Tuesday 10 April 2012

Jodoh kau datang dari mana?


Tadi petang aku terserempak dengan satu pasangan paling tak dijangka kat sebuah shopping complex. Pasangan ni merupakan rakan sekolah aku dulu. Yang makwenya ialah perempuan paling hot di sekolah aku dulu. Sebut je nama dia, siapa yang tak terpikat? Budak kuat ponteng sekolah, budak bodek angkat buku cikgu, budak baca doa, pengawas sekolah, atlit sekolah, puaka sekolah, jaga sekolah, cikgu, lelaki semua tus air liur kalau nampak dia.

Yang pakwenya pulak ialah budak paling loser kat sekolah aku dulu. Dia punya loser kalau aku nak ceritakan memang berlinang air mata aku. Cukuplah aku katakan budak lelaki ni dulu masa form 5 pun mati-mati ingat perempuan bersalin melalui pusat. Amboi, kalau baby keluar ikut pusat, entah macam mana lah gayanya kaum wanita nak meneran time bersalin ye dak?

Aku buat-buat steady bila pasangan ni tadi serah kad kahwin diaorang ke aku, hujung bulan ni kenduri. Sebagai seorang melayu, aku anggap makwe ni tadi dah kena bomoh dengan budak loser ni untuk sedapkan hati aku sendiri. Apa gila pasangan camni pun wujud?

Tapi bila aku pikir-pikir, itu yang menariknya tentang jodoh. Jodoh ni misteri, penuh dengan surprise dan tak boleh dipaksa-paksa. Ciri-ciri suami idaman, sifat-sifat isteri impian memang boleh dibakulsampahkan kalau jodoh tu datang dalam bentuk orang yang kita tak pernah jangka. Yela, bajet boleh dapat isteri macam Cameron Diaz, tetiba dapat isteri macam Hamidah Wahab. Siapa boleh tahu kan?

Kita cuma mampu merancang, memilih, menapis siapa bakal pasangan kita nanti tapi pada akhirnya nanti Allah jualah yang akan menentukan jalan yang kita akan lalui. Adakah kita akan menerima jodoh apa adanya atau kita lebih senang mengelak jodoh sehingga waktu memakan kita?

Oh ye, tak puas hati punya pasal. Kad kahwin diaorang aku letak dalam peti surat pejabat pos.


kupasan otak beku


Make Your Own Gifts Here

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

1 comment:

  1. Hehehe..amboi..ni kes jeles ke apa sampai tak puas hati ni.hahaha..apa pun dah jodoh diorang kan, doakan yang trbaik buat mereka..so, mmg xnk g la knduri tu?huhu..-brsalin mlalui pusat sgt kelakar, sah waktu sains dia ponteng.-Hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...