Tuesday 22 November 2011

Kita berhak untuk gembira

Bagaimana ya nak saya mulakan entry ni? Hati berkira2 untuk menulis kerana bimbang di salah erti, tetapi saya rasa perlu untuk mencatatkan sesuatu. Kadangkala kita tidak tahu mengapa perlu ketawa di saat hati terasa ingin menangis. Hanya menjangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Aku selalu rasa begitu. Selalu rasa perlu senyum pada seisi alam walaupun hiba di hati hanya Allah saja yang tahu.

Aku selalu tanya kepada diri, kenapa tidak kita zahirkan saja siapa diri kita pada alam. Kenapa kita perlu berpura-pura suka pada perkara-perkara yang tidak pernah kita suka. Kenapa kita perlu tersenyum di saat hati sedang luka berdarah. Kenapa kita perlu bangun juga melalui hari esok yang sekali lagi akan membuat jiwa kita terus parah. Kenapa kita perlu membahagiakan orang lain walaupun ada ketikanya bila kita memerlukan orang-orang lain itu mereka tidak pernah ada. Kenapa? Kenapa kita perlu melakukan semua ini?

Tidak bolehkah kalau kita menjadi diri kita sendiri? Pamerkan saja mana-mana perkara yang tidak kita suka. Tunjukkan saja kepada mereka yang kita benci bahawa kita memang tidak sukakan mereka. Lakukan, lakukan apa saja yang hati kata. Pedulikan apa orang lain nak kata dan fikirkan. Biarlah. Kerana hati kita milik kita. Mereka semua tidak tahu apa yang kita rasa. Mudahkan? Mudahkah menurut kata hati sebenarnya?

Tentu saja jawapannya tak. Tak mudah menurut kata hati. Napa? Kerana kata hati bukan sepenuhnya dikawal oleh kita. Tapi kata hati kita lebih banyak dikawal oleh nafsu dunia yang kalau kita ikutkan juga, kita bakal menanggung akibatnya. Akibat2 yang boleh buatkan kita menyesali hidup sampai bila2. So how? Bila kita boleh menjadi diri kita sendiri? Sampai bila semua yang ada dalam hati perlu kita pendamkan saja? Sampai bila kita perlu menjadi orang lain hanya kerana kita hendak membahagiakan orang-orang sekeliling yang belum pun dapat memberi kebahagiaan untuk kita? Sampai bila?

Hakikatnya, pilihan itu kita yang punya. Kita boleh saja menjadi diri sendiri dan tidak menjadi orang lain dengan cara dan kehendak yang kita mahu. Asalkan kita tidak terkeluar dari batas-batas norma seorang insan. Asalkan saja kita tidak menyakiti hati insan2 lain di sekeliling kita. Boleh ke aku?


Hidup penuh dengan keadaan yang memerlukan kita membuat keputusan. Setiap hari kita memutuskan untuk melakukan semua yang terbaik dalam hidup. Dan setiap hari juga kita berharap semua keputusan yang kita buat itu adalah keputusan yang betul dan tepat. Kita berdoa dan berharap agar Dia menunjukkan kita jalan yang betul di atas keputusan yang kita buat ini. Ketika inilah kita berharap akan ada orang2 yang boleh sama2 membantu dalam membuat keputusan-keputusan itu untuk kita. Kenapa? Kurang yakinkah kita pada diri? Takutkah menghadapi realiti kalau keputusan yang kita buat tu akan mengubah situasi kepada yang lebih buruk? susah kan? susah sebab kita diminta memilih lagi.

Hidup adalah berdasarkan pilihan yang kita ada dan cara kita membuat keputusan memilih pilihan yang tepat. Dan kerana alasan itu, kita kadangkala tidak mampu untuk menjadi diri kita.

Ada antara keputusan sebenarnya yang kita terpaksa buat kerana diminta untuk melakukannya. Dan kadangkala kita tidak sedikit pun setuju dengan setiap keputusan itu. Ketika itulah, kita tahan juga hati untuk perkara-perkara yang terpaksa kita lepaskan dalam hidup.

Menjadi insan yang disayangi dan disukai oleh orang lain, bukanlah sesuatu yang mudah. Buktinya, aku telah banyak melakukan banyak perkara sepanjang tempoh kedewasaan ini untuk menjadi seseorang yang disayangi orang lain. Kepada mama misalnya. Sejak kali pertama faham dan tahu yang kita perlu meraih perhatian yang bukan sedikit darinya, aku telah berusaha melakukan banyak perkara. Aku mahu mereka sedar kehadiran aku. Aku mahu mereka perasan dan tahu aku ni dapat membuatkan mereka bangga. Dengan apa cara sekalipun. Aku tak kan penat berusaha.

Sukar bukan menjadi orang yang disayangi? Kita melakukannya seumur hidup. Sepanjang kedewasaan mencuba yang terbaik untuk disayangi. Untuk itu ketahuilah bahawa hidup akan menjadi indah bila kita tidak memikirkan tentang kita saja setiap hari.

Ada ketikanya kita perlu membuat orang lain tersenyum gembira atas keruntuhan tembok-tembok kedukaan kita. Kerana itulah, ada ketikanya kita tidak boleh terlalu mahu menzahirkan apa yang kita rasa kerana kita tidak mahu membiarkan hati orang yang kita sayang terluka.

Lalu atas sebab itu aku masih memilih untuk bahagia. Bahagia dengan cara aku seadanya. Aku mahu semua orang-orang yang aku sayang dan yang sayangkan aku merasai bahagia ini. Dengan cara membuatkan orang lain bahagia aku tahu yang aku juga mampu bahagia. Hidup ini hakikatnya terlalu singkat. Terlalu singkat untuk aku memikirkan pelbagai perkara susah dalam hidup. Sebagai hamba-Nya aku selalu saja yakin yang harapan dan impian itu tetap ada. Tetap ada untuk setiap manusia yang percaya ketentuan-Nya.

Mulai harini aku nak sebarkan rasa bahagia ni pada semua insan yang aku sayang. Untuk setiap hari mendatang aku berjanji yang aku akan membuatkan oarng2 di sekeliling aku berasa bahagia dengan pilihan yang aku lakukan. Gapaikan rasa bahagia ni. Gapainya selagi terdaya. Gapainya selagi aku belum menutup mata. Pandang wajah2 insan yang aku sayang dengan penuh rasa kecintaan kepada-Nya. Berdoa dalam hati moga esok, lusa dan hari-hari berikutnya aku masih berkesempatan melihat wajah2 insan yang kita sayang ni.

Fikirkan mereka setiap hari. Gambarkan wajah2 di kotak fikiran kemas2. Sematkan dalam hati kita yang kita juga mahu dan boleh membahagiakan mereka. Susah ke? Tak. Tak susah melakukan perkara2 untuk insan2 yang kita sayang. Kerana rasa cinta itu bersama mengiringinya. Perbuatan, perilaku dan doa untuk mereka yang kita sayang bakal menjadi azimat kental untuk meneruskan hidup yang masih bersisa ini. Betapalah, hidup ini terlalu singkat untuk kita tanamkan rasa benci dan tidak kasih kepada mereka yang sebenarnya kita sayangi. Berbahagialah hati untuk sedikit rasa sayang dan rindu yang Dia kurniakan ini. Syukurlah.

Harapan baik setiap hari menjadikan manusia yang penuh kecintaan dan kaya perasaan. Belajarlah memupuk rasa itu untuk setiap makhluk di bumi-nya. Alangkah ruginya jika kita menghabiskan separuh mahupun seluruh hidup kita membenci. Kita mahu disayangi. Dan perkara pertama yang boleh kita lakukan adalah menyayangi orang-orang yang membenci kita. Bagaimana? Dengan memaafkan mereka di atas setiap kesalahan yang dilakukan kepada kita. Mudahnya. Begitu saja? Mudahkan? Mudahkah memaafkan insan-insan yang telah menghalang kita untuk merasa bahagia itu? Tidak mudah sebenarnya.tapi kita ada iman. Dengan iman, kita didik hati untuk menjadi hati yang baik. Kita didik hati untuk bersedia memaafkan insan-insan yang boleh membuatkan hati kita tidak bahagia. Cubalah. Tidak salah kalau mencuba kan?

p/s : Kita berhak untuk bahagia. Kita berhak untuk dicintai dan merasai nikmatnya cinta. Kerana kita juga berada di dunia ini atas nama cinta. Kita berhak disayangi. Dan kita berhak untuk menjadikan diri kita insan yang boleh disayangi. Rasa cinta itu ada di mana-mana. Berusahalah mencapainya. Dan sebelum aku menutup mata, aku juga mahu setiap yang membaca merasai bahagia itu. Biar dengan apa cara sekalipun. Selagi kita dilandasan yang betul, selagi kita di jalan yang benar, kita sebenarnya berhak untuk bahagia!!!

Cetusan otak beku.   



Make Your Own Gifts Here

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

7 comments:

  1. setuju2......kita sememangnya berhak :)

    ReplyDelete
  2. waaaaaaaa....this entry just 4 me la...*prsn
    thanks.........
    hehehe

    ReplyDelete
  3. betul2 , hati kita milik kita . tak perlu jadi berbeza semata-mata nak bahagiakan org lain . huhu great entry ^^

    ReplyDelete
  4. http://ctqueen.blogspot.com/2011/02/saya-nak-join-bloglist-siti-manis.html

    ditag..sila check..

    ReplyDelete
  5. setuju dn suka n3 ni. buh la butang like dik, kakchik nak tekan. hihi

    ReplyDelete
  6. kita x boleh paksa org suka kita.. dan kita x mmpu nak bhagiakan sume org, yg penting kita selesa ngn cara kita.. ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...