Tuesday 22 February 2011

Zaman universiti

Time ni hidup lebih ke sendiri sendiri. Pegi kelas nak rambut Zed Zaidi ke. Pakai baju petak-petak, gantung kamera DLSR kat tengkok atau pakai seluar kaki 14inci ke. Takda orang nak kisah. Tapi kalau mak bapak kat kampung tahu. Penat jugak diorang nak pikir apa jenis revolusi engkau pakai.


Hal duit duit jangan dibuat main main. Menu makanan Kafe Mona dari tea ais sampai ke Nasi goreng kampung tambah telur mata, dalam kepala. Kadang kadang air sirap naik 10sen pun dah boleh buat budak budak ni kucar kacir. Peka tak peka, radius 10km kedai makan. Dalam kepala juga.


Budak sekolah. Masa bayar yuran cikgu mintak slip gaji mak bapak. Kalau campur campur lebih 2 ribu. Tak dapat buku teks pinjam. Kat Universiti lain pulak ceritanya. Mak tanam padi hybrid, bapak pesara tentera pun. Dah tak ada buku pinjam pinjam. Apa guna ada library kalu gini? Mentang mentang lah Anugerah Nilam macam budak sekolah tu dah tak ada. Liat nak mampus pegi library.


Cerita buku teks pun dah satu hal. Kalau dulu. Buku Bahasa Melayu. Komsas Sehijau Warna Daun.Buku Matematik. Semua ada satu jenis. Dekat universiti nak sampai 7 8 references ni apa cerita, tak genius genius juga. Berbalik cerita buku teks. Hari itu aku balik. Dekat 5 6 jenis buku teks SPM ada aku jumpa dalam almari. Buku Literature The Pearl saja pun dah 3. Entah buku sapa lagi aku rembat aku tak tau. 


Dulu. Mak bapak larang bercinta. Diorang cakap. Belajar dulu sampai menara gading. Tapi gading ni menatang apa pun sampai sekarang aku taktau. Bila dah sampai peringkat ni. Terdesak bercinta mengalahkan budak sekolah satu jantina. Makan dekat cafe boleh main suap suap. I suap U, U suap I. Macam gampang. Tapi jenis kes berat bertumbuk berebut awek nih. Jarang sikit nak dengar. Ye lah, kalau nak bertumbuk mestilah waktu balik dekat padang, dekat pagar, setail budak sekolah. Kalau dekat universiti. Time balik dah lain lain, padang ada dekat 5 6 jenis, pagar pun sama. Nanti salah maklumat. Tak sedap pulak nak bertumbuk.


p/s: study biar lepak, result biar gempak, happy kan mak bapak.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

2 comments:

  1. salam..hehehe..klaka gak ek..salah pndang tak best nak brtumbuk:)..zaman tu dah brlalu tp kenangan2 tu tak mngkin dilupa..knangan tu yg mematangkan walaupun memang ada yg menyakitkan

    ReplyDelete
  2. salam time sek.orang nak bercinta kita nk bercinta.sampai lupakan belajar bila abis sek.br fikir belajar tu PENTING>>>>.huhuhuhuh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...