Tuesday 10 May 2011

BUBU gebu. awww. awww.

Aku rasa nak dekat setahun lebih aku teringin nak makan ice cream Baskin robbins and semalam kempunan aku lepas. kat JB ni memang la ada jual. tapi jauh dari rumah aku. dekat Jusco Tebrau. dahla aku jarang gila pergi sane. last aku pergi setahun lebih yang lepas.

Seriously, ice cream die takdelah sedap mana. kalau nak makan ice cream ni memang kene get ready one bottle mineral water la seyh. series nak muntah, sebab aku beli yang saiz bapak gajah punye. kalau bapak gajah makan pun mesti nak muntah.



uhh uhh baskin robbins  RM 19.60
harga ice cream ni memang kaw-kaw. nak masuk kedai baskin robbins ni tak boleh bawak RM10, at least RM20 baru lepas 1 cone ice cream. aw mahalnye awak ni ice cream! **mat patah


lupekan si robbins tu. mari kite pergi ke alam kucing.


uhh uhh kucing kat kampung aku makin gemuk and gebu, ohh geramnye aku. 2 hari lepas aku singgah kampung sebelum balik kampus semula. and sempat amik gambar baby-baby kucing tu. makin besar, makin aw aw! :D

nak cari kutu kat tuala ni, comel tak kite?

aaaaa! jangan gigit muke bubu!

huh? asal jantan tak guna ni amik gamba kitorang?

kroiihhh.. kroihhh sedapnye tidur -_-

buwekkkk! tengok kite jelir lidah ni :P

comel kan  kite? name kite bubu bukan tebu :D

dahla tu amik gamba i, penat posing taw!

tepi la bubu, honey nak posing jugak! grrrr~


so how? ada yang nak beli jari palsu sebab putus akibat tergigit tengok kecomelan kucing-kucing ni? :D


nak si bubu sebab die paling cute?


tak boleh :P


p/s: mental disorder la aku ni 





Make Your Own Gifts Here

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Aku tak nak ikut sebarang program MENTERNAK LEMAK macam CIK EPAL lagi.

Mesti tak percaya kan aku pernah diet?

Ya, aku diet masa musim panas 2009.

ni mase 2010. maintain kurus lagi masa tu

Tips diet :

1. Aku tak makan nasi. Tiap hari aku makan waffito chicken floss.

2. Aku banyak makan rojak buah (mostly jambu and honey dew) dan roti gardenia breakthru fibremeal.

3. Setiap hari joging 3 km paling minima. 
    * padahal pergi kerja dan balik kerja jalan kaki je.

4. Banyak minum air kosong. yelah kerja dalam aircond. cepat dahaga doh.

Memang aku akui, diet memang begitu 'shit'. Tapi, kalau kita ada tujuan dan nekad yang kuat apa saja boleh jadi, kan?

Hilang 20kg dalam 2 bulan adalah rekod peribadi yang masih diingati.
masa kerja kat customer service dulu.

thanks kawan-kawan support saya nak diet. 
wink* rasa macam tampar diri sendiri je

Sekarang, sebab utama aku nak diet:

1. Nak pakai seluar skinny. tapi tak berjaya beb! nangis woo.

2. Bosan dengan perlian orang, "kenapa kau gemuk sekarang?"

3. Susah nak cari saiz seluar. Pinggang besar tapi pendek. Tak ideal.
    *padahal saiz 30 je. nak saiz 27 semula !!.

4. BMI badan aku dalam tahap KOLESTEROL.

5. Nak buktikan kat kawan aku di GERMAN, aku boleh jadi slim sekali lagi bila dia balik sini.

p/s : Gerard Buttler pun cakap diet itu tak seronok. 
Tak boleh dah nak makan french fries dan minum coffee mocha latte.


cetusan otak beku

Make Your Own Gifts Here

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

symptom orang emotional

pagi-pagi lagi aku dah mandikan hamster-hamster aku yang gedik tu, bacin sungguh. sistem penghadaman diorang terlalu bagus. baru bagi makan. tak pasal-pasal dah produce faeces.  tak nak mandikan kesian pulak. yela. tak pasal-pasal pergi buat muke sedih lepas tu protes korek-korek wood chip memekak tengah-tengah malam. tension betul. panggang baru tahu. nasib baik la comel. hikhik

beralih kepada topik asal, emotional.

cehh cehh. kepada yang bace blog aku ni, kalau rasa korang emotional, baik jangan teruskan. takut ada yang tikam dada pulak lepas ni. hehe.

symptom-symptom orang emotional ni ada banyak. aku dah list kan beberape daripadanye:

1. selalu anggap small matter is a big matter

lalala. kalau korang orang yang jenis begini. korang memang emotional. yela, cube korang bayangkan. kalau adik korang punye bola kene langgar kereta lepas tu meletup ahh. korang dengan emo-nye pergi kejar kereta yang langgar tu sampai nak tercabut nyawa, last-last adik korang dah balik dari kedai sambil pegang bola baru. omg. emotionalnye u ni.

2. sibuk fikirkan hal orang lain sampai stress nak kelar tangan

yelah kan, jiran sebelah rumah bercerai. korang pergi jumpe laki die marah-marah sambil bawak parang. lepas tu balik rumah minum pil kurus banyak-banyak sebab stress tengok jiran korang bercerai. padahal korang kawin pon tak. tak coolnye.

3. selalu anggap diri tu perfect dan orang lain semua salah

perfect ok. bukan prefect, tu dah lain makna. hehe. selalunye, orang macam ni ramai tak suka. bahaya kalau korang ada symptom ni. tak pasal-pasal korang hanya dapat memandang kawan-kawan lain bergembira, bergelak tawa, tapi korang duduk di penjuru kelas sambil pegang pisau nak cucuk perut. padan muka. kan dah dipinggirkan. mana tak nye, kawan korang sibuk cerita pasal drama dekat tv malam tadi, korang pergi cakap 'tv tu tak bagus untuk otak, otak korang boleh meletup, tengok macam aku ni, baca buku je' =.=

p/s : symptom-symptom ni kalau ada dekat korang, cepat-cepatlah bawak pergi jumpe doktor. takut melarat. pergi mintak ubat gegat. insyaAllah hilang terus.

cetusan otak beku


Make Your Own Gifts Here 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

kenapa benci justin bieber?

reaksi seekor anjing yang terkejut selepas tengok muke Justin Bieber
hek eleh anjing kat atas ni. relax la bro. terkejut betul. aku dapat tahu die kene heart attack lepas tengok muke Justin Bieber. Tak tahulah kan mungkin muke Justin Bieber ni macam arwah isteri dia yang dia bunuh dulu sebab isteri die curang. dasar anjing durjana!

lupekan si anjing gila tu. aku dah lari jauh dari topik asal nih. tak pasal-pasal sampai part anjing je orang dah tekan 'close' sebab merepek berjela sangat. hehe. ampun ya buk

kenape orang lelaki benci Justin Bieber tapi orang perempuan suke sangat dengan Justin Bieber sampai ade yang terkujat-kujat lepas tu pengsan lepas tu sedar dan lepas tu pengsan balik? *tajuk sebenar post kali ni, terpakse di-cut sebab panjang sgt. bagi aku lah kan. ada banyak sebabnye:

1. orang laki memang poyo! ego je lebih! booooo!

cehh cehh. orang lelaki ni memang poyo. diorang booo! booo! justin bieber. padahal fanatik gile. entah-entah ada yang balik rumah je masuk bilik peluk-peluk gambar justin bieber sampai nangis-nangis. euuwww. begitu tinggi ego seorang lelaki.

2. orang laki jeles diorang tak 'HOT! macam justin bieber

diorang jeles. yelah kan, Justin Bieber belum naik pentas, baru tunjuk kasut je orang-orang perempuan semua dah histeria jerit-jerit sampai ade yang anak tekak meletup. cube orang laki lain buat macam tu? jangankan tunjuk kasut, diorang menari-nari sampai retak tulang pun orang perempuan just 'errr~ who cares~'. omg. sadisnye T_T

3. orang laki kehilangan segalanya sejak Justin Bieber muncul

ini yang paling sadis. mengikut statistik hotlink, celcom, digi dan sebagainya, sejak Justin Bieber muncul, kadar mesej perpisahan awek dengan pakwe meningkat 87%. kebanyakan mesej macam ni

awek: u, justin bieber tu hot gile u! arghh! i suke die! rase nak kawin je dengan die! aaa!

pakwe: mulai sekarang, kite tak de ape2. bye.

fuhh. dasyat. kadar penceraian jangan cakap. mahkamah syariah dah sesak kalah stesen bas. semua isteri-isteri tengah excited sambil senyum-senyum bawak file cerai. yang sang suami tengah kelar tangan belakang mahkamah. hanya sebab seorang manusia bernama JUSTIN BIBIR BOTOX. OPSSS! JUSTIN BIEBER

thats why lah orang laki benci Justin Bieber. and kes yang baru je lepas yang pasal 'Justin Bieber sebenarnya orang tua' tu pun orang lelaki sedunia yang rancang. tapi tak berjayaaa. then video justin bieber kene tembak dalam drama CSI tu pun ramai orang laki yang like dekat youtube, hampir separuh dunia yang like. cool. macam mana aku tahu? aku call si pembuat youtube tu. kassim zuckerbeg.

sampai di sini sajelah pem-bebelan aku hari ni. aku suke Justin Bieber? aku ni bukan half-girl, bukan half-boy taw. so aku punye tahap suke pun half lah. hihi *tak mengaku

p/s : nasihat dari aku dekat orang lelaki di luar sana, kalau taknak awek/isteri korang lari, kurung diorang dalam cage.

cetusan otak beku
 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Sunday 8 May 2011

dia sumpah aku jadi patung.

what a day,hidup ni susah kan?buat keputusan utk diri sendiri susah,nak puaskan hati sendiri susah,nak buat benda betul susah,segalanya susah. benda senang adalah benda yg kita pernah lalui sbb itu pengalaman,kita dh belajar dari kesilapan. tapi kadang2 kita sendiri pon tergolek tersungkur dalam lubang sama,nak buat camana,mata kat atas ye tak??

kadang2 aku terpikir,aku ni dah cukup bagus ke utk menempuh hidup?dah cukup kuat?dah cukup besar?dah cukup bertanggungjawab?ya utk sesetangahnya,tidak juga utk sesetengahnya. baguskah aku untuk menjadi bagus depan mata org lain?baguskah aku utk menjadi disukai oleh org lain?baguskah aku utk tidak dibenci dilihat org lain?susah utk puaskan mata,hati,fikiran org lain supaya menilai kita yg baik2 saje,kalau reti berlakon pon kadang2 susah.

kita dilihat jelek,menyampah,mcm sampah walhal berusaha keras utk memperoleh perhatian ramai pihak tapi hasilnya tidak selalu memberangsangkan malah lebih utk menjatuhkan semangat kita. aku tidak suka berusaha kalau seseorang tu tak suka tgk aku berusaha,tidak menghargai malah tidak mahu melihat langsung usaha yg dibuat dan seterusnya menilai yg bukan2 psl aku. baik aku tunjuk pada pihak yg nak melihat kelebihan aku,ade kelebihan,ada kebaikan,mungkin masa depan cerah.

aku akan menjadi sangat down kalau ada insan yg berani menghina aku dengan selambernye. lebih2 lagi org yg aku percaya. aku tahu aku tidak sempurna,tp mencuba menjadi sempurna utk memuaskan hati semua agar disukai,tapi tidaklah sampai menjadi seperti badut untuk menarik perhatian,aku akan cuba menjadi sempurna kepada sesiapa yg ikhlas menerima aku sepertimana aku. aku berhak menarik perhatian sesiapa yg ikhlas kepadaku tetapi aku akan berterima kasih kepada yg payah menerimaku. ya,berterima kasih kerana mengajar aku supaya menjadi diterima orang lain.

suatu ketika aku berada di atas kerana dorongan dan penerimaan yg diberi tetapi aku mungkin berada dibawah dalam erti kata lain semangatku merundum disebabkan kehilangan sokongan yg paling kuat. oh dunia,penuh dengan helah dan dusta semata2,pujian disebalik penipuan boleh memakan seseorang. begitu juga aku,mudah tertipu dengan topeng keikhlasan yg dipakai kerana aku terlalu lurus untuk menerima pujian. bila terkena baru nak tergadah (betul ke?) tapi aku semacam tak kisah akan semua tu, tu yg dikatakan lurus bendul. ahhh,pedulilah selagi tak sume org benci aku,ade yg menerima aku,yg tak terima aku,ade aku kesahhh?? bak kata org kedah,lantak p la.

aku tak sanggup menjadi patung permainan yg boleh dimainkan sewenang-wenangnya,terima kata terima,taknak terima aku blah,cari org yg boleh menerima. jgn main2 kan aku pula dan ambil kesempatan atas kebodohan aku. aku akan cuba bersabar selagi terdaya dan jgn diusik kesabaran itu atau rosak binasalah keadaan selepas itu. aku pernah dipesan, belajar untuk jadi orang,tak berjaya takpe tapi jangan jadi sampah. untuk menjadi orang tu banyaklah halangannya. kesabaran kunci utama,aku tak nak guna tenaga untuk membinasai. tapi aku takut akan kehilangan kesabaran itu lalu menggunakan tenaga untuk melepaskan kesabaran. tidaklah kuat mana tapi mampu membinasakan muka seseorang.

"nobody is perfect.its hard to be perfect.try to accept the badness of someone because we also not a perfect person,its a normal human being."

p/s : aku post entry ni takde tujuan,taip ikot rase hati aku.haha



Make Your Own Gifts Here

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...