Tuesday 29 March 2011

bosan menjadi blogger dan berniat mengundurkan diri

Hari ini, di saat ini, aku baru menyedari satu perkara tentang diri aku.

Satu perkara yang paling teruk aku pernah lakukan...

iaitu menulis.

Agak lucu sebenarnya jika difikirkan kenapa aku masih terus ingin menulis. Walhal sesiapa saja boleh tampil dan berkata, "sia-sia saja kau menulis," dan aku akan membalas dengan "ya, aku bersetuju."

"Mengapa lucu?" mungkin kamu akan bertanya. Jawapannya - aku rasa penulisan aku ini dari asalnya tiada pembaca yang tetap. Tiada readership. Yang ada hanya aku, penulis yang keseorangan dengan papan kekuncinya.


Lebih-lebih lagi bila di saat ini terfikir tentang rejection di masa lepas. Satu persatu menjelma dan berkumpul pukal. Secara kumulatif.Dan aku tidak pernah berjaya menyampaikan segala emosi yang terkandung di hati menerusi penulisan. 


setia menemaniku walau dimana saja berada.


The best I could do ialah dengar lagu-lagu yang dah upload kat ipod. Listening randomly. Tiap kali emo je, macam tu. Walaupun music tu kadang2 tak menenangkan jiwa sebenarnya. 

P/s : Bosan kan entry ni.? =,=''
 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...