Monday 14 March 2011

Kejujuran Seorang Lelaki

Aku tak faham dengan sikap manusia yang perli orang lain tak pandai berbahasa suatu bahasa. Perkara ini banyak aku tengok kat Youtube, komen-komen fitnah dan berbaur kebencian. Contohnya, (semalam aku tak ada kerja) aku tengok persembahan Shahir AF8. WOW. Dia melakukan 'improvement' yang baik, semakin matang gayanya.




Seperti biasa, aku suka baca komen-komen kat bawah video itu. Sangat memalukan bila baca komen di Youtube. Ramai yang memperli, memperlekehkan, mencarut, mengutuk, persenda gaya artis itu menyanyikan lagu berbahasa Inggeris padahal sesama Malaysia. Aku tak kisahlah, dia pandai berbahasa ke tak, cuma aku kecewa dengan sikap merendah-rendahkan orang lain berbahasa selain bahasa ibunda sendiri. Yang peliknya, bila buka American Idol (contohnya) kalau peserta tu teruk sangat pun, komen diaorg setakat i think this is not for him . takde la pulak su*k my d**k mcm orang melayu selalu sebut.

Ada satu lelaki, lebih kurang 2 tingkat dari bilik aku. Aku rasa kagum cara dia ingin berkomunikasi dengan aku. Serius, aku begitu sangat menghormati semangat dia untuk belajar bahasa lain. Dia ni ( nama dia Eng Hsiang) berbangsa Cina dari tanah besar China.
 Masa dalam perjalanan aku dari dewan kuliah 2 nak ke Library Sultanah Bahiyah. Dia nampak macam sesat. Niat aku nak tolong dia tunjuk jalan 



Aku sebut 'Hi' kat dia, yelah itu salah satu cara nak bertegur sapa kan. Aku teringin nak berbual dengan dia. Dia balas, dan dia tanya aku dari negara mana. Lepas itu dia tak pandang aku lagi. 


Aku : Hi
Dia : Hi, where are u from?
Aku : Malaysia...

Dia : Err. sambil garu kepala.

Tiap-tiap hari kami dah biasa nampak berselisih jalan. Setiap kali aku berlegar di ruang koridor blok, aku selalu terserempak dengan dia. Macam biasa, sebut hi aku balas hi. Aku pun bosan, tak ada konsep 'ice breaking' disitu. Suatu hari aku tanya, dia belajar apa, berapa lama di sini. Tapi, baru aku tahu, dia tak pandai berbahasa Inggeris dan dia betul-betul nak mahir berbahasa Inggeris supaya boleh sembang dengan aku kot.


Hari-hari, dia tanya aku. 
Satu hari satu ayat. Susah nak faham 



"Dinner?", "Breakfast?", "Class?"


Pernah aku keluar dari bilik mandi, dia tahan aku nak tanya sesuatu.Aku berjalan ke bilik, depan pintu bilik aku tunggu lima minit, nak dengar apa soalan yang dia nak tanya. Selepas 10 minit lebih kurang, dia macam dah putus asa, hanya sebut...

"Sorry, My...English...very bad"

Kesian pun ada, aku cuma senyum sahaja (bukan senyum kambing)...

Dia berkenalan dengan Alfie, roomate aku sekarang. Dia nak suruh Alfie ajar, tapi nak ajar pun payah kan. Alih-alih, suruh Jing Teng (budak Malaysia juga) yang ajar, senang pun senang. Sebab dia boleh berbahasa mandarin.

Hari demi hari. Tak tipu, aku lihat peningkatan dia. Dari hanya "Dinner, breakfast, class" dia dah boleh tanya aku macam mana Malaysia, apa yang aku selalu makan ketika sarapan, apa buat hujung minggu. Hari Selasa lepas, dia sangat seronok cakap Tasik Pahlawan Jitra.

Mostly, in English. Wow! Practice makes perfect.

Jujur betul lelaki itu nak belajar bahasa lain semata-mata nak cari kawan. Tolonglah, buang sikap mengutuk orang tak mahir suatu bahasa.
 Sokong mereka, walaupun ada saat yang menjengkelkan kita.



P/s : Aku rasa, kalau aku nak belajar bahasa korea, mesti kena duduk menetap sana 2 bulan.


kupasan otak beku

Make Your Own Gifts Here 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...