Thursday 11 February 2010

budak universiti



Hari ni mood rajin tetibe menguasai diri.Best gak kalau ade mood rajin ni.Semua benda boleh disiapkan on the spot.Segala jenis assignment dah siap dan tunggu untuk disubmit jek.Nasib baik mood rajin aku dtg betol2 sebelum weekend,kerja dah siap,blehla meronggeng weekend nt.Jadi sebelum meter mood rajin aku makin menurun,nak jugak aku menconteng kat sini.Sedar tak sedar dah setahun lebih aku jadi student U.Walaupun belum degree lagi,at least aku dah dapat bayang macam mana hidup aku bile dah start degree nt.Kalau masa ni dah hanyut,sahkan time degree nt,tak pegang ijazah la jawabnye.

Ape aku nak kongsi kat sini adalah pasal perkara2,habit2,tips2,nasihat2 pasal hidup budak U.Walaupun baru setahun jagung,tak salah berkongsi kan.Macam2 dah aku rasa sepanjang dok kat sini,tapi tak tau la sama ada kehidupan selepas ini lebih mencabar dan menduga iman.Waaaaa..Aku malas nak tulis esei or articles yg panjang berjela2 tuh,aku senaraikan jela beberapa perkara yang aku belajar,dapat tahu dan lalui sepanjang FRESHMAN YEAR.

  • Awal2 semester,selalu spare duit untuk buku2.Takde duit,takde buku!Kalau taknak beli yg ori,beli yg 2nd hand pun dah berbaloi.
  • Student akan belajar lebih menghargai nilai sebutir BUKU TEKS!serius!bukan murah tau.
  • Line WiFi kampus asyik tak betol dan sangat SLOW!
  • Ramai yang sanggup tak tidur malam untuk menghadiri kelas pada awal2 pagi keesokan harinya.
  • Kadang2 ramai gak yang anggap lecture/kelas tuh tak WAJIB,tapi tak bermakna mereka tak perlu menghadirinya.
  • Kerja keras memang sangat berbaloi dan memberi kepuasan kepada GPA.
  • Berkawan and bergaul lah dengan classmate2,ia akan memudahkan lagi kita nanti,untuk ke kelas,dan untuk berbincang assignment !
  • Lebih ramai awek2 cun/mamat2 ensem/attractive dalam satu2 kelas tuh akan lagi lagi lagi memudahkan student ke kelas. Serius.
  • Bersiap sedia untuk menghadapi waktu tidur yg sikit time minggu2 final,sebab anda akan study study dan terus study setiap masa.
  • Banyakkan membaca!Betul!soklan2 exam sebenarnya based on buku teks.
  • Alert! kelas sebelum jam 8 pagi antara kelas yang amat susah untuk dihadiri! wahahahaha. kalau hadir pun,mungkin kurang perhatian sebab mata mengantuk!
  • Study di library banyak advantages. Suasana sejuk ber-aircond, selesa study, dan usha awek pon sodap!
  • Sentiasa bawak Student ID setiap masa,tak kira di mana jua.
  • Student ID-Boleh dielak dari disaman Pak Guard,spotcheck dan dapat student price kalau pi tengok wayang pada weekdays!
  • Macam mana rupa Dean/Presiden/Rektor/dll eh? Tak pernah menjenguk student pun. Kita nak jumpe die pun kena ada appointment.Haish!
  • Buat baik dengan tauke Kafe di kolej anda, sebab kita akan memerlukan pertolongan mereka pada masa depan.
  • Study pada hari Sabtu dan Ahad? Yo'o jek. Keluar meronggeng la! Dah 5 hari straight study, rehat la at least sehari!
  • Budak2 U tak guna dah kot Myspace,Friendster ni,dapatkan akaun Facebook anda di web ya!
  • Tak ramai budak U yang boleh hidup tanpa Mee segera,maggi,mee sedap,mee ruski atau yang sewaktu dengannya.
  • Bersihkan bilik anda at least sekali sebulan, sebab anda takkan tahu ape yang anda akan jumpa.
  • Banyak bermain Game (terutamanya game jenis RPG-counterstrike contohnye) dapat membunuh GPA anda dan rekod attendance kelas.
  • Pastikan laptop atau desktop anda dilengkapi Windows Media Player, Winamp atau Real Player sebab anda akan bazirkan masa depan laptop dengar lagu atay layan muvee.At least,masa diisi jugak kan. 
  • Road trip bleh mendatangkan relaxation.Betul!kalau naik kereta okeh.Kalau public transport,jiwa pun bleh meracau la.
  • BERGAMBAR satu2 nye perkara yang tak pernah dikesali.
  • Satu perkara yang selalu jadi priority budak2 U ialah HOLIDAY!
  • Bila balik rumah, makan selagi boleh makan, tidur secukup2 nye, dan basuh baju2 ye!
  • Kalau mak ayah tanya macam mana study, jawab jek dgn selambe bahawa kita ni study hard dan berusaha untuk dapatkan gred terbaik. Kita taknak mereka risau kan? ahaks.
  • Menakjubkan seberapa lama sepasang seluar boleh bertahan tanpa DICUCI!
  • Berhati2 kalau baru nak berkapel di bawah label Student U, sebab kesudahan grade2 anda mungkin akan sengsara setiap kali anda mengharungi ombak2 cinta tu.
  • Kalau nak takel awek U, serius kena gentleman tau! Cakap depan2, biar terang jelas dan nyata. Kalau taknak xpe ,at least diorang tau diorang ade gak yang minat. haha. Kalau main phewit2 dari jauh, main kacau2 pulak, memang konpem2 kena kutuk kaw2!
    p/s : Ada banyak lagi sebenarnye yang aku nak taip,tapi meter rajin aku dah masuk line negative. Ari pun sejuk jek, tidur pun sedap. Aku tulis ni berdasarkan ape yang aku dah rasa. Mesti kamu2 budak u pun penah rasa kan3? tapi aku ni bukan student baik pun, nakal jek, tapi tak jahat. So,l agila banyak benda2 'baik' yang aku dah rasa. Papehal, study jangan lupa. Kita harapan mak ayah. Jangan kecewakan mereka. Sekali kita kecewakan mereka,menyesal seumur hidup tak guna. Serius. Akhir kata, selamat hari Jumaat dan selamat berweekend!!!!

    Tidur duluuuuu.

    ♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...