Sunday, 20 November 2011

dunia carca marba





Diperbodoh bukan sekali. Dipijak selalu sampai tuli. Taraf diletak hanya takat kaki. Aku sangat benci berada disini.

Bayangkan kau berada di satu lorong yang panjang dan lengang. Di situ tersedia semua. Di situ terbekal semua buat kau. Hanya untuk kau capai tangan tapi entah sampai atau tak. Entah kau layak atau tak.

Dunia, hanya dengan perkataan kau boleh menang. Hanya dengan sedikit ayat memanipulasi dan merombak kenyataan,  kau boleh jadi kuat macam detektif yang menghentam defendan sekuat hati. Kau juga boleh menjadi seorang hakim yang membetulkan pesalah dan membiarkan orang tak bersalah meringkup dalam penjara lama-lama. Hanya dengan satu persen usaha, kau boleh nampak gagah kalau dengan niat kau untuk nampak hebat.

Teringat ayat Penjenayah merah jambu, "kalau kau mahu berjalan di atas tanah dimana tertanam periuk-periuk api yang bila-bila masa saja akan meletup, cuba lah jadi kesayangan manusia". Betul kan.

Semua orang hari ini. Tulis kenyataan dalam suratkhabar, hanya untuk meraih populariti bukan-bukan. Tulis entry mengarot hanya mahu blog nya jadi perhatian. Ada juga yang buang masa jadi anynomous dan mengganggu konsentrasi orang lain hanya untuk buktikan kau benci penulisan dia sangat-sangat.Lagak kurang pandai namanya. Apa salah menegur atau mencela dengan melantangkan identiti kau. Kau takut orang sua parang dekat kau? Entah kan.

Satu lagi.

Tak patut juga kau hanya pentingkan diri sendiri bila melangkah mendepa,kau buat apa saja untuk bolot sendiri nikmat puas yang tak kekal lama. Kau sanggup biar orang lain duduk terdiam merayu-rayu perhatian kau. Saat kau jatuh terduduk jangan kau panggil nama orang itu, nama orang ini tolong kau. 

Kan aku dah kata, Manusia umpama serigala, sekali disuapkan jiwa mereka, sekali diikutkan hasrat mereka, sekali memperbodohkan diri untuk mereka, sampai bila-bila mahu selama-lamanya.

Dunia yang penuh dengan manusia hipokorrit dan pentingkan diri buat aku letih menjadi diri sendiri. Letih lagi berlari mengenal erti insani. Yang mana emak aku pesan. Kau pandai-pandai jalan ye nak. Nak jalan macamana mak. Bila mula saja nak berjalan, ada saja orang yang tarik saya jatuh.

Betapa aku benci manusia yang berjalan dengan lagaknya. Sedangkan kau itu tak ada apa-apa. Buat apa dengan kelebihan sementara engkau sedangkan kau juga menjadi penyewa-tak-berbayar sama macam aku.

Jangan fikir semua orang akan dukung kau untuk langit yang tinggi kalau kau selalu pijak orang lain yang mana kau rasa terlalu buang masa bergaul dengan mereka yang tarafnya lebih kurang macam orang-kurang-upaya.

*senyum

Reason apa pun, kalau kau fikir dunia ini hanya untuk kau seorang. Melangkah lah baik-baik. Bila kau jatuh. Kau panggil aku. Aku tolong.

Jadilah seseorang buat sesuatu bukan jadi sesuatu buat seseorang. Jangan sombong. Nanti terlopong.

p/s:baru lepas baca buku Mark steward, Sacrifice or Selfish :)

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Sunday, 9 October 2011

Long live love , but get in hell for relationship

Kalau aku ni pentingkan diri sendiri , tak prihatin dah lama dah aku cakap dengan kau .Kawan tak kawan aku makan . Memang kau tak pernah bagi harapan dekat aku . Tapi aku acap kali bagi harapan kat diri aku .Kalau kau rasa aku ni satu penyesalan buat kau , aku undur selamanya macam sekarang ni . Kau tak boleh nak judge aku . Semua ini adalah salah aku kan? Puas hati..

Aku tak pernah sebegini teruk . Kau mintak maafkan dalam mesej terakhir.. aku memang maafkan sebab kau tolak aku.Takkan aku nak terhegeh-hegeh . Aku cuma nak rawat hidup aku balik . Itupun kau tak faham ker? Kalau kau kawan aku , kau akan dengar apa sahaja luahan aku semalam dalam call..kalau kau rasa aku pentingkan diri fine ?.. aku pun takder nak maki-maki kau . Aku nak diri aku benci untuk kau ..sebab aku taknak diri aku rosakkan hidup kau nanti . Tapi kau tak faham .. Tapi segala yang terjadi , buat aku sedar inilah realiti persahabatan yang sudah musnah ..

3 tahun yang panjang buat aku sudah jelas . Ada takder kau selama ini aku ok jer pun . Boleh jer hidup ..
Tapi aku nak benda ni jadi rahsia selamanya antara kita berdua . No more laugh , but tears on me will alive forever in my heart .. aku x sedih kau tolak aku ..sekarang ini aku cuma sedih kau buat kawan kau ni macam sampah .. Kalau aku boleh layan segala luahan suka dan duka kau dengan watak lagi satu tu , selama 3 tahun walaupun aku sendiri terluka.dan.aku dengar masalah kau..kenapa kau tak boleh nak dengar kekecewaan aku waima semalaman pun kau kejam kepada kawan kau sendiri ..

DAH.. end of story .. kau dah takkan baca lagi luahan aku kat blog ni .. sebab nilah entry terakhir yang aku buat untuk kau baca .. lepas ni kalau aku nak luahkan perasaan aku , aku buat untuk tatapan aku je.

cetusan otak beku
 



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Sunday, 2 October 2011

it takes a lifetime to forgive and forget.

tadi main iron iron tangan -_-''

tujuan asal nak iron pixel,nak tutup suis je terkena iron.
memang terbaik ahhh kan sakit tuuu!
panjang betul parut yang iron nih bagi.
berdenyut denyut lagi sekarang, sakit.

tapi, tak pikir pulak sakit aku sekarang.
sakit dalam.

kau pun tau apa kan?
kau tak sedar ke apa yang kau dah buat?

kau tak rasa apa aku rasa.
kau cuma rasa puas kan drama drama terhina kau berjaya?
apa kau nak? cuba cakap.

kau sedar tak dari dulu, kau mula buat kerja kerja ni
sampai sekarang, berapa banyak kau tipu aku?
kau ingat benda ni remeh?
kau ingat balik kesemua nya.
remeh ke?

kau nampak aku suffer.
and yet kau tengok bersahaja?
sedang kan kau yang reka semuanya.

bodoh.

yeah, it really looks real to me.
tahniah kat kau sebab kau berjaya pengaruh aku, racun aku.
kau dah berjaya buat aku benci orang orang yang aku tak sepatutnya benci.
thank god tuhan sayang aku dan orang orang yang kau aniaya.

aku tak akan balas apa apa kat kau,
because then itu buat aku sama taraf dengan kau.
aku harap tuhan sayang kau lagi dan bagi kau petunjuk.

untuk perkara perkara yang kau buat kat aku,
it takes a lifetime to forgive and forget.


p/s: dont you remember the day i cried so hard in that car for the first time in front of you?  it was really painful to hear that; and now i knew it came from you.





Make Your Own Gifts Here 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...