Aku harus menembus pandangan sampai ke belakang tabir 

dan berfikir bagaimana keluar dari himpitan tersebut.


Setelah merasa lapar ada rasa kenyang,

setelah haus ada kelegaan, setelah sakit ada sembuh, setelah sedih ada gembira.

Tiap-tiap yang hilang pasti akan bertemu.

Tiap kegelapan akan berangsur menjadi terang. 

Aku tidak akan berlari untuk menangis, 

kesedihanku hanya akan memadamkan api semangat,

 meredakan tekad dan membekukan jiwa.


Biar aku buka ubat hati yang tersimpan keruh,

 sebuah tawa bagi kesedihan untuk membuatku bergembira dan berbahagia.


Sebelum aku, orang mengeluh berat berpisah, 



dan ketakutan muncul pada yang mati dan hidup. 

Jika rusuk-rusuk menghimpun, 



suatu harapan nanti aku akan bertemu dengan bentukan jiwa yang lain

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...