Monday 11 April 2011

Mata ke atas, Tangan ke dada.





Prof Sir Tap Hati mak nak cakap berlakunya perselisihan sebab kurangnya elemen budaya sentap-menyentap. Betul jugak kan. Orang lebih suka menghambur daripada cakap lembut2. 

Bukannya nak suruh berpantun atau bersyair bila bercakap, tapi mungkin perlu betulkan tone suara ketika bercakap dengan orang lain. 
*Ok sesi bercakap dengan cermin. Pang tampar muka sendiri!*


Contohnya, kat rumah sendiri. Parent aku memang suka bab guna ayat sentap-menyentap ni. Yelah, nak elakkan dari rasa marah, baik sentap-menyentap je kan. 

Situasi Sentap 1

Waktu : Pagi. Matahari dah meninggi tapi tak reti2 lagi nak bangun tidur.
Tukang sentap : Mak
Yang kena sentap : Aku.

Mak : Eh awal pulak bangun pagi ni? Baru kul 10. Pegi lah tidur balik. Bangun masa nak lunch je nanti. Breakfast pagi tadi pun dah habis. Teh tu pun dah sejuk. Tak sedap pun kalau nak panas kan balik.

Aku : Hehe. ye lah mak. 

(Tapi bukannya lurus bendul pegi sambung tidur. Amek lah towel, cepat2 pegi mandi sebelum kena perlibahasa lagi sedas dua!)




Sentap memang rasaya lebih elok daripada kena sindir tegur secara kasar depan2. Bagi aku, sentap ni satu sisi bahasa yg agak sopan walaupun maknanya memang menikam di kalbu. Bak kata Ustazah Bahiyah , "Macam mana? Meresap ke jiwa tak?"


Situasi Sentap 2



Tunggu kawan kat bawah blok dia memandangkan beliau duk kat tingkat atas.

Kawan : Eh sori2. Lama ke tunggu?

Aku : Eh takdelah. Asal cepat sangat? Aku baru nak lelap tidur sejam dua tadi haa. 


(Walaupun sebenarnya dah tunggu agak2 setengah jam. Dengan perasaan geram dan emosi, aku rasa nak hentak2 kaki ataupun gigit je dia terus sejurus dia masuk dalam kereta.Rasanya, dalam masa satu dua jam tu, aku boleh menghabiskan masa bukak dan pasang balik tayar kereta untuk memenuhi masa yang ada!)


Situasi Sentap 3 



Zaman bercinta dulu2.

Aku : Erk ape menatang yang awk nak beli ni?

(Sambil muka buat tak puas hati sebab benda yg nak dibeli rasanya tak perlu nak beli bila tengah pokai dan takde duit ni)

Dia : Apsal pulak? Murah lah ni. Tak boleh ke nak beli?

Aku : Hah ape pulak tak boleh? Apesal nak beli yg ada diskaun ni? Tunggu lah time dia tak buat sales. Bila beli mahal2, takde lah rasa bersalah sangat nak berlagak depan kawan2 kan?


Situasi Sentap 4

Birthday party member. Ataupun kekasih hati. Ataupun bakal suami. Ataupun sape2 jelah.

Aku : Kau nak hadiah ape ni? Aku tak reti lah nak pilih2 hadiah untuk kau. Bagi pemadam je boleh tak?

Dia : Kalau aku mintak iPod? Agak2 kau nak bagi tak?

Aku : Lah? iPod? Apesal tak mintak iPad je? Duit aku yg berkepuk2 ni memang untuk kau sorang je laaa. Jangankan iPod. Segala menatang yg start dari huruf I aku boleh belikan!

Dia : Eleh kedekut taik hidung masin! Puihh! Puihh!



Mungkin ada yg rasa sentapan ni masih berbentuk kasar. Terpulang kepada siapa yg mendengar, cara mengolah makna dan tone suara yang kena dengan keadaan.

Tolong Ingat! Teknik sentap-menyentap ni lebih berkesan kalau kita gunakan cara:

1. Ucapkan kata2 sentapan dengan nada yang lembut.
2. Mata pandang atas dan tangan kat dada.

p/s : Selamat mencuba!

cetusan otak beku

 
Make Your Own Gifts Here 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...