Wednesday 16 March 2011

Pantang

Satu kepantangan aku ialah bila aku tengah guna apa-apa mesinlah di bank, baik ATM. Baik Cash Deposit Machine atau apa-apa sahajalah, tiba-tiba ada orang entah siapa-siapa yang aku tak kenal datang dekat-dekat aku. Memang pantang. Pantang sepantang-pantangnya. Apa jua niat kamu nak dekat-dekat dengan aku, dalam hati aku tetap akan kata kamu berniat jahat. Maaf. Aku prejudis.

Ini kisah semalam.

Aku nak masukkan cek. Guna Cheque Deposit Machine. Di sebuah bank kaler merah yang manjang buat darah aku naik dengan cara kerja mereka yang sangat-sangat-sangat terhegeh-hegeh. Aku memilih untuk menggunakan mesin daripada menggunakan kaunter yang akan menyebabkan aku memandang pekerja bank itu kecik-besor-kecik-besor.


Tengah aku picit-picit punat mesin, tiba-tiba pak guard bank datang dekat-dekat aku. Sumpah aku tak suka. Tapi aku masih boleh bersabor. Aku anggap sahaja niat pak guard itu adalah mulia. Nak jaga keselamatan aku. Tapi hati di bahagian bertanduk memang tergedik-gedik nak naik darah. Sebabnya, aku nak masukkan cek. Perompak bangang je yang akan rompak aku. Lainlah kalau aku nak masukkan cash 14 juta ke hape. Kira aku boleh terima la dia nak berdiri dekat-dekat aku. Nak jaga keselamatan mungkin.


Dah berdiri dekat-dekat aku tu, berdiri sahajalah. Berdiri diam-diam. Ini tidak. Habis dibacanya segala maklumat yang terpapar pada skrin mesin. Ok. Itu dah kira tak ada etika ok. Aku memang tak boleh kompromi tapi aku adalah manusia waras. Walaupun dalam hati rasa nak buat macam-macam namun pada realitinya aku akan bertindak mulia-mulia sahaja. Memang ada rasa nak rampas ke senapang celah ketiak dia, kasi pom sedas, tapi aku  urut dada.


Ok. Dah baca tu, bacalah. Baca senyap-senyap sudahlah. Sekurang-kurangnya aku tak tahu yang kamu dah tahu segala maklumat diri aku yang kamu tak sepatutnya tahu itu. Ini tidak. Ada pulak dia pergi baca kuat-kuat sampai orang yang guna mesin sebelah. Dan sebelah lagi. Dan sebelah-sebelah lagi. Dan orang dalam bank tu semua boleh dengar suara dia. Apa matlamat dia ni sebenarnya....?.


Kalau korang hangin tak?
Aku memang ada rasa nak melipat orang je semalam nih.

cetusan otak beku

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

1 comment:

  1. ...lau guard bank ***** kat UUM memg mcm tu..nak masukkn duit ke ape ke..***sungguh menjengkelkan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...