Wednesday, 3 November 2010

Bijak. do u?

” Seseorang yang bijak mampu mengenalpasti keadaan masa hadapannya walaupun 20 tahun mendatang dan seorang yang bodoh akan berkata; kalaulah aku buat begitu dan begini 20 tahun yang lalu aku tidak akan menimpa nasib malang sebegini”.
Hidup didunia ini sudah ditentukan takdir baik dan buruknya oleh Allah, orang yang bijak ialah mereka yang memahami apakah takdir baik dan buruk tersebut dan menyusun hidupnya selari dengan takdir Allah SWT.
Orang yang gagal akan berkata : ” Apa boleh buat lagi, sememangnya aku telah ditakdirkan begini”. Sebenarnya itu hanyalah alasan dan kata-kata penyesalan dari seseorang yang bodoh sedangkan Allah hanya menqodo’kan segala takdirnya. 
Orang yang gagal ialah mereka yang malas menggunakan akal fikiran yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka, mereka malas berfikir, malas mengambil pengajaran terhadap apa yang berlaku disekitar malah lebih bebal lagi jika ditambah dengan sikap angkuh yang tidak mahu mendengar nasihat dan tidak mahu belajar.
Apa yang selalu keluar dari bibir mereka hanya kata-kata negatif dan melarikan diri daripada bertanggungjawab. ” Ah biarlah, apa nak jadi jadilah”. dan kadang kadang mereka senang-senang berkata ; ” Tawakkal aje dahhhh”.
Bukankah pada hari akhirat nanti Allah akan menghitung dan mengira sehingga sebesar zarrah, kebajikan maupun kemaksiatan.? Bukankah pada hari itu Allah akan bertanya tentang segala nikmat? Daripada mana kamu dapat dan kemana dibelanjakan.?
Malangnya biasanya tindakan manusia lebih didorong oleh emosi, sentimen dan naluri bukan daripada nasihat akal yang waras.
Jika anda bijak anda akan berhati-hati, anda akan bertindak berasaskan maklumat yang betul, anda akan mengambil kira kesan dan akibat daripada sebab-sebab yang anda susun dalam kehidupan anda.
Seorang yang bijak akan memulakan tindakan dengan menentukan objektif terperinci untuk jangka masa panjang, sederhana dan pendek. Objektif ditentukan secara spesifik dan boleh diukur. Objektif disusun berasaskan prioriti. Seterusnya satu kajian dilakukan bagi menentukan keperluan dalam merealisasikan objektif-objektifnya. Setiap objektif dikuatkan dengan hujjah dan tujuan yang jelas kenapa ia dijadikan objektif.
Setelah itu satu strategi dirangka bagi melaksanakan objektif-objektifnya. Beliau menganalisa kekuatan yang ada yang boleh membatu melaksanakan objektifnya, menganalisa kelemahan dirinya, mencari peluang dan mengambil kira halangan dan cabaran yang mesti dihadapi.
Akhirnya satu peta kehidupan siap dirancang untuk masa depannya. Setiap hari hanyalah melaksanakan aktiviti-aktiviti rutin yang telah disusun bagi mencapai matlamat jauh yang dirancangnya dan bertawakkal kepada Allah. Namun setiap malam beliau akan membuat muhasabah terhadap perlaksanaan amalnya bagi menambahkan kesyukuran kepada Allah atau beristighfar terhadap kelalaian dan berusaha memperbaiki kekuarangan dan mengejar yang tertinggal.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Tuesday, 26 October 2010

jeritan malam

Malam ini aku mendengar angin mendesir menghantar bisikan yang perlahan:

mungkin kau tak tahu


ke manapun langkahku

kusinari jalanku

agar aku jatuh dalam kegelapan

agar aku terpuruk dalam kekhilafan

agar aku terhantuk dalam kebimbangan


mungkin kau sedar


ke manapun ku pergi

aku selalu tiada ditemani

aku juga ingin sendiri dalam kesepian

aku juga ingin berhenti dalam kesunyian

agar aku tak menangis dalam kesedihan


aku bagaikan bintang  tanpa pemandu


yang tidak pancarkan cahaya

yang hantarkan kehangatan tanpa tanya

yang serahkan semua waktu untuk kau bawa


namun


ke manakah pergimu

saat aku tak mampu mengusir mendung yang menghalangiku?

kau menghilang saat aku memerlukanmu

meninggalkanku sedih dalam kesendirian

dan galau dalam kegelapan...


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Sunday, 24 October 2010

Everybody come take my hand, we will walk this road together.

Kadang-kadang hidup boleh jadi sangat bosan hari-hari rasa kurang bersemangat, kadang-kadang pula hidup jadi sungguh gembira, hari-hari rasa nak senyum je. Inilah yang dipanggil hidup. Kita tak akan selama-lamanya gembira, kita juga tak akan selama-lamanya sedih dan kecewa. Semua tu ada hikmah, mungkin kita yang tak perasan. Rasa macam tak nak hari ini berakhir. Kenapa ya?


~baru habis baca~

Bercakap pasal peluang. Peluang, namanya pun dah p.e.l.u.a.n.g. Dia akan datang sekali sekala je dalam hidup. Jadi bila peluang tu datang, cuba ambik peluang yang datang tu. The outcomes boleh jadi bagus, boleh jadi tak berapa bagus. Bila dah ada depan mata, sebelum ambik peluang tu, bersedia dengan segala keputusan yang bakal kita terima supaya walau apa pun kesudahannya kita tak akan menyesal atas keputusan yang kita sendiri buat. Redha dan bersyukur itu lebih mulia bukan.

Bersyukur kerana aku berada di sini, right here right now. Bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Bersyukur dengan segala-galanya. Bersyukur kerana aku ada kamu, sahabat.





p/s: saja nak berkongsi buku yang aku baca dan album yang aku minat.


maaflah kalau aku asyik senyum dan gelak je dulu kini dan selamanya. Someone somewhere said "obviously Ally!" Haha I know.



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...