Tuesday, 26 October 2010

jeritan malam

Malam ini aku mendengar angin mendesir menghantar bisikan yang perlahan:

mungkin kau tak tahu


ke manapun langkahku

kusinari jalanku

agar aku jatuh dalam kegelapan

agar aku terpuruk dalam kekhilafan

agar aku terhantuk dalam kebimbangan


mungkin kau sedar


ke manapun ku pergi

aku selalu tiada ditemani

aku juga ingin sendiri dalam kesepian

aku juga ingin berhenti dalam kesunyian

agar aku tak menangis dalam kesedihan


aku bagaikan bintang  tanpa pemandu


yang tidak pancarkan cahaya

yang hantarkan kehangatan tanpa tanya

yang serahkan semua waktu untuk kau bawa


namun


ke manakah pergimu

saat aku tak mampu mengusir mendung yang menghalangiku?

kau menghilang saat aku memerlukanmu

meninggalkanku sedih dalam kesendirian

dan galau dalam kegelapan...


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Sunday, 24 October 2010

Everybody come take my hand, we will walk this road together.

Kadang-kadang hidup boleh jadi sangat bosan hari-hari rasa kurang bersemangat, kadang-kadang pula hidup jadi sungguh gembira, hari-hari rasa nak senyum je. Inilah yang dipanggil hidup. Kita tak akan selama-lamanya gembira, kita juga tak akan selama-lamanya sedih dan kecewa. Semua tu ada hikmah, mungkin kita yang tak perasan. Rasa macam tak nak hari ini berakhir. Kenapa ya?


~baru habis baca~

Bercakap pasal peluang. Peluang, namanya pun dah p.e.l.u.a.n.g. Dia akan datang sekali sekala je dalam hidup. Jadi bila peluang tu datang, cuba ambik peluang yang datang tu. The outcomes boleh jadi bagus, boleh jadi tak berapa bagus. Bila dah ada depan mata, sebelum ambik peluang tu, bersedia dengan segala keputusan yang bakal kita terima supaya walau apa pun kesudahannya kita tak akan menyesal atas keputusan yang kita sendiri buat. Redha dan bersyukur itu lebih mulia bukan.

Bersyukur kerana aku berada di sini, right here right now. Bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Bersyukur dengan segala-galanya. Bersyukur kerana aku ada kamu, sahabat.





p/s: saja nak berkongsi buku yang aku baca dan album yang aku minat.


maaflah kalau aku asyik senyum dan gelak je dulu kini dan selamanya. Someone somewhere said "obviously Ally!" Haha I know.



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Monday, 18 October 2010

he's upset

Lappy rosak. Nota-nota hilang! Nak exam minggu depan (26.10) , nota semua tak ada nak baca apa? Rasa nak sepak diri sendiri.
*sabar Ally sabar*


Feeling like slapping stupidity out of somebody!
*urut-urut dada, sabar sabar*

Shit happens all time, cant control it all!
*sabar Ally, tak kemana juga dengan marah kau tu Ally*

Banyak benda telah buat aku rasa nak marah betul. Perkara paling teruk adalah bila rasa nak marah yang meluap-luap tapi didiamkan sahaja, aku cuma tak mahu ikut kan hati. Nanti akhirnya kembali ke hati sendiri juga. Macam kita cabut paku kat dinding, kesannya tetapi ada. Tak kemana pun dengan marah kau tu Ally. Sabar, sabar. Pergi ambik air sembahyang. Kalau tak jalan juga tak tahu lah.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...