Thursday, 8 December 2011

Kau nak bagi hadiah apa bila aku kahwin nanti?

Masa aku kecik-kecik, bila mak bapak aku suruh pergi majlis perkahwinan orang, aku pergi je la. Pergi pun, dapat telur rebus. Boleh makan dengan kicap balik nanti. Tak pun dapatlah sepotong kek atau ciuman dari pengantin perempuan, sambil pengantin itu kata: "Comelnya budak ni!!". Lepas itu, adalah gambar aku dengan pengantin.

Kecil aku memang comel. Sila terima fakta tersebut.

Nami Island [01]
ni dekat nami island

Bila lepas akil baligh ni, sebab dah tahu majlis perkahwinan ini semuanya akan tertumpu pada pengantin, aku datang masa pengantin ada, lepas makan balik. Kadang-kadang, aku datang sebab nak tunjuk muka, sebagai anak orang yang dijemput. Aku bosan pergi majlis perkahwinan ni sebenarnya. 

Zaman itu berlalu.

Kalau ada orang sebaya dengan aku yang sekepala baru aku duduk lama sikit dalam majlis perkahwinan orang itu. Majlis perkahwinan saudara-mara aku, aku tak ada lah buat macam itu. Sebab dah awal-awal mintak tolong suruh jaga bahagian air ke, duduk menyental kuali ke apa ke.

Sekarang aku akan bakal lihat, kawan aku, jiran aku, adik saudara aku, classmate aku atau sesiapa yang aku jumpa dari umur belasan tahun akan melangsungkan perkahwinan. Sudah tiba masanya, aku perlu fikir suatu benda yang dianggap gurauan - "Kau nak bagi hadiah apa bila aku kahwin nanti?". Soalan itu perlu serius ditangani bila kawan yang bakal kahwin adalah manusia penting dalam hidup kita.

Apa korang bagi kepada kawan-kawan yang nak kahwin sebagai hadiah perkahwinan?

Kalau aku ditakdirkan kahwin esok pagi, aku nak coffee maker, water heater, microwave, washing machine dan berus gigi elektronik yang bunyi ngeng-ngeng itu. Saat ini 5 benda ini penting. Saat ini, besok lain la.

cetusan otak beku

 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Wednesday, 7 December 2011

Wordless Wednesday #My new pet.









p/s : comel tak dia?


cetusan otak beku

Make Your Own Gifts Here

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Saturday, 3 December 2011

Siapa kata lelaki tak pandai lipat baju?

Guling ke kanan, guling ke kiri. Fenomena hari minggu. Kalau tidak di bawah selimut, pasti sudah meredah cuaca petang. Melakukan apa saja, janji hilang kebosanan dan lari daripada kesukaran sementara waktu.




Serabut.

Jam 4 petang.

Niat hendak berjoging-joging. Batal niat. Baru sahaja mencari seluar sukan, langit sudah menangis hendak melabuhkan air mata. Hampir memasuki fasa malam. Tidak! Hari minggu bakal menjadi separuh.

Jam 8 malam.

Hujung minggu, biasanya disulami aktiviti buang masa. Makan malam, duduk melangut melayan lawak-lawak monyet, karenah Anwar Hadi, Aziz Ansari dan Belacan Paku. Habisnya waktu untuk mereka, datang kembali seperti awal pagi tadi.

Golek kanan, golek kiri,

Hari itu, roomate aku tanya nak buat apa nak hilang bosan. Aku jawab tanpa intensi yang benar, sekadar untuk main-main saja. "Kau pergilah lipat baju ke, sidai kain, kemas almari, bla, bla, bla..." Pokoknya, semua tentang kemas.

Aku buat apa yang pernah aku suruh. Aku geledah almari aku. Aku keluarkan segala barang yang ada dalam almari aku. Dari kemeja yang pelbagai variasi hingga ke spender yang mempunyai kaler-kaler. Habis semua bertaburan di atas katil. Baju yang siap dilipat aku buka kembali. Mulakan dari sifar.

Lipat baju, lipat seluar. Sangkut tali leher, sangkut baju.

Setiap kali aku terjumpa baju yang jarang dipakai, aku mengadakan pakaian beragam. Sekejap tadi, aku cuba berpakaian seperti hendak ke berjumpa pegawai besar (atas sampai bawah hitam, kecuali baju kameja). Lepas tu cuba menjadi ala-ala budak 'Yo!'. (Seluar half-baggy, baju besar gampang 2 tahun lalu, topi bola lisut). Lepas itu cuba semula memakai jubah coklat, tapi dengan topi ala-ala Bob Marley. Lepas itu, aku nyanyi depan cermin, "No women, no cry...no no no...". Dan banyak lagi...

Baju aku sudah berlipat. Semuanya mengambil masa hampir 2 jam.

Dan, apa aku buat memang merisaukan roomate aku. Sambil geleng kepala, "Kau ni gi lah cari perempuan,".

p/s : Cari perempuan untuk lipat baju aku?

Perlu ker? Tak, aku boleh buat sendiri, OK!


cetusan otak beku
 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...