Saturday 10 September 2011

Terlalu banyak benda sepatutnya aku ingat tapi lupa.

Sejak aku selalu makan nasi berlauk tiap-tiap hari di Makan Place Mid Valley, fikiran aku macam kurang tajamlah. Sudah jadi masalah besar rasanya…

Situasi 1
Aku selalu lupa samada aku sudah gosok gigi ke belum pada waktu malam. Banyak kali aku buat kopi selepas aku gosok gigi pada malam hari. Kena minum juga, tapi kena gosok gigi sekali lagi. Rasa membazir ubat gigi dan air bersih untuk kumuhan.
LUPA!

Situasi 2
Aku tekan-tekan pedal minyak, tapi kereta tak jalan. Owh, rupanya aku tak masuk dalam fasa D. Berbunyi menderum-derum kereta. Nasib baik tak maki hamun orang belakang. Bukan 3 kali aku sebegini, dah berulang-ulang kali, lebih 10 kali pun ada. Isk, aku dah rasa tahap bahaya.
LUPA!

Situasi 3
Tak tahulah benda ini biasa ke tidak bagi korang. Lupa letak di mana handset aku. Aku memang selalu letak handset aku disebelah aku walaupun tak ada SMS atau panggilan yang masuk sebab dalam handset aku ada macam memo. Aku bukan jenis 24 jam tangan menaip SMS ye. Hari itu ada 52 SMS tak berbalas, ini lupa punya pasal letak handset di mana. Maka dengan itu, aku minta ampun kepada kawan-kawan aku di mana-mana sahaja yang SMS mereka tak berbalas. Cik Krusye, SMS sekali lagi boleh?.
LUPA!


…mengeluh…

Aku hari itu jalan-jalan di kedai buku Popular . Jumpalah buku SUDOKU GAME, depan muka buku itu tulis SUDOKU GAME: LEVEL AMAT SENANG.

Aku belilah buku itu, untuk minda katakan. Balik rumah bolehlah isi masa lapang menunggu bola ke, berchatting ke, apa ke, sebelum masuk tidur…

…mengeluh sekali lagi…

Amaran: Buku ini mampu membuatkan anda boleh menghempas buku itu ke dinding, rasa mual, tak lalu nak makan, tak boleh tidur malam, mulut berkata ‘susah giler’ setiap kali selak muka surat, dan lapik cawan kalau-kalau air Milo tertumpah.

Susah! Berasap kepala.

Pergh, nasib baik ada kipas besar. Kalau tidak, aku nak koyak buku ini


Make Your Own Gifts Here 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

1 comment:

  1. PERRR!! Nak beli buku tu. Apa nama buku tu?. Hantar kat shoutbox blog ye

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...