Friday 18 February 2011

Hidup dengan lebih gembira


Apakah erti kegembiraan buat diri saya?
Mama selalu membebel macam ni, tapi kali ni saya nk share dengan korang semua. boleh kan?
so, here it is...
4 Prinsip Untuk Hidup Dengan Lebih Gembira
Prinsip Pertama:
Selagi kita tidak menyakitkan hati seseorang, itu maknanya kita belum melakukan perkara yang betul.
Itulah hakikatnya. Pasti ada orang yang akan sakit hati dengan perbuatan kita, walaupun kita melakukan perkara yang betul. Contohnya, apabila kita tegur kawan kita yang suka buat jahat;
''Jahatlah kau. Kau memang kejam.''
Silap gaya, rakan kita itu pasti akan terasa hati.
Ye, lah, mana ada orang yang akan suka kalau kita menegur kesalahan mereka, kan?
Jadi, apabila ada orang yang sakit hati dengan perbuatan kita, itulah tandanya kita telah melakukan perkara yang betul.
AMARAN: Prinsip ini hanya boleh diguna pakai jika yang sakit hati hanya seorang dua, atau pun golongan yang tertentu sahaja. Tapi, jika terlalu ramai yang terasa hati dengan perbuatan kita, pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan diri kita.
Yang penting, perbuatan kita itu perlu betul, kena pula dengan tempat dan masanya. Pastikan juga perbuatan kita itu, tidak menyalahi undang-undang dan agama.
Prinsip Kedua:
Kita tidak akan dapat memuaskan hati semua orang pada setiap masa, dan jangan sesekali cuba untuk melakukannya. Itu adalah perkara yang mustahil.
Percayalah, jika kita cuba juga untuk memuaskan hati semua orang pada setiap masa, maka yang merananya adalah kita.
Kalau kita fikir yang kita sudah melakukan benda yang betul, maka teruskanlah. Jangan peduli dengan suara-suara sumbang atau jelingan juling daripada orang lain.
Tidak semua orang akan suka dan berpuas hati dengan apa yang kita buat. Tidak semua faham dengan apa yang kita mahukan. Kita pun begitu juga, bukan?
So, apa nak peduli? Masing-masing punya hal lah. Yang penting, kita gembira.
Prinsip Ketiga:
Buatlah apa-apa sekali pun yang kita suka. Yang penting, kita gembira.
Sesungguhnya kita berhak untuk gembira. Hidup ini hanya sementara, kenapa perlu berduka lara? Ingatlah, hidup kita terlalu pendek untuk bersedih.
Prinsip Keempat:

Bergembiralah. Ceria selalu, senyum sokmo. ;)
Semoga kita sentiasa gembira, tidak kira siang atau pun malam. Kongsikankan kegembiraan kita dengan orang lain, nescaya kita akan bertambah gembira. Sebarkanlah kegembiraan kita ke seluruh alam, pastinya kita akan bertambah-tambah gembira. Bagaimana? Sebarkanlah Hairul Dot Net ke seluruh alam. ;)
Gandakan lagi kegembiraan kita dengan membaca entri ini
“Aku Gembira.”

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...