Friday 3 June 2011

Egois tu ada hormon thyroxine

Ok murid-murid. Harini jom kita pecahkan otak kita, tegangkan balik urat-urat yang lurus bendul tu, biarkan medulla oblongata menari-nari dan semoga pituitary gland dapat menjalankan tugas dengan baik dan merangsang thyroid gland untuk merembeskan hormon thyroxine. 

Cepat buat muka excited. Haha. Kau mampu tak nak cakap ayat biology macam ni? :P time exam dulu ni lah yang aku duk hafal. T_T

Kawan aku penah cakap. Aku ada trauma. Aku pelik. Aku perfectionist. Aku high taste. Segala macam. Dulu, aku tak mengaku apa yang orang cakap pasal aku. 

Tapi, bukankah itu egois? Egois itu bahaya, tahu? Bisa memakan diri katanya.

Aku cuba melihat siapa aku depan cermin. Aku hanya nampak bahagian hadapan. Bahagian belakang aku tak nampak. Sedangkan orang lain di sekelilingku dapat melihat diriku dari pelbagai sudut.

Yang benar! Tidak semestinya semua yang orang katakan tentang diri kita itu betul.nTapi apa salahnya kita cuba menerima kritikan dan pandangannya? Mungkin itu bisa membantu kita menjadi seorang manusia yang lebih baik dari yang sebelumnya. Kita tak rugi apa pun.

Paling penting, Bersahabat baiklah dengan yang namanya sikap positif dan sifat murah senyuman. Aku menyeru diriku sendiri.

p/s jangan egois

cetusan otak beku

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...