Thursday 8 March 2012

Kony 2012

Aku tak tahu berapa ramai yang
masih belum klik video Kony 2012.
J
adi aku tak tahu berapa ramai tahu tentangnya.
Apa pun aku faham niat dia.
aku hormati sebaran idea dia.

Cuma.

Aku tak faham macammana kita yang tak setuju dengan barisan manusia yang sama yang meletakkan Osama Laden dan Gaddafi dalam senarai mereka boleh menyahut perjuangan mereka.

Mungkin cuma aku
tapi aku rasa macam tak kena.

For all we know,
entah iya.

Aku sudah terlalu skeptik agaknya untuk dikembalipercayakan. aku tak pernah setuju sama apa yang kuasa besar rujukkan sebagai penjahat-penjahat dunia seperti Gaddafi, Osama waima Hitler sekalipun.

Fakta boleh diselewengkan dan kebenaran boleh dimanipulasikan.

Gelaran penjahat dunia hanya ditampalkan pada mereka yang tidak berada linear sama apa yang mereka suka.

Hitler dikecam manusia paling jahat kerana kekejamannya pada orang Yahudi. Walhal perkara yang sama malah lebih teruk dilakukan tentera serbia pada rakyat Bosnia tak pernah diperlakukan apa-apa. Manusia-manusia di Palestin sampai merasakan hidupnya demi mati.

Siapa yang pedulikan mereka?

Kalau BETUL LAH hendak tamatkan kekejaman dalam dunia pergi betulkan dulu kepala negara kamu itu.
Apa sibuk negara orang?

Itu pendapat aku lah.

Aku tak mau pergi jauh-jauh dalam isu ini.
sebab hendak bertekak sama orang-orang yang memang tak minat dan tak pernah peduli takkan membawa apa makna.
Jadi biar aku fokus kenapa aku tak setuju sama perjuangan baru mereka kali ini.

Mungkin benar wujud manusia bernama Kony ini.

Tapi k
alau orang yang sama yang menyebarkan Osama Laden itu manusia jahat, Gaddafi itu manusia paling kejam yang pernah hidup dalam dunia dan Hitler memang penyangak paling bangsat yang pernah bernyawa sedangkan orang yang sama itu masih bersekongkol dengan penjahat agama kita...

Apa ADA TAK LOGIKNYA?
mereka juga berbohong tentang pakcik Kony ini juga?

Aku sendiri tak tau apa aku rasa.
Cuma aku rasa,kalau aku tolong sebarkan video ini,
aku bersetuju yang aku juga memanggil Osama dan hitler itu jahat.

Yang mana secara peribadinya,
aku tidak.

*PAUSE*

Apa aku cakap ni?
Entah la.

Aku cuma marah sebab sedap je mulut Amerika label orang sini sana jahat. Depan batang hidung diorang, boleh pulak buat bangang.

Dan aku lebih marah sebab ada orang islam yang terlepas pandang hal ini.

Dont get me wrong.
Aku jugak anti perang.
Aku faham apa objektif diorang.
Bukan aku saja-saja nak pantang.

Aku cuma rasa
Ada lagi baik kita sebarkan doa pada Syria yang lebih perlukan doa kita.

Itu cuma aku.


Make Your Own Gifts Here

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...