Wednesday 2 March 2011

Kalau masa dapat diputarkan

Tadi kawan-kawan kat sahabat blogger seronok berbual tentang memartabatkan dan memanifestasikan bahasa melayu. Macam meriah je diorang. Aku pun perasan satu benda. Bahasa melayu aku seharian bukan seperti bahasa biasa. Macam-macam ada unsur skema. Macam dalam buku. Aish.

Aku baru habis tengok drama Korea. December, a story to the sky. Agak menarik jalan cerita dia. Malas nak ulas panjang, sebab nanti aku nak ulas sekali harung drama Korea yang telah dipromosikan oleh beruk-beruk pada bulan 12 tahun yang lalu. Kalau kamu baca, aku ucapkan terima kasih sebab promosikan drama Korea yang terbaik kepada aku. Terima kasih!



 Tak ada kaitan tajuk entri di atas.

Eh, macam ada.

Ni cerita lama, tapi baru malam ni baru tergerak nak publish.



Aku baru sahaja jumpa kawan lama sebaya dengan aku. Itu pun terserempak masa aku tengah baru nak susun selipar depan rumah. Aku ini jenis main campak sahaja selipar aku bila masuk rumah, tapi malas nak dengar leteran mak aku, aku keluar kejap nak susun selipar semula.

Memang ditakdirkan tuhan, Dia Maha Kuasa. Sedang baru nak susun selipar, aku jumpa kawan sekolah rendah! Itupun setelah 10 tahun tidak berjumpa. Minat dia sama dengan aku, benda-benda berkaitan dengan kreativiti. Cuma jalan kami berbeza dan dia pun sudah kerja.

Manusia memang tak pernah bersyukur kan. Dia yang sudah kerja nak sambung balik belajar, aku yang belum habis belajar tangan macam dah gatal nak pegang duit sendiri. Aku memang cemburu dengan rakan sebaya sudah bekerja, apatah lagi dah boleh pegang tanggungjawab jaga anak orang (kahwin la). Lama juga kami berborak, lokasi depan rumah yang samar-samar sinar cahayanya.

Rupanya aku dah nak hampir masuk fasa dewasa. Kalaulah aku Nobita, aku nak rasa zaman sekolah rendah dimana waktu baliknya kami pekena cendol bawah pokok, makan roti canai cicah sambal cili selepas habis kokurikulum, main laga belalang kunyit sebelum kelas agama di waktu petang.

Aku merindui semua itu! Kalau masa dapat diputarkan…

Part yang tak bestnya, dia dah nak kahwin. Aku rasa watak aku macam Afdlin Shauki dalam filem Sepi…jangan, aku tak mahu seperti itu.




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

2 comments:

  1. Assalamualaikum..

    1st nak tanya, ko duduk rumah pangsapuri yerk..sebb susun kasut pun dah leh jumpe orng..ihihi

    2nd, memg lumrah manusia..nnti, bila ko dah mula kerja..bila hampir setahun kerja, ko akan terfikir nak sambung belajar...sebb aku pun mcm tu..skrng,, aku nak sambung belajar...ahhaha

    ReplyDelete
  2. belaja tinggi2 dulu...makin tinggi gred belaja..makin beso gaji yg diterima =D hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...