Thursday 22 September 2011

aku penat belajar untuk disakiti

Bersedia. Aku mungkin ingin menaip dengan panjang seolah-olah aku mahu meninggalkan sesuatu. Perasaan ingin lari dari sesuatu dan sembunyi untuk selama mana tempoh yang aku mahu. Menjernih segala yang ada, memperbaiki apa yang salah dan mencari nafas dikala kesempitan mula mencabar kamu.

Aku cuba bersedia dengan setiap apa yang berlaku. Pasti ini jalan terbaik untuk aku. Bukan untuk kamu yang membaca, tapi diri aku sendiri.



Aku cuba hargai setiap masa yang mendatang dan cuba menangisi masa yang aku telah bazirkan. Samada aku sedar atau tidak sedar aku mengenal siapa disebalik diri aku, dan aku harap ini kali terakhir aku bermuhasabah diri tentangnya. Selepas ini aku ingin belajar sesuatu.

Aku tak pernah berada dalam situasi ni, tapi kali ni aku rasa annoyed sangat-sangat. 



How does it feel bila orang mintak pendapat kita then ask to do many things but then tiba2 bila decision time, u were ignored? Suck kan. Yelah sape lah aku ni. Aku sorang je lagi pon nak melawan yg ramai. Nevermind, i'll play along.. just wait n see.. so when troubles come, i just got to say "i told u so". Rite? then time tu sume nak menunding jari kat org lain. yeah, typical.


Abah aku pernah cakap kat aku, "Seluar dalam pun mak basuh, ada hati nak ngorat anak dara orang, nak belasah anak orang,". Aku gelak.

Matang atau bertindak matang. Aku pening.

Aku sudah belajar untuk disakiti, dan aku berhenti.

Aku mencari peluang untuk hidupkan jiwa aku. Walaupun ditengah jalan aku mungkin rasa sakit yang pedih. Tapi peduli apa, ini hati aku!

Terima kasih kerana membaca walaupun panjang.






♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Tuesday 20 September 2011

Aku selalu terlupa

Kadang kala,

Kita cakap apa yang kita rasa
Kita pandang apa yang kita nak
Kita dengar apa yang kita mahu
Kita pegang apa yang kita nampak

Tapi kadang kala kita lupa

Tak semua yang kita rasa tu sedap
Tak semua yang kita pandang tu indah
Tak semua yang kita dengar tu merdu
Tak semua yang kita pegang tu nyata

Dan kadang kala kita sedar, semuanya dah terlambat.

Yang dirasa tak boleh diludah
Yang dipandang tak boleh ditoleh
Yang didengar tak boleh di elak
Yang dipegang tak boleh dicampak 


Make Your Own Gifts Here

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Saturday 10 September 2011

Terlalu banyak benda sepatutnya aku ingat tapi lupa.

Sejak aku selalu makan nasi berlauk tiap-tiap hari di Makan Place Mid Valley, fikiran aku macam kurang tajamlah. Sudah jadi masalah besar rasanya…

Situasi 1
Aku selalu lupa samada aku sudah gosok gigi ke belum pada waktu malam. Banyak kali aku buat kopi selepas aku gosok gigi pada malam hari. Kena minum juga, tapi kena gosok gigi sekali lagi. Rasa membazir ubat gigi dan air bersih untuk kumuhan.
LUPA!

Situasi 2
Aku tekan-tekan pedal minyak, tapi kereta tak jalan. Owh, rupanya aku tak masuk dalam fasa D. Berbunyi menderum-derum kereta. Nasib baik tak maki hamun orang belakang. Bukan 3 kali aku sebegini, dah berulang-ulang kali, lebih 10 kali pun ada. Isk, aku dah rasa tahap bahaya.
LUPA!

Situasi 3
Tak tahulah benda ini biasa ke tidak bagi korang. Lupa letak di mana handset aku. Aku memang selalu letak handset aku disebelah aku walaupun tak ada SMS atau panggilan yang masuk sebab dalam handset aku ada macam memo. Aku bukan jenis 24 jam tangan menaip SMS ye. Hari itu ada 52 SMS tak berbalas, ini lupa punya pasal letak handset di mana. Maka dengan itu, aku minta ampun kepada kawan-kawan aku di mana-mana sahaja yang SMS mereka tak berbalas. Cik Krusye, SMS sekali lagi boleh?.
LUPA!


…mengeluh…

Aku hari itu jalan-jalan di kedai buku Popular . Jumpalah buku SUDOKU GAME, depan muka buku itu tulis SUDOKU GAME: LEVEL AMAT SENANG.

Aku belilah buku itu, untuk minda katakan. Balik rumah bolehlah isi masa lapang menunggu bola ke, berchatting ke, apa ke, sebelum masuk tidur…

…mengeluh sekali lagi…

Amaran: Buku ini mampu membuatkan anda boleh menghempas buku itu ke dinding, rasa mual, tak lalu nak makan, tak boleh tidur malam, mulut berkata ‘susah giler’ setiap kali selak muka surat, dan lapik cawan kalau-kalau air Milo tertumpah.

Susah! Berasap kepala.

Pergh, nasib baik ada kipas besar. Kalau tidak, aku nak koyak buku ini


Make Your Own Gifts Here 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...