Saturday 8 January 2011

Sembunyi Dalam Hati

“Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.”
Setelah bergelen-gelen air keluar dari bibir mata, semasa saya bercakap dengan mama saya, hanya itu yang mama saya mampu simpulkan. 


Katanya lagi, “ Jangan mengharapkan kasih sayang dari manusia, Allah tahu apa yang tersembunyi dalam dada. Dan, kita manusia perlu redha dan tawakkal. InsyaAllah  ”
Walaupun hati saya ada sedikit rasa tidak ikhlas, tapi apabila memikirkan pengorbanan ‘orang lain’ yang lebih besar, saya rasa bersyukur. Niat saya hanya untuk menolong ‘orang lain’ itu sahaja. Hanya untuk dia saya lakukan ini. Dan, biar Allah membalas yang terbaik untuk kami berdua, InsyaAllah.

Agak susah untuk melakukan sesuatu tanpa menunjukkan niat kita yang sebenar. Saya ini tak gemar memberitahu niat yang insyaAllah baik pada orang lain. Jadi, apabila sesuatu yang berlaku, tanpa ada orang yang mengetahui niat sebenar saya, pasti akan melihat saya sebagai orang yang tidak berperasaan dan agak pentingkan diri. 


Hurm.. whatever...

Dan, akhirnya saya yang sedih kerana niat saya disalah anggap. Tapi, saya tak mampu nak berterus terang. Masih menjadi coldhearted. Hanya pada mama dan DIA tempat saya mengadu. Malam tadi, mama saya gunakan perkataan ni. “ Anje, fikir sesuatu tu sekali dan setempat sahaja. Jangan sampai ke 5, 6 tempat lain pula. Tu cara berfikir orang sasterawan, kita ni mathematical person, just go straight to the point.” Tergelak besar saya dibuatnya. Macam tak berapa nak kena dengan situasi, tapi mungkin ada lah kena sikit, kot. 


Hahaha Whatever...

Mungkin tak ramai yang faham apa yang saya merepek kali ni. Dan, saya pun tak berniat nak menerangkan lebih lanjut sebab saya tak rasa masalah saya ni akan berhenti di sini. Ia mungkin berlarutan, yang saya tak tahu sampai bila. Cuma, ia rasa sangat sedih apabila kita hanya diihat sebagai orang yang untuk memberikan pertolongan pada bila-bila masa, dan tak kira apa. Dan, apabila kita terpaksa untuk tidak menolong kerana keadaan yang terdesak, tanggapan orang lain dah jadi lain. Tapi, apabila kita membantu, ia akan merebak ke pertolongan-pertolongan seterusnya tanpa memikirkan situasi saya. Sangat terobek hati apabila memikirkan yang hanya kita perlu fikir tentang kesusahan orang lain, tapi di keadaan kita? Seperti tak siapa yang peduli.
Oh, whatever...
Lagi sekali, pada yang pernah mengalami mungkin ada sedikit faham tentang entry yang pening ini. Tapi, pada yang pening, korang hanya perlu faham yang kesimpulannya “ tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Ya Allah, hanya KAU yang tahu apa yang tersembunyi dalam dada.”

Terima kasih Mama,
Terima kasih kamu semua .... ;)
p/s: Entry ini tak ada kaitan dengan kawan-kawan saya. Ini menceritakan kepada sesuatu yang hanya saya yang kenal. Yang kamu semua tak pernah jumpa, atau pun lebih tepat lagi tak akan pernah jumpa.
Saya tak ramai kawan yang rapat, tapi mereka memang selalu cari saya bila ada masalah tapi apalah sangat nak dibandingkan bila saya mencari mereka apabila saya ditimpa masalah. Jangan cemburu ya, semua. Kawan-kawan saya memang yang terbaik. Sangat! Semua! I love them! Especially, nipnip, tehteh, may big brother ( u know who u r =P ) gegerk, sory klu x mention nama nya. Thanks to all of you sebab buat saya sentiasa tersenyum, walau sedang menangis. ;)
p/s/s: saya perasan, saya banyak ditimpa masalah berkaitan pelajaran dan hidup, etc. tapi Alhamdulillah boleh bertahan. Tapi, benda-benda yang menyentuh perasaan seperti ini, saya dah tak mampu untuk menahan seorang diri. Saya jadi tak tentu arah. Mungkin sebab itu Allah tak bagi saya bermain perasaan dalam hidup saya ini, sekurang-kurangnya buat masa sekarang. Mungkin, saya memang masih tak mampu menahan dugaan dalam hati. Saya hanya boleh berharap, my sweet charming akan muncul, dan buat hati saya terus berbunga-bunga setiap hari tanpa beri kesakitan disitu.



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...