Wednesday 4 January 2012

#WordlessWednesday. Hari bersama hamster

nama saya iori
saya sangat nakal
saya ni gila kamera kan. 
comel tak saya?

 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Monday 2 January 2012

Seorang yang gemuk dan gembira

Salah satu perkara yang susah untuk dilakukan oleh kebanyakan lelaki di muka bumi ni ialah menjadi seorang yang gemuk dan gembira.??

Aku teringin nak tahu kalau si kurus di ejek sama macam si gemuk, adakah perasaannya sama?

Kalau pun memang diri dah termotivasi dengan pelbagai input-input positif dan logik, sekali orang panggil dan hina dengan panggilan 'gemuk' - mood terus jatuh merundum ke bumi tahap yang paling bawah sekali macam tak pernah ada esok baginya. Paling tragis , rasa macam nak bunuh diri lepas tu

Apa-apa perkara baik berkenaan dengan lelaki gemuk, selalu di-TAPI kan.

"Mamat tu pandai buat kerja, pandai masak, kerja kat pejabat pun awesome, communication skill dia tip top, kulit putih TAPI tu laaaa...dia gemuk,"

"Daniel memang charming, pandai ambil hati perempuan, disukai ramai WALAUPUN dia gemuk,"

Sebenarnya keterampilan adalah satu perkara subjektif yang telah di set kan di dalam kepala melalui saluran media. Melalui televisyen. Melalui majalah dan melalui apa sahaja. Tahu ke tidak? Imej-imej yang di paparkan kononnya lebih sedap mata memandang sekiranya model yang di tampilkan berbadan kurus dan ramping.

Kecantikkan juga telah disyaratkan dengan faktor ketinggian, ukuran pinggang dan warna kulit. Tapi yang utamanya ukuran saiz badan lah. Oleh yang demikian, maka ramai lah perempuan atau lelaki yang kebanyakkan cantik dan hensem, berhidung mancung dan berkulit cerah masih berperasaan rendah diri yang kekal.

Bagi aku semua orang di lahirkan cantik kalau perangai pun senonoh.

Selalunya, kalau pun ada kenalan yang kecantikan tip top, tapi perangai tak munasabah, macam-macam lah alasan yang akan kita berikan untuk menafikan kecantikan dia.

Kegemukan adalah malapetaka kalau sebelum ini kamu bukan lah tergolong dari golongan yang gemuk. Kalau memang kamu gemuk sejak kecil, kamu mungkin dah termotivasi sejak awal. Berlainan dengan orang yang pernah kurus sekejap, lepas tu gemuk balik kerana faktor pemakanan yang buas seperti haiwan. Hati akan mudah terasa bila kenalan lama ajukan pertanyaan bodoh tanpa niat bodoh.

"kenapa kau gemuk sekarang?"

Sampai sekarang aku fikir apa kejadah jawapan yang paling sesuai untuk soalan tu?

Selain dari mengecilkan hati, soalan tu juga merupakan killer untuk mood bagi aku jam jam berikutnya.

Walaubagaimanapun, seperti yang aku cakap, gemuk bukan lah sumpahan. 

Sampai sekarang aku tak faham kenapa orang jadikan gemuk itu sebagai bahan ejekan. Sedangkan yang ejek tu memang lah kurus tapi hidung kembang macam cawan. Dan bertelinga capang serta berjerawat mengalahkan kotoran di lantai rumah terbengkalai.

Ramai lelaki yang aku kenal yang menetapkan ciri ciri saiz badan sebagai kriteria utama untuk calon teman sedangkan perut sendiri mempunya potensi yang maha tinggi untuk ditimpa malapetaka yang sama seperti kebanyakkan toyol.

Dan yang paling memeranjatkan mereka cenderung untuk menghina orang yang berbadan gemuk berbanding orang yang kurus tapi muka tak berapa nak manis sedangkan si gemuk itu, kalau kurus, akan menjadi 7 kali ganda lebih jelita dan hensem dari si kurus dan si kurus itu, kurus pun tak manis, gemuk apatah lagi.

Tapi macam yang aku cakap tadi oleh kerana kecantikan yang subjektif ini telah diobjektifkan dengan saiz dan ukuran - dan kebanyakkan perempuan memang tak pernah berjaya menjadi si gemuk yang gembira - maka tak ada cara lain lagi dah. Kena jugak kurang kan lemak dan kapasiti badan ni.

OK si gemuk sekelian, gemuk bukan sumpahan. So kalau ada orang kurus muka tak seberapa atau orang yang sedang baru putus cinta atau mengalami tekanan perasaan kutuk kau gemok, better kau jangan layan. Dan siapa nak lumba berdiet dengan aku? Aku dah ada 2 orang competitor dah ni.

p/s: Siapa rasa Gemuk itu Sumpahan?

cetusan otak beku

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Sunday 1 January 2012

It’s New Year’s Eve. I’m at the beach.




Getting ready to usher in the New Year. The sound of the waves crashing, the feeling of the night sea breeze blowing, the moonlight was the light of that night. The setting, is beautiful.

      How I longed for you to be here too. Not much is ever worth enjoying in your absence. But nevertheless, I held myself strong. And with many others, we begin the countdown.
     
       ‘’Happy New Year’’, I hear from each soul at the beach. But it is your voice which I long to hear. Against the loud fireworks against my ear, I only want to hear your voice. I only want to hold your hand at this very moment. I want you to see, what I see right here, right now.

      I want us to hold hands. I want us to see the same fireworks. I want us to hear the same waves crashing on shore. I want us to feel the same breeze, feel the same moonlight, walk the same sandy beach, feel the same sand under the soles of our feet.

      I want you to feel the warmth of my hand in yours, to hear the words I’m longing to say, to feel the love that’s uncontainable from me, to you. I want you to know, how much I love you.

      But, you’re not here.

      I stare out to the wide and dark sea. Such vastness against the infinite dark sky. Only the moon as the beach’s only source of light. Such beauty, I’m unable to share it with you.
      Because, you’re not here.

      There is a flaw in every setting. This time, the flaw was your absence. If only you’re in this setting with me, only then, will I be assured this picture worthy to be called….


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...