Wednesday 20 April 2011

Memang seronok hidup berkelana

Tidur tak lena. Makan tak kenyang. Mandi tak basah. 


Kau ! ya kau la. Tak payah la nak frust menonggeng dalam selimut. 


Selama ini aku tidur dengan aman dan lena je dalam selimut. Mimpi pun, mimpi-mimpi yang seronok. Jadi ketua makhluk asing, memandu Nissan GTR atau terbang menggunakan suit seperti dalam filem Star Trek. Aku juga pernah mimpi jadi werewolf, sebab aku mahu gigit Bella. Penuh imaginasi kan mimpi-mimpi aku. haha.


Tapi bila kau frust, meroyan sorang-sorang dan melalak tak tentu lagu. Aku pun jadi serba tak kena.


Slipper! Again and again...

Kenapa kau makan tak kenyang? Sebab kau makan selipar! Kau selalu mintak selipar dari aku. 



Mandi kau mandi feeling guna tab, sebab tu tak basah.  Tuala kau busuk. dari mula semester sampai sekarang kau tak pernah basuh kan? nasib baik aku guna air wick freshner.


Mulut kau busuk. hati kau pun busuk. segala-galanya busuk pada kau.


Tidak sihat sebenarnya kalau meluahkan persaan tak puas hati dengan cara macam ni. Tapi nak buat macam mana, aku takda pilihan. Kalau aku cakap depan-depan aku rasa aku akan bertambah sakit hati. 


Senang cerita, buang masa je kalau aku straight forward dengan orang macam 'kau' yang di atas nih. Sebab orang macam nih jenis yang tak tahu malu dan tak faham bahasa. Menyalak je tahu lepas tuh buat muka. 


Sumpah annoying. Aku paling pantang orang buat muka okay. Rasa nak pijak je. Langsial.


Maaflah kepada pembaca sekalian. Ini episod kutuk mengutuk yang teramat geli untuk aku meneruskan sesi menaip.


Sampai di sini saja.


cetusan otak beku

Make Your Own Gifts Here

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Kad kahwin Zed Zaidi macam facebook. Kau ada?


Ni la kad jemputan kahwin Rozaidi Abdul Jamil dengan Natalia Mustafa Kamal 

sweet kan?

Majlis akad nikah

Tarikh : 29 April 2011
 
Lokasi : Restoran Felda Villa 

[  keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja ]

Majlis resepsi 

Tarikh : 7 Mei 2011

Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur

[ tema moden tradisional ]


save the date !


hero Drama Sembilu kasih 


Ceritera Cinta

Detik perkenalan bermula dengan facebook. mereka bermula sebagai rakan Facebook sehingga bertukar menjadi rakan perniagaan. bibit-bibit cinta berterusan mereka hanyalah kawan biasa sehinggalah selepas menunaikan umrah Zed Zaidi mendapat petunjuk dialah calon yang paling sesuai.

p/s: Moga berbahagia ke anak cucu.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Saturday 16 April 2011

Karma Oreo , Judge Judy, dan Kicap


Dulu masa kecik-kecik.

Benci, aku tak suka makan Oreo, manis giler!

Dulu gak (tak de lah dulu sangat), aku tak suka tengok citer Judge Judy ni. Sebab rasa annyoing gila makcik tua ni nak marah-marah.

Oh, dulu pun aku tak suka makan nasi berkuahkan kicap semata.

Sekarang dah besar?


Tak tahu apa perasaan, Oreo lah yang aku duduk cari nak ngunyah-ngunyah time tengok movie. Aku student, tak de TV kat hostel. Tu movie download saja. 


Pastu bangun pagi je setiap Khamis and Jumaat, mesti nak tengok cerita Judge Judy kat youtube. ya cerita tu dah lama tapi aku seronok pulak tengok makcik tu meroyan-royan handle case.

Kau ingat kau ada orang gaji nak masakkan sedap-sedap? Nasi lauk kicap dengan telur goreng pun dah kira sedap time-time lapar and penat. Kicap aku dah hilang. Damn. Aku tahu kau curi kan. Aku malas je nak tanya.

It's not about karma, but you never know the future. We might hate the person, but who knows he might be there when you in need. You never know benda yang ko detest the most tulah benda yang ko akan cari-cari kemudian hari.

Tu sebabnya mat salleh ada kata "keep your word sweet and nice because you might just have to eat it".

p/s : Tak payah la nak benci-benci aku (atau seseorang yang lain). Buatnya esok aku jadi pakwe/menantu kau, sape nak jawab? Haha.


cetusan otak beku

Make Your Own Gifts Here

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Wednesday 13 April 2011

manusia ada hati tapi keras membatu

Hari ni kalau kita buat baik orang tak kata:


“Wah, baiknya TANGAN kau! Terima kasih sebab tolong aku.”


Tapi sebaliknya orang akan kata:
“Wah, baiknya HATI kau! Terima kasih sebab tolong aku.”

Hari ni kalau kita buat jahat orang tak kata:
“Ishh busuknya KAKI kau. Suka KAKI kau je yek sepak kasut aku?”


Tapi sebaliknya orang akan kata:
“Ishh busuknya HATI kau. Suka HATI kau je yek sepak kasut aku?”


cetusan otak beku

Make Your Own Gifts Here

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Monday 11 April 2011

Mata ke atas, Tangan ke dada.





Prof Sir Tap Hati mak nak cakap berlakunya perselisihan sebab kurangnya elemen budaya sentap-menyentap. Betul jugak kan. Orang lebih suka menghambur daripada cakap lembut2. 

Bukannya nak suruh berpantun atau bersyair bila bercakap, tapi mungkin perlu betulkan tone suara ketika bercakap dengan orang lain. 
*Ok sesi bercakap dengan cermin. Pang tampar muka sendiri!*


Contohnya, kat rumah sendiri. Parent aku memang suka bab guna ayat sentap-menyentap ni. Yelah, nak elakkan dari rasa marah, baik sentap-menyentap je kan. 

Situasi Sentap 1

Waktu : Pagi. Matahari dah meninggi tapi tak reti2 lagi nak bangun tidur.
Tukang sentap : Mak
Yang kena sentap : Aku.

Mak : Eh awal pulak bangun pagi ni? Baru kul 10. Pegi lah tidur balik. Bangun masa nak lunch je nanti. Breakfast pagi tadi pun dah habis. Teh tu pun dah sejuk. Tak sedap pun kalau nak panas kan balik.

Aku : Hehe. ye lah mak. 

(Tapi bukannya lurus bendul pegi sambung tidur. Amek lah towel, cepat2 pegi mandi sebelum kena perlibahasa lagi sedas dua!)




Sentap memang rasaya lebih elok daripada kena sindir tegur secara kasar depan2. Bagi aku, sentap ni satu sisi bahasa yg agak sopan walaupun maknanya memang menikam di kalbu. Bak kata Ustazah Bahiyah , "Macam mana? Meresap ke jiwa tak?"


Situasi Sentap 2



Tunggu kawan kat bawah blok dia memandangkan beliau duk kat tingkat atas.

Kawan : Eh sori2. Lama ke tunggu?

Aku : Eh takdelah. Asal cepat sangat? Aku baru nak lelap tidur sejam dua tadi haa. 


(Walaupun sebenarnya dah tunggu agak2 setengah jam. Dengan perasaan geram dan emosi, aku rasa nak hentak2 kaki ataupun gigit je dia terus sejurus dia masuk dalam kereta.Rasanya, dalam masa satu dua jam tu, aku boleh menghabiskan masa bukak dan pasang balik tayar kereta untuk memenuhi masa yang ada!)


Situasi Sentap 3 



Zaman bercinta dulu2.

Aku : Erk ape menatang yang awk nak beli ni?

(Sambil muka buat tak puas hati sebab benda yg nak dibeli rasanya tak perlu nak beli bila tengah pokai dan takde duit ni)

Dia : Apsal pulak? Murah lah ni. Tak boleh ke nak beli?

Aku : Hah ape pulak tak boleh? Apesal nak beli yg ada diskaun ni? Tunggu lah time dia tak buat sales. Bila beli mahal2, takde lah rasa bersalah sangat nak berlagak depan kawan2 kan?


Situasi Sentap 4

Birthday party member. Ataupun kekasih hati. Ataupun bakal suami. Ataupun sape2 jelah.

Aku : Kau nak hadiah ape ni? Aku tak reti lah nak pilih2 hadiah untuk kau. Bagi pemadam je boleh tak?

Dia : Kalau aku mintak iPod? Agak2 kau nak bagi tak?

Aku : Lah? iPod? Apesal tak mintak iPad je? Duit aku yg berkepuk2 ni memang untuk kau sorang je laaa. Jangankan iPod. Segala menatang yg start dari huruf I aku boleh belikan!

Dia : Eleh kedekut taik hidung masin! Puihh! Puihh!



Mungkin ada yg rasa sentapan ni masih berbentuk kasar. Terpulang kepada siapa yg mendengar, cara mengolah makna dan tone suara yang kena dengan keadaan.

Tolong Ingat! Teknik sentap-menyentap ni lebih berkesan kalau kita gunakan cara:

1. Ucapkan kata2 sentapan dengan nada yang lembut.
2. Mata pandang atas dan tangan kat dada.

p/s : Selamat mencuba!

cetusan otak beku

 
Make Your Own Gifts Here 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Monday 4 April 2011

Culture shock


Kat universiti ni, mereka yang datang dari bandar akan tunjukkan segala macam fesyen show dan cool nya mereka terkehadapan, dan mereka yang datang dari desa akan mula terpengaruh serta mula menjejak langkah tapi sayangnya, FAILED.

Kat universiti ni, perempuan dengan fesyen pakai tudung shawl yang colourful, baju ketat, cardigans, skirt atas lutut, dan legging.

Kat universiti ni, lelaki berbaju pink dan kotak2. Owh, aku takde masalah dengan kaler baju lelaki warna pink. Kaler je pun. 



Haihhhh, series aku masuk air doh.


Orang lain yang mengata, mengutuk. Kasihan. Ni pendapat aku, yang mengutuk tu obviously yang datang dari desa atau bukan dari bandar besar seperti JB, KL dan Penang. Ya, of course lah dari ceruk desa. (sebut sendiri la desa apa pun, klu aku sebut nanti ada yang terasa plak). Mereka yang dari desa ni sukar adopt dengan fesyen dan mungkin masalah warna kot. Yang peliknya, mula-mula mereka lihat fesyen tu diorang kutuk. Tapi, lama-lama diorang pulak terikut. Aikk?

Zaman ni zaman apa ya? korean pop punya kot, kan tengah gila fenomena super junior and wonder girl bagai lagi. Korang tahu sendiri apa yang korang minat dengan korea ni. Faham-faham lah kan, jangan terkejut kalau jumpa si fashionista jadi mayat berjalan di tengah panas, menyandang buku, bawak payung colourful, dan kemenyan. 




Senang cerita, time aku universiti, aku lebih suka memandang mereka yang nerdy. Lantak lah digelar skema, tapi pakaian mereka biasa dan tak sakit mata. Ini dahlah universiti aku ni kat tengah hutan. Nak pergi bandar kena naik bas yang dah tak macam bas. Boleh plak perempuan ni pakai tube saja, oh seluar jeans juga. Cuma dia cover dengan sweater dulu, bila dah sampai destinasi, bukak sweater, berjalan lah bangga dengan tube dia. Apa? Besar ke kecik? Woi, lucahh!

This is probably not an education for unnormal people.



p/s : aku series tak berapa faham kenapa kau suka kutuk fashion orang.


cetusan otak beku
 
Make Your Own Gifts Here

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...