Thursday, 23 September 2010

Ekspresi Diri

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, sedar-sedar hampir  1 minggu blog ini terbiar sendirian membawa haluannya umpama kapal tidak bernakhoda. Si penulis blog diam membisu seribu bahasa langsung tidak berdecit.

Agaknya apa yang telah terjadi?

Semua orang cepat......

Fikir di luar kotak, Fikir di luar kotak....

MANA PENULIS BLOG INI MENGHILANG DIRI?

Apa binatang fikir di luar kotak ni?

Ala...orang putih kata,

THINK OUT OF THE BOX
Sebenarnya, tidak ada apa yang terjadi terhadap penulis blog yang kononnya ingin menjadi penulis profilik ini. Beliau sebenarnya dalam keadaan sihat tubuh badannya tapi jiwanya kacau.

Ha! Jiwa kacau? Apakah itu?

saya dalam proses mencari diri. Tu pasal la menghilangkan diri. Cett ! sangat poyo MENCARI DIRI KONON !
Silakan kalian muntah sebanyak satu plastik.

Biasalah setiap orang ada masalahnya sendiri. Begitu juga saya. Lepas habis holiday raya tu macam-macam telah terjadi. Pergi jalan sana-sini, holiday sana-sini, at last terbaring atas katil wad, masalah hubungan sesama manusia, masalah persahabatan, masalah cinta.....

Aik! CINTA.... hahahahhaha...abaikan Mr Eddy tiada masalah dalam percintaan.

Semuanya datang dalam satu pakej yakni datang bertimpa-timpa pada masa yang sama. Cukup setakat itu penulisan bercorak luahan hati kerna ini bukan ruangan meluahkan perasaan.

NAK JOLI SAKAN KE...... BERLIBUR DAN BERHIBUR BERSAMA TEMAN-TEMAN KE NAK MELABUR DI PUSAT-PUSAT MEMBELI BELAH KE....AKU PUNYA SUKALAH!

Ya rabbi! Berlagaknya budak ni...... Mr. eddy tolong ingat masa depan. Simpan duit untuk masa depan yang belum pasti.

Puasa sudah, raya sudah, submit assignment  pun sudah. Kini apa lagi yang Mr Eddy tak sudahi!

Banyak sebenarnya cukup banyak.....tapi takkan semua Mr Eddy nak cerita dalam entry ini.

Nanti, di kemudian hari Mr Eddy akan ceritakan kepada kalian semua cerita mengenai diri Mr Eddy.

Mr Eddy akan ekspresikan diri Mr Eddy semahu-mahunya.

Biar kalian semua jelak dan jemu lalu muntah berbesen-besen.

Kah kah kah.......

Ya Allah....rindunya Mr Eddy pada dunia blog.

Rindunya Mr Eddy pada kalian rakan- rakan blogger.

Mulai hari ini Mr Eddy akan cuba untuk kerap menulis di blog ini.

Sehingga kita bertemu lagi di entry seterusnya.

Chow!

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Sunday, 19 September 2010

thanks sangat2


videokeman mp3
Trouble Is a Friend – Lenka Music Code
Terima kasih kawan dia atas segala pemberian
Terima kasih kawan di atas segala yg ditinggalkan
Terima kasih kawan kerana menyedarkan aku hakikat persahabatan
Segala budimu tak mungkin aku lupakan
Segala katamu akan ku semat dalam ingatan
Terima kasih kawan di atas kelukaan dan kekecewaan
Terima kasih kawan di atas penderitaan dan kesengsaraan
Terima kasih kawan di atas keedihan dan kedukaan


Sahabat menjadi kawan
Kawan menjadi rakan
Rakan menjadi teman
Teman tinggal kenalan
Betapa rapuh persahabatan antara insan
Serapuh tiang dimamah anai-anai
Di manakah letaknya nilai persahabatan?
Jika janji tidak dikota
Pabila bertemu membuang muka
Tatkala bersama tiada berkata
Inilah hakikat berkawan
Pabila kawan memakan kawan
Terputus sudah satu ikatan
Retak hanya menanti belah
Janji tersimpul terlerai sudah


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Saturday, 18 September 2010

dimana nilai persahabatan bagi mereka?


videokeman mp3


Love the Way You Lie Ft Rihanna – Eminem Music Code

Pujangga  pernah  berkata, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di  lautan.  Hamparan  buih  nan  memutih,  hanya indah  di luaran  namun melewatinya  bererti  menuju ke jurang kehancuran. Justeru, mencari sahabat sejati  amatlah sukar. Ramai bersama berkongsi
suka, namun tiada yang ingin menemani meniti duka.

Sahabat  sejati  nilainya tiada bandingan. Dia ibarat berlian yang terbenam di  dasar  lumpur. Meski berbalut kotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua. Dia  bersama  menemani anda di waktu susah senang. Malah dia lebih mengerti diri  anda,  kesukaan anda, kebencian dan segala-galanya mengenai diri yang ada kalanya anda sendiri tidak mengetahuinya.

Nilai  persahabatan begini sukar ditandingi. Sahabat sejati juga menjunjung erti  setiakawan,  kejujuran  dan bertanggungjawab. Sama bergembira diwaktu senang,  membimbing  kala  kita memerlukan dan memimpin tangan sewaktu diri tergelincir  dari  batasan.  Meski menegur kesilapan  mungkin  disalah tafsirkan,  mereka  sanggup  memikul risiko atas nama tanggungjawab sebagai teman.



Ramai tidak sanggup melakukannya bimbang terperangkap dengan kejujuran. Kejujuran  dan  kebenaran  lazim  membuahkan sesuatu yang pahit. Kerana teguran ikhlas, ramai kehilangan kawan. Tetapi sekiranya anda juga memiliki sifat persahabatan murni lagi terpuji segala
teguran pasti disambut baik dan menelan kepahitan itu sebagai penawar.

Sahabat  sejati  tidak  perlu berada disisi kita setiap masa. Mungkin dalam setahun  pertemuan  dengannya  boleh  dibilang dengan jari. Namun hubungan dalaman  yang erat terjalin sebati dijiwa. Adakala kehilangan teman membuat  diri hilang punca dan sampai bilapun nilai persahabatan akan tergengam erat di diari ingatan.

Saya  pernah terbaca sebuah catatan kecil  yang meluahkan  kesedihannya  kehilangan  sahabat tercinta buat selama-lamanya. 


Katanya  :  I'm  poorer without you, but I'm richer for having know you and shared  your  counsel.


Sehingga kini kasih, nasihat dan pengalaman bersama sahabatnya itu abadi buat selama-lamanya.

Memang  ramai  yang  tidak menghayati erti persahabatan. Ada kawan tergamak menjatuhkan  kawannya sendiri . Kalau tidak masakan ada pepatah mengatakan, harapkan  pagar,  pagar  makan  padi.  Mereka  ini bersifat talam dua muka. Justeru,  memilih  teman  perlu  berhati.  Jangan sampai
anda dimamah teman sendiri.

Rata-rata  apa  yang  tercermin  dalam masyarakat kita, orang memilih teman untuk  kepentingan  peribadi.  Andai  mereka tahu  individu itu  boleh mendatangkan  keuntungan,  mereka  akan  rapati. Sebagi contoh ahli politik yang  berpengaruh akan dikelilingi teman setiap masa. Sekiranya dia berbuat silap,  tidak  akan  ada  yang  berani menegurnya. Bimbang  mereka  akan disingkirkan dan cita-cita untuk memperolehi sesuatu tidak tercapai.

Di  lihat  dari  sudut  Islam, persahabatan itu amat besar ertinya. Menurut Imam Al-Ghazali, persahabatan harus dilandasi jiwa yang bersih. Malah hadis Nabi  turut  berbunyi, " Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan kamu lebih daripada kamu mengasihi diri sendiri.
Begitulah  besarnya  pengertian  sahabat  menurut Islam bersandarkan konsep persaudaraan.  Pilihlah  sahabat  yang dapat membawa kita ke arah kebaikan.

Tidak  dinafikan  pengaruh  teman terlalu besar dalam diri kita terutamanya pada  peringkat  usia  remaja.  Sekiranya  anda boleh menasihati teman yang berada dijalur salah, itu adalah sebaik-baiknya tetapi andainya tidak, anda tidak perlu menghanyutkan diri mengikut arus mereka.

p/s:  BERTEMANKAN SI  PEMBUAT HARUMAN, WALAUPUN KITA TIDAK MERAMU WANGIAN, HARUM AROMANYA  TERSEBAR JUA DAN BERTEMANKAN SI TUKANG BESI, MESKI TIDAK MENEMPA  BESI, PERCIKAN BARA API  TERKENA JUA "

berhati-hatilah !!



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...