Tuesday 26 October 2010

jeritan malam

Malam ini aku mendengar angin mendesir menghantar bisikan yang perlahan:

mungkin kau tak tahu


ke manapun langkahku

kusinari jalanku

agar aku jatuh dalam kegelapan

agar aku terpuruk dalam kekhilafan

agar aku terhantuk dalam kebimbangan


mungkin kau sedar


ke manapun ku pergi

aku selalu tiada ditemani

aku juga ingin sendiri dalam kesepian

aku juga ingin berhenti dalam kesunyian

agar aku tak menangis dalam kesedihan


aku bagaikan bintang  tanpa pemandu


yang tidak pancarkan cahaya

yang hantarkan kehangatan tanpa tanya

yang serahkan semua waktu untuk kau bawa


namun


ke manakah pergimu

saat aku tak mampu mengusir mendung yang menghalangiku?

kau menghilang saat aku memerlukanmu

meninggalkanku sedih dalam kesendirian

dan galau dalam kegelapan...


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Sunday 24 October 2010

Everybody come take my hand, we will walk this road together.

Kadang-kadang hidup boleh jadi sangat bosan hari-hari rasa kurang bersemangat, kadang-kadang pula hidup jadi sungguh gembira, hari-hari rasa nak senyum je. Inilah yang dipanggil hidup. Kita tak akan selama-lamanya gembira, kita juga tak akan selama-lamanya sedih dan kecewa. Semua tu ada hikmah, mungkin kita yang tak perasan. Rasa macam tak nak hari ini berakhir. Kenapa ya?


~baru habis baca~

Bercakap pasal peluang. Peluang, namanya pun dah p.e.l.u.a.n.g. Dia akan datang sekali sekala je dalam hidup. Jadi bila peluang tu datang, cuba ambik peluang yang datang tu. The outcomes boleh jadi bagus, boleh jadi tak berapa bagus. Bila dah ada depan mata, sebelum ambik peluang tu, bersedia dengan segala keputusan yang bakal kita terima supaya walau apa pun kesudahannya kita tak akan menyesal atas keputusan yang kita sendiri buat. Redha dan bersyukur itu lebih mulia bukan.

Bersyukur kerana aku berada di sini, right here right now. Bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Bersyukur dengan segala-galanya. Bersyukur kerana aku ada kamu, sahabat.





p/s: saja nak berkongsi buku yang aku baca dan album yang aku minat.


maaflah kalau aku asyik senyum dan gelak je dulu kini dan selamanya. Someone somewhere said "obviously Ally!" Haha I know.



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Monday 18 October 2010

he's upset

Lappy rosak. Nota-nota hilang! Nak exam minggu depan (26.10) , nota semua tak ada nak baca apa? Rasa nak sepak diri sendiri.
*sabar Ally sabar*


Feeling like slapping stupidity out of somebody!
*urut-urut dada, sabar sabar*

Shit happens all time, cant control it all!
*sabar Ally, tak kemana juga dengan marah kau tu Ally*

Banyak benda telah buat aku rasa nak marah betul. Perkara paling teruk adalah bila rasa nak marah yang meluap-luap tapi didiamkan sahaja, aku cuma tak mahu ikut kan hati. Nanti akhirnya kembali ke hati sendiri juga. Macam kita cabut paku kat dinding, kesannya tetapi ada. Tak kemana pun dengan marah kau tu Ally. Sabar, sabar. Pergi ambik air sembahyang. Kalau tak jalan juga tak tahu lah.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Friday 8 October 2010

05.10.2010

berada di tengah2 lambakan buku tapi baca x juga. kepala melayang fikirkan mama yg exciden n nak wat operation. saya hormati permintaan mama, dia xnk saya cerita kan keadaan nya sekarang kepada sesiapa termasuklah ayah. ni blog saya, biarlah hanya cerita saya dan saya bukan penagih simpati. sekian.

I'm sorry that I couldn't replied any message. I was bomb with something else that required my attention. Education n my mom comes first, so please understand. I'll appreciate that. Thank you.

Suddenly teringat kat org yang penah sayang kat aku, penah amek berat tentang aku. TAPI. Semua tu da berlalu. sekarang dah xda pun. semua tah ke mana.

LIFE MUST GO ON..
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Sunday 3 October 2010

Monolog mencari erti hidup

Rasanya seolah2 baru semalam dipimpin ibu berjalan di tepian pantai sambil membacakan seayat demi seayat surah2 lazim untuk saya hafal. Setiap hari saya menemani ibu mencari ikan2 kecil ketika air laut masih lagi surut. Sehinggalah suatu hari, sedang asyik bermain2 dalam lopak air masin, kedengaran panggilan mama, “anje, cepat balik. Kita nak bertolak petang ni. Bot dah dapat”

saya tidak menyangka itulah kali terakhir saya merasa nikmat bebas bermain di tepi pantai dengan teman2 . Selepas itu bermulalah perjalanan kami bertiga, mama, nenek dan saya mencari ayah yang tidak pernah saya temui.

Mama sering menceritakan kisah sedihnya saat membesarkan saya tanpa kehadiran ayah. Waktu itu kakak  saya yang baru berumur 4 tahun pula sedang sakit tenat. Sehari selepas saya lahir, kakak meninggal dalam pangkuan nenek. Kata mama, semasa melihat jari2 tangan kakak yang sedang memeluk leher nenek sudah menjadi biru tanda2 dia dalam nazak, mama mendekatinya dan sempat berbisik ke telinga kakak, “Ella, ibu relakan Ella pergi. Tunggu mama dan abah di syurga nanti,ya” Selepas itu kakak terus menarik nafas terakhir. Mama berusaha keras menahan perasaan kehilangan anak yang sedang lincah dan comel tanpa suami untuk berkongsi.

Mama membisikkan pada saya, “Kita akan terus tinggal di sini tanpa abah.”  Kata2 itu memulakan kehidupan kami di tengah kota Johor Bharu dan selepas itu kami tidak lagi pernah pulang ke kampung . Kata2 itulah juga memulakan perubahan kehidupan mama seoranga wanita kampung yang tidak pernah tinggal dibandar. mama terpaksa hidup berjimat sejimat-jimatnya.

Apa yang saya lihat setiap hari biasanya menimbulkan pertanyaan dalam hati tentang erti kehidupan.

Makan malam berlaukkan telur rebus
Sewaktu ibu membelah sebiji telur rebus untuk dikongsi dengan nenek dan kakak sebagai lauk makan malam, saya  bertanya dalam hati macam mana agaknya rasanya makan nasi dengan lauk pauk yang melimpah dan makan sepuasnya. Kami hanya mampu makan lauk yang terpaksa dijimatkan. Kalau ada rezeki adalah ikan bilis sebagai lauk tambahan. Hanya seekor ikan bilis untuk satu suap.

Kereta hanya milik orang kaya
Semasa memandang kawan2 dihantar ayah mereka ke sekolah menaiki kereta sedangkan saya kadang2 terpaksa berjalan kaki sejauh 5 km untuk menjimatkan belanja, saya berkata dalam hati alangkah enaknya jadi anak orang yang punya kereta. Kalau saya ada kereta saya akan duduk dan tidur dalam kereta itu.
Suatu hari seorang sepupu mama mengajak saya bersamanya pergi jalan2 melihat kapalterbang di Senai Airport menaiki kereta Mercedes anaknya yang baru dibeli. Kerana rasa teruja untuk jalan-jalan, ibu memakaikan saya baju biru belang2 kesukaan saya dan dengan sabar menanti ketibaan kereta Mercedes yang dijanjikan. Sebaik saja saya membuka pintu kereta dan duduk, terdengar suara isteri empunya kereta menjerit “Hei, mana boleh naik ramai2 ni. Berat sangat, nanti rosak kereta ni!!”
Dengan rasa malu saya berundur sambil berkata dalam hati ”kereta mercedes tu tak boleh bawa saya sebab saya orang miskin. Orang miskin ni berat.”
Saya berlari masuk ke rumah menangis kerana malu dihalau di depan orang. Baju biru belang2 yang menyalut badan saya yang kurus melidi itu basah dengan airmata.

Menumpang menonton tv di rumah jiran
Mama tidak mampu membeli radio atau tv. Untuk melihat jam pun pun terpaksa meninjau jam dinding jiran. Sekali seminggu mama membenarkan saya menumpang menonton cerita kartun kegemaran di tv rumah jiran, Itupun sekadar mengintai dari luar pintu rumah jiran itu. Menonton sambil berdiri sampai cerita selesai. Usah ditanya betapa siksanya berdiri sambil dihurung nyamuk. Kalau hujan, ibu menyuruh saya pakai payung. Masa itu saya berangan2 alangkah enaknya kalau ada tv di rumah sendiri dan menonton sambil berbaring dan ada kipas bertiup.

Bantuan Baitulmal Wilayah.
Suatu ketika saya menerima bantuan baju sekolah dari Baitulmal. Saya membelek-belek baju itu. Kainnya tebal dan kasar tidak sama dengan baju kawan2 lain. Sedang asyik membelek baju, cikgu memberitahu, “Elliy Zuraidy, nama kamu tersenarai  untuk pergi ke Masjid Negara minggu depan kerana ada jamuan untuk kanak2 miskin.”
Saya berangan2 sendiri, bagaimana agaknya rasanya punya duit yang banyak dan membelikan semua orang baju cantik dan menjamu mereka tanpa menyebut ‘jamuan untuk anak-anak miskin’.
Semasa nenek terlantar sakit hampir setahun, mama begitu sabar melayan nenek. Waktu itulah saya berusaha sendiri mencari rezeki dengan kerja tangan yang dijual di Pasar Malam. mama selalu berpesan kalau susah jangan minta pada siapapun. Saya tidak mahu mama susah hati takut mama tambah sakit. Oleh itu setiap kali mendapat hasil jualan saya akan tunjukkan pada mama.

p/s : Monolog-monolog mencari erti hidup sering berlegar dalam kepala saya tanpa suara. Kadang2 ia menjadi angan2, kadang2 menjadi dendam. Mungkin latihan dari mama supaya jangan mengharapkan bantuan orang dan berusaha sendiri untuk hidup membuat saya menjadi cepat matang. Monolog2 itu jugalah yang kerap saya ingat sampai sekarang kerana ia benar2 menjadi pengajaran yang amat mahal harganya.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...