Sunday, 19 September 2010

thanks sangat2


videokeman mp3
Trouble Is a Friend – Lenka Music Code
Terima kasih kawan dia atas segala pemberian
Terima kasih kawan di atas segala yg ditinggalkan
Terima kasih kawan kerana menyedarkan aku hakikat persahabatan
Segala budimu tak mungkin aku lupakan
Segala katamu akan ku semat dalam ingatan
Terima kasih kawan di atas kelukaan dan kekecewaan
Terima kasih kawan di atas penderitaan dan kesengsaraan
Terima kasih kawan di atas keedihan dan kedukaan


Sahabat menjadi kawan
Kawan menjadi rakan
Rakan menjadi teman
Teman tinggal kenalan
Betapa rapuh persahabatan antara insan
Serapuh tiang dimamah anai-anai
Di manakah letaknya nilai persahabatan?
Jika janji tidak dikota
Pabila bertemu membuang muka
Tatkala bersama tiada berkata
Inilah hakikat berkawan
Pabila kawan memakan kawan
Terputus sudah satu ikatan
Retak hanya menanti belah
Janji tersimpul terlerai sudah


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Saturday, 18 September 2010

dimana nilai persahabatan bagi mereka?


videokeman mp3


Love the Way You Lie Ft Rihanna – Eminem Music Code

Pujangga  pernah  berkata, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di  lautan.  Hamparan  buih  nan  memutih,  hanya indah  di luaran  namun melewatinya  bererti  menuju ke jurang kehancuran. Justeru, mencari sahabat sejati  amatlah sukar. Ramai bersama berkongsi
suka, namun tiada yang ingin menemani meniti duka.

Sahabat  sejati  nilainya tiada bandingan. Dia ibarat berlian yang terbenam di  dasar  lumpur. Meski berbalut kotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua. Dia  bersama  menemani anda di waktu susah senang. Malah dia lebih mengerti diri  anda,  kesukaan anda, kebencian dan segala-galanya mengenai diri yang ada kalanya anda sendiri tidak mengetahuinya.

Nilai  persahabatan begini sukar ditandingi. Sahabat sejati juga menjunjung erti  setiakawan,  kejujuran  dan bertanggungjawab. Sama bergembira diwaktu senang,  membimbing  kala  kita memerlukan dan memimpin tangan sewaktu diri tergelincir  dari  batasan.  Meski menegur kesilapan  mungkin  disalah tafsirkan,  mereka  sanggup  memikul risiko atas nama tanggungjawab sebagai teman.



Ramai tidak sanggup melakukannya bimbang terperangkap dengan kejujuran. Kejujuran  dan  kebenaran  lazim  membuahkan sesuatu yang pahit. Kerana teguran ikhlas, ramai kehilangan kawan. Tetapi sekiranya anda juga memiliki sifat persahabatan murni lagi terpuji segala
teguran pasti disambut baik dan menelan kepahitan itu sebagai penawar.

Sahabat  sejati  tidak  perlu berada disisi kita setiap masa. Mungkin dalam setahun  pertemuan  dengannya  boleh  dibilang dengan jari. Namun hubungan dalaman  yang erat terjalin sebati dijiwa. Adakala kehilangan teman membuat  diri hilang punca dan sampai bilapun nilai persahabatan akan tergengam erat di diari ingatan.

Saya  pernah terbaca sebuah catatan kecil  yang meluahkan  kesedihannya  kehilangan  sahabat tercinta buat selama-lamanya. 


Katanya  :  I'm  poorer without you, but I'm richer for having know you and shared  your  counsel.


Sehingga kini kasih, nasihat dan pengalaman bersama sahabatnya itu abadi buat selama-lamanya.

Memang  ramai  yang  tidak menghayati erti persahabatan. Ada kawan tergamak menjatuhkan  kawannya sendiri . Kalau tidak masakan ada pepatah mengatakan, harapkan  pagar,  pagar  makan  padi.  Mereka  ini bersifat talam dua muka. Justeru,  memilih  teman  perlu  berhati.  Jangan sampai
anda dimamah teman sendiri.

Rata-rata  apa  yang  tercermin  dalam masyarakat kita, orang memilih teman untuk  kepentingan  peribadi.  Andai  mereka tahu  individu itu  boleh mendatangkan  keuntungan,  mereka  akan  rapati. Sebagi contoh ahli politik yang  berpengaruh akan dikelilingi teman setiap masa. Sekiranya dia berbuat silap,  tidak  akan  ada  yang  berani menegurnya. Bimbang  mereka  akan disingkirkan dan cita-cita untuk memperolehi sesuatu tidak tercapai.

Di  lihat  dari  sudut  Islam, persahabatan itu amat besar ertinya. Menurut Imam Al-Ghazali, persahabatan harus dilandasi jiwa yang bersih. Malah hadis Nabi  turut  berbunyi, " Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan kamu lebih daripada kamu mengasihi diri sendiri.
Begitulah  besarnya  pengertian  sahabat  menurut Islam bersandarkan konsep persaudaraan.  Pilihlah  sahabat  yang dapat membawa kita ke arah kebaikan.

Tidak  dinafikan  pengaruh  teman terlalu besar dalam diri kita terutamanya pada  peringkat  usia  remaja.  Sekiranya  anda boleh menasihati teman yang berada dijalur salah, itu adalah sebaik-baiknya tetapi andainya tidak, anda tidak perlu menghanyutkan diri mengikut arus mereka.

p/s:  BERTEMANKAN SI  PEMBUAT HARUMAN, WALAUPUN KITA TIDAK MERAMU WANGIAN, HARUM AROMANYA  TERSEBAR JUA DAN BERTEMANKAN SI TUKANG BESI, MESKI TIDAK MENEMPA  BESI, PERCIKAN BARA API  TERKENA JUA "

berhati-hatilah !!



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Friday, 17 September 2010

Tangisan dan senyuman

Kenapalah dengan hidup ini, ada saja babak yang menyentuh hati dan rasa sebuah perasaan. Walau aku tidak pernah menyalahkan kehidupan ini namun aku ingin juga tahu kenapa dan mengapa.. Adakah kerana aku manusia?. Atau adakah juga kerana aku seorang lelaki.. Mengapa aku sering saja terluka di dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini. Di mana silapnya hinggakan setiap apa yang ku lakukan ada saja yang tidak kena. Aku cuba selami di mana kesilapannya namun tidak jua ku temui. Aku hampir tewas, tewas di dalam mengharunginya. Aku hampir jatuh, tenggelam bersama sebuah keyakinan..

Hari-hari aku terima sms dari mama aku sampai satu tahap tu aku sendiri pun tak termampu untuk menjawab setiap sms yang diterima. Hati aku berbelah-bagi, fikiran aku buntu, hati aku sayu mengenangkan nasib dia. Selepas penceraian dengan ayah pada 19 November 2009 iaitu seminggu sebelum hari raya aidiladha, hidup kami berdua terus berubah. Usia mama aku kini masih lagi muda iaitu 41 tahun. Aku faham perasaannya kerana aku adalah anak yang memahami. Setiap perasaan luka, hiba dan sedihnya, pada akulah tempat dia luahkan. Aku tidak pernah menghalang dia untuk berkahwin lagi, jauh sekali untuk tidak pedulikannya setelah dia menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi. Aku tahu, aku tidak mampu membahagiakan dia. Mungkin dengan cara itu dia lebih bahagia di dalam meniti usia ini. Selepas kepergian ayah, dia ada berkawan dengan seseorang . Tapi apakan daya, jodoh tidak berpanjangan. Hati mama dipermainkan. Selepas pemergian nenek pada bulan ramadhan yang lalu (19 Ogos 2010) , kini hidup dia seolah-olah sampan yang hanyut tanpa bertali. Mama sangat merasa kehilangan. kebahagiaan mama sudah hilang. Aku turut merasa kehilangan itu kerana aku tidak dapat pulang untuk melihat wajah nenek buat kali terakhir.

Pada hari kedua hari raya baru, aku menerima panggilan dari mama, dia menyatakan segala apa yang terjadi. Sekali lagi mama menangis kerana aku tidak pulang berhari raya. Mama beriya minta maaf kerana membiarkan aku seorang diri beraya di kampus. Kami tidak berhenti saling menangis antara satu sama lain. Aku tahu dia sangat tertekan dan tidak menerima hakikat pemergian nenek. Dia minta aku balik ke Kluang pada bulan november ni. Aku hanya termampu untuk mendoakan kebahagiaan dia. Dua hari lepas aku terima sms dari mama aku lagi, sms nya berbunyi begini.. :-

Senyum dalam tangisan,
Bibir mesra jiwa parah,
Luka di tangan nampak darahnya,
Luka di hati tak tau bisa atau parahnya,
Derita atau sengsara hidup kini tak siapa peduli,
Fikiran terganggu hilang pertimbangan jadi celaru,
Mati lebih baik dari hidup..

Bila aku tanya kenapa tulis sms macam tu, jawapannya cukup ringkas tapi mendalam maksudnya. Mama aku berkata, “Borang kahwin sudah di isi tapi apakan daya, hajat di hati tidak kesampaian. Mungkin ada orang yang menghasut supaya tidak berkahwin dengan mama aku.”. Itulah antaranya jawapan yang aku terima dari soalan yang aku berikan.

Hati ku tertanya-tanya siapakah yang telah memujuk hati mama. Kenapa pula mama dipermainkan kali ini.

Aku sedar, aku bukanlah anak yang terbaik. Tapi aku tidak mahu menjadi seorang anak yang tidak tahu mengenang budi, jasa dan pengorbanan mama aku terhadap aku selama ini. Cukuplah sekali aku merasa menyesal kerana tidak mampu membahagiakan kedua nya mama dan ayah aku, aku tidak mahu merasainya lagi. Aku sedih setiap kali bila mama aku menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi, pasti ada sepupunya yang lain yang bermasam-muka dan sudah tidak mahu mempedulikannya lagi. Mengapa kita harus menghukumnya sebegitu, tidak terfikirkah kita bahawa suatu masanya nanti kita juga akan berada di mana dia berada sekarang. Isteri mahupun suami yang berada di sisi, tak kan selamanya mereka berada di sisi kita. Kita bukan berada di dalam filem mahupun drama, kita berada di dalam dunia yang nyata. Pernah suatu ketika itu, mama aku ada berkata padaku. “Kalau anak mama dah tak suka mama lagi sebab mama nak kahwin lagi, tak mengapalah. Sekarang mama larat lagi cari rezeki, nanti kalau mama dah tak larat, biarlah abah tumpang rumah orang-orang tua..”. Bila aku mendengar semua itu, aku terdiam seribu bahasa kerana mulut aku kaku untuk mengungkap mahupun sebaris ayat, dan aku hanya mampu mengalirkan air mata. Aku faham benar perasaannya dan walau aku susah mana sekalipun, aku tak kan biar dia tinggal di rumah orang-orang tua.

Pelbagai tomahan yang dia terima dari jirannya yang lain bila dia menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi. Bagi aku, soal dia untuk berkahwin lagi bukanlah satu masalah yang besar. Walau dia berkahwin dengan sejuta lelaki lagi, ayahku tetap satu. Ayah aku tiada 2 mahupun 3, Ayahku tetap hanyalah satu. Yang pergi tetap kan pergi, yang masih hidup ini haruslah menempuhnya lagi. Ada sakit demam yang aku boleh tolong picitkan tapi ada juga sakit demam yang aku tak boleh tolong. Hanya seorang yang bergelar suami sahaja yang mampu menolongnya.

Walau apapun tafsiran dan pandangan orang yang lain, aku tetap merestui hasratnya. Kerana aku tak mampu memberikan kebahagiaan yang dia inginkan, mungkin dengan cara itu jiwa nya kan lebih tenang dan bahagia. Apa yang aku inginkan hanyalah, melihat dia bahagia di dunia mahupun di akhirat kelak.. Tak kisahlah siapapun ayah tiri aku, yang penting dia dapat menjaga makan minum, sakit demam mama aku. Aku tidak mampu lakukan semua itu kerana aku berada jauh darinya. Kebahagiaan mama aku adalah kebahagiaan aku juga.

“Mama.. Kalau sekalipun sepupu mama yang lain sudah tidak mahu pedulikan mama lagi. Percayalah, anakmu yang seorang ini kan sentiasa bersamamu di dunia mahupun di akhirat kelak. Kerana kau adalah mama ku yang satu..”

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...