Sunday 18 December 2011

Cinta sepasang kucing yang berlatarkan lagu Ku Ada Kamu


This is a story about love


Sepasang kucing yang saling menyayangi. Mereka duduk belayar bersama. Sentiasa bertentang mata, merenung di antara satu sama lain. Menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan masing-masing.



Perlayaran mereka hanya berbekalkan sebatang joran. Joran yang merupakan simbolik kepada setiap pengorbanan yang mereka lakukan demi untuk menjaga dan memberi keselesaan kepada pasangannya. Berkongsi pendapat..berkongsi kasih..dan berkongsi segalanya.


Tak kira lah setinggi mana pun ombak dan badai melanda, setenang mana pun bayu dilaut, mereka tetap kekal bersama.

p/s : So the love remains strong despite the ups and downs of life.

credit to : flikcr



cetusan otak beku.

Make Your Own Gifts Here

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Friday 16 December 2011

Spastik kot kau ni? erghh.

saya suka menaip macam ni, nampak jelas kan? nak lepas geram ni. dengar tau wahai pembaca blog yang setia! dedicated to someone yang dah buat aku iritating sangat tadi
  • kalau tak suka cakap je depan2
  • tak payah nak jaja cerita sana sini yang kau sebenar tak suka dah benci sangat kan
  • tapi depan aku kau boleh boleh muka plastik, senyum kau elastik boleh tarik selebar mungkin
  • mata kau pandang aku sungguh sungguh walaupun dalam hati rasa pedihhhh jek bila tengok muka aku
  • ape yang aku dah buat kat kau pun aku tak tahu
  • aku ade bomoh bomohkan kau ke? sampai kau tak puas hati sangat tuh?
  • aku tak kacau life kau darling, aku tak pernah nak masuk campur hal peribadi kau sayang, serius aku pun rasa aku bukan kenal kau sangat
  • perlu ke kau buat semua tu pada aku? kau meh sini cakap depan depan la, ape yang tak puas hati sangat tuh.
  • but sayang, aku takde masa nak jaga hati semua orang.
  • sebab bukan kau sorang je hidup dalam dunia ni, dan aku kat sini bukan untuk kau sayang.
  • aku ade matlamat sendiri from the moment i fill the form to apply to this university!


p/s : otak aku dah berapi. 
macam2 warna api ada. 
dan gambar ini comel kan.? 
mood yang kurang sedap malam ni =,=''



Kupasan otak beku
 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Monday 12 December 2011

heaven can wait


I just read that novel when I went to the class this morning, not finished yet, I've just read in the beginning of it.

Last night I was cleaning up my room, and then I saw some of the books in the corner of my room. When I compile of those book, suddenly I saw a book which I never seen it before, It's very an old book, with the english language on it, That book is a novel with a title "Great American Short Stories". I wonder, whom is this book belong to? well This is my territorial, so I claim that this book is mine.

I opened the first page, I was terrify to open this book coz its alreay old enough. I was afraid that I could torn it up. but I only saw the fisrt page and I didnt read it, coz I really sleepy to read any words.

This mornin, when I got up, I saw that book next to me, then I put it on my bag.

Along way to the class, I read several pages, and there were many greats stories on it.

I yell at my self at least I have something to read for this weekend.

cetusan otak beku
 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Thursday 8 December 2011

Kau nak bagi hadiah apa bila aku kahwin nanti?

Masa aku kecik-kecik, bila mak bapak aku suruh pergi majlis perkahwinan orang, aku pergi je la. Pergi pun, dapat telur rebus. Boleh makan dengan kicap balik nanti. Tak pun dapatlah sepotong kek atau ciuman dari pengantin perempuan, sambil pengantin itu kata: "Comelnya budak ni!!". Lepas itu, adalah gambar aku dengan pengantin.

Kecil aku memang comel. Sila terima fakta tersebut.

Nami Island [01]
ni dekat nami island

Bila lepas akil baligh ni, sebab dah tahu majlis perkahwinan ini semuanya akan tertumpu pada pengantin, aku datang masa pengantin ada, lepas makan balik. Kadang-kadang, aku datang sebab nak tunjuk muka, sebagai anak orang yang dijemput. Aku bosan pergi majlis perkahwinan ni sebenarnya. 

Zaman itu berlalu.

Kalau ada orang sebaya dengan aku yang sekepala baru aku duduk lama sikit dalam majlis perkahwinan orang itu. Majlis perkahwinan saudara-mara aku, aku tak ada lah buat macam itu. Sebab dah awal-awal mintak tolong suruh jaga bahagian air ke, duduk menyental kuali ke apa ke.

Sekarang aku akan bakal lihat, kawan aku, jiran aku, adik saudara aku, classmate aku atau sesiapa yang aku jumpa dari umur belasan tahun akan melangsungkan perkahwinan. Sudah tiba masanya, aku perlu fikir suatu benda yang dianggap gurauan - "Kau nak bagi hadiah apa bila aku kahwin nanti?". Soalan itu perlu serius ditangani bila kawan yang bakal kahwin adalah manusia penting dalam hidup kita.

Apa korang bagi kepada kawan-kawan yang nak kahwin sebagai hadiah perkahwinan?

Kalau aku ditakdirkan kahwin esok pagi, aku nak coffee maker, water heater, microwave, washing machine dan berus gigi elektronik yang bunyi ngeng-ngeng itu. Saat ini 5 benda ini penting. Saat ini, besok lain la.

cetusan otak beku

 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Wednesday 7 December 2011

Wordless Wednesday #My new pet.









p/s : comel tak dia?


cetusan otak beku

Make Your Own Gifts Here

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Saturday 3 December 2011

Siapa kata lelaki tak pandai lipat baju?

Guling ke kanan, guling ke kiri. Fenomena hari minggu. Kalau tidak di bawah selimut, pasti sudah meredah cuaca petang. Melakukan apa saja, janji hilang kebosanan dan lari daripada kesukaran sementara waktu.




Serabut.

Jam 4 petang.

Niat hendak berjoging-joging. Batal niat. Baru sahaja mencari seluar sukan, langit sudah menangis hendak melabuhkan air mata. Hampir memasuki fasa malam. Tidak! Hari minggu bakal menjadi separuh.

Jam 8 malam.

Hujung minggu, biasanya disulami aktiviti buang masa. Makan malam, duduk melangut melayan lawak-lawak monyet, karenah Anwar Hadi, Aziz Ansari dan Belacan Paku. Habisnya waktu untuk mereka, datang kembali seperti awal pagi tadi.

Golek kanan, golek kiri,

Hari itu, roomate aku tanya nak buat apa nak hilang bosan. Aku jawab tanpa intensi yang benar, sekadar untuk main-main saja. "Kau pergilah lipat baju ke, sidai kain, kemas almari, bla, bla, bla..." Pokoknya, semua tentang kemas.

Aku buat apa yang pernah aku suruh. Aku geledah almari aku. Aku keluarkan segala barang yang ada dalam almari aku. Dari kemeja yang pelbagai variasi hingga ke spender yang mempunyai kaler-kaler. Habis semua bertaburan di atas katil. Baju yang siap dilipat aku buka kembali. Mulakan dari sifar.

Lipat baju, lipat seluar. Sangkut tali leher, sangkut baju.

Setiap kali aku terjumpa baju yang jarang dipakai, aku mengadakan pakaian beragam. Sekejap tadi, aku cuba berpakaian seperti hendak ke berjumpa pegawai besar (atas sampai bawah hitam, kecuali baju kameja). Lepas tu cuba menjadi ala-ala budak 'Yo!'. (Seluar half-baggy, baju besar gampang 2 tahun lalu, topi bola lisut). Lepas itu cuba semula memakai jubah coklat, tapi dengan topi ala-ala Bob Marley. Lepas itu, aku nyanyi depan cermin, "No women, no cry...no no no...". Dan banyak lagi...

Baju aku sudah berlipat. Semuanya mengambil masa hampir 2 jam.

Dan, apa aku buat memang merisaukan roomate aku. Sambil geleng kepala, "Kau ni gi lah cari perempuan,".

p/s : Cari perempuan untuk lipat baju aku?

Perlu ker? Tak, aku boleh buat sendiri, OK!


cetusan otak beku
 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Thursday 1 December 2011

30 random things about me


1. EDDY EZALLY tu bukan nama yang betul-betul aku lahir je mak aku terus bagi. nak tahu yang sebenar cari sendiri. actually lebih kurang je, hanya ditukar tambah.

2. berat masa lahir adalah 3.56 kg, berat sekarang? 50-10+3+5+5-8+2-1= ? :D

3. pinggang saya bersaiz 26. ehh tolong imagine, dulu saya pernah pakai 30. amik kau, gedebab gila boleh tak masa tu hahaha

4. kawan baik yang paling lama dan paling terbaik adalah noor hafizan bin abu hassan.

5. saya bukan jenis lelaki yang suka tukar-tukar girlfie and tidak berminat langsung untuk ke arah itu. (cyg, only you ^_^ )

6. bila masa exam, saya takkan tidur dan akan menjadi burung hantu di siang dan malam hari

7. saya dapat straight no 1 di class setiap kali exam dari tahun 2002 sampai 2004 haha bukan belagak okay. it's a fact :D ehh lama dah tu. huhu.

8. untuk paper teras universiti saya ''selalu'' score A sepanjang tiga semester ni. minta-minta tahun akhir pun begitu. aminnnn =) hehe.

9. apabila di shopping mall, tempat pertama yang akan dituju adalah TOILET. hoho standard la kan, kan? hehe

10. kawan-kawan saya cakap, saya banyak mak angkat di sekolah. kerana kerana... bila dorang tak suka seseorang cikgu tu, cikgu tu mesti sangat baik dengan saya. well takde istilah mengampu or bodek okay. naturally lalala

11. bila sedih, saya akan ajak kawan saya kuar dan g snap-snap gambar. alhamdulillah sangat berkesan

12. dekat class masa belajar, aku akan jadi orang yang tersangat serious. bayangkan kawan aku pun sampai takut nak tegur haha. erkk mati laa.

13. bila sampai waktu exam, aku akan menelaah buku seperti orang lapar yang nak makan buku (cikgu naza yang cakap haha)

14. aku akan dapat apa sahaja yang aku nak, cepat mahu pun lambat

15. bercita-cita tinggi setinggi gunung everest kott

16. selalu bercakap lepas kerana tidak suka menipu dan lebih suka jujur

17. tangan saya creative

18. fuck lipas. sumpah tak suka gila sebab dia suka jalan kat kaki orang. memang macam sial grrrr

19. orang selalu ingat aku anak orang kaya, padahal tak pun. sumpah tak tipu. tipu kan dosa

20. apabila aku benci seseorang kerana seseorang itu sangat merepek plus macam taik, jangan harap 
la aku nak bertegur dengan dia. boleh blaaa haha

21. sangat berahsia kerana bila kita beritahu rahsia kita kat orang, mulut orang tu takkan reti nak duduk 
diam. pasti akan disampaikan ke orang lain

22. orang cakap saya garang sebab muka saya serious. hahaaa okay saya tak suka buat muka macam friendly tapi... saya easy going okay. depends la dengan siapa

23. bila marah dengan kawan, aku akan terus marah. bila marah dengan family, aku akan terus masuk bilik, bila marah kat girlf, rasanya kena pendam je kot. untuk mengelakkan pergaduhan. betul tak? plus kita kena la tolerate sikit kan, haa comel tak saya psttt cakap la comel pleaseee hehe ^_*

24. kalau takda iron rambut, hidup aku akan huru-hara

25. suka makan benda yang pedas, sambal belacan wajib ada bila makan nasi blauk

26. aku jadi pakcik sejak umur aku 7 tahun lagi, ngehhhhh uncle muda bebbb

27. aku tak suka permpuan yamg menggunakan bahasa mat rempit euwwww disgusting, nak muntah 
boleh! hahaha

28. bila saya suka seseorang, orang tu pasti akan suka saya balik. wowww i tak buat apa-apa okay, dia memang suka sendiri =,=

29. saya suka arnab and hamster especially yang bulu colour putih awww sangat comel

30. muka saya masa di primary school dengan di secondary school sangat berbeza. haha idk

Eddy Ezally Zuraidy Adnan



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...