Sunday, 20 November 2011

dunia carca marba





Diperbodoh bukan sekali. Dipijak selalu sampai tuli. Taraf diletak hanya takat kaki. Aku sangat benci berada disini.

Bayangkan kau berada di satu lorong yang panjang dan lengang. Di situ tersedia semua. Di situ terbekal semua buat kau. Hanya untuk kau capai tangan tapi entah sampai atau tak. Entah kau layak atau tak.

Dunia, hanya dengan perkataan kau boleh menang. Hanya dengan sedikit ayat memanipulasi dan merombak kenyataan,  kau boleh jadi kuat macam detektif yang menghentam defendan sekuat hati. Kau juga boleh menjadi seorang hakim yang membetulkan pesalah dan membiarkan orang tak bersalah meringkup dalam penjara lama-lama. Hanya dengan satu persen usaha, kau boleh nampak gagah kalau dengan niat kau untuk nampak hebat.

Teringat ayat Penjenayah merah jambu, "kalau kau mahu berjalan di atas tanah dimana tertanam periuk-periuk api yang bila-bila masa saja akan meletup, cuba lah jadi kesayangan manusia". Betul kan.

Semua orang hari ini. Tulis kenyataan dalam suratkhabar, hanya untuk meraih populariti bukan-bukan. Tulis entry mengarot hanya mahu blog nya jadi perhatian. Ada juga yang buang masa jadi anynomous dan mengganggu konsentrasi orang lain hanya untuk buktikan kau benci penulisan dia sangat-sangat.Lagak kurang pandai namanya. Apa salah menegur atau mencela dengan melantangkan identiti kau. Kau takut orang sua parang dekat kau? Entah kan.

Satu lagi.

Tak patut juga kau hanya pentingkan diri sendiri bila melangkah mendepa,kau buat apa saja untuk bolot sendiri nikmat puas yang tak kekal lama. Kau sanggup biar orang lain duduk terdiam merayu-rayu perhatian kau. Saat kau jatuh terduduk jangan kau panggil nama orang itu, nama orang ini tolong kau. 

Kan aku dah kata, Manusia umpama serigala, sekali disuapkan jiwa mereka, sekali diikutkan hasrat mereka, sekali memperbodohkan diri untuk mereka, sampai bila-bila mahu selama-lamanya.

Dunia yang penuh dengan manusia hipokorrit dan pentingkan diri buat aku letih menjadi diri sendiri. Letih lagi berlari mengenal erti insani. Yang mana emak aku pesan. Kau pandai-pandai jalan ye nak. Nak jalan macamana mak. Bila mula saja nak berjalan, ada saja orang yang tarik saya jatuh.

Betapa aku benci manusia yang berjalan dengan lagaknya. Sedangkan kau itu tak ada apa-apa. Buat apa dengan kelebihan sementara engkau sedangkan kau juga menjadi penyewa-tak-berbayar sama macam aku.

Jangan fikir semua orang akan dukung kau untuk langit yang tinggi kalau kau selalu pijak orang lain yang mana kau rasa terlalu buang masa bergaul dengan mereka yang tarafnya lebih kurang macam orang-kurang-upaya.

*senyum

Reason apa pun, kalau kau fikir dunia ini hanya untuk kau seorang. Melangkah lah baik-baik. Bila kau jatuh. Kau panggil aku. Aku tolong.

Jadilah seseorang buat sesuatu bukan jadi sesuatu buat seseorang. Jangan sombong. Nanti terlopong.

p/s:baru lepas baca buku Mark steward, Sacrifice or Selfish :)

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...