Saturday 5 March 2011

kenapa saya sayang mama [ part 1 ]

SITUASI 1

Setiap kali nak potong rambut mesti aku nak ajak mak aku. Dulu masa aku hingusan lagi aku potong rambut kat kedai mamak jer. Tapi kini setelah meningkat dewasa aku dah pandai demanding nak potong rambut kat salon amoi yang mak aku selalu pergi.

Kawan-kawan kita mesti buat perubahan dalam hidup kita ya, jangan berada di takuk lama. 
Haha. Bukan apa aku ni kadang-kadang malu nak cakap kat amoi tu potong bagi pendek lagi ke  atau potongan yang dibuat tak cantik ke

Tapi mak aku I tell you sambil duduk berpeluk tubuh di satu sudut di kedai amoi tu relax jer dia arahkan-arahkan amoi tu. Aku sekadar buat eyes contact dari cermin mak aku dah tahu dah apa tindakan seterusnya yang dia patut buat.

Mak Aku: Amoi you kasi pendek lagi dia punya rambut sebelah atas.

Amoi: Kakak. nanti tak cantik ma. pendek sangat.

Mak Aku: Takpe ma. rambut dia cepat panjang. Ini hari potong ha. Next week sudah panjang.



aku pun ketawa. Wakaka. Amoi tu ikut jer apa mak aku cakap. Gangster tak gangster la mak aku menidakkan kata orang yang hair expertist ni.

ITU SEBABLAH AKU SAYANG MAK AKU.

SITUASI 2



Aku punya perangai kalau nak shopping. macam baju nak pegi kelas or beg nak pegi kelas, seluar jeans or tshirt ke mesti nak ajak mak aku.

KORANG TAU KENAPA?

Biasalah promoter kadang-kadang malas nak layan kita alter seluar kalau seluar tu tak fit dengan kita takde orang jaga kat site tu atau diorang ni terhegeh-hegeh macam siput buat kerja. Aku ni jenis malas nak sound-sound orang.Tapi silap besar la dorang kalau buat perangai macam tu time aku dengan mak aku ada. Memang confirm kena sound tepek ngan mak aku nanti.

Haha. mak aku sangat hebat! 
Mak aku ni sangat confident masuk lotshop yang memang tak mampu kita nak beli barangannya macam kat PAVILLION . Aku selalu halang.

Kata aku,
Eh. tak payah lah mama. kita bukan mampu pun nak beli. Nanti diorang pandang kita semacam. dah lah kita ni selekeh jer.

Jawab mak aku dengan penuh keyakinan.
Apa nak malu masuk je lah, kita kan pelanggan. suka hati la nak masuk,kita  windows shopping je. Nak beli ke tak nak beli ke kita punya suka lah, dah keje dorang kena layan pelanggan.

ITU SEBABLAH AKU SAYANG MAK AKU.

SITUASI 3


Lagi satu kalau orang block kereta atau motor yang aku bawa dengan selambanya ibu tercinta ku sound orang tu.

“You lain kali parking elok-elok sikit, jangan block kereta orang.”


Kalau aku, aku diam je. maki pun dalam hati tapi kalau mak aku, nahaslah orang tu.Rasa secure sangat kalau keluar bersiar-siar menikmati keindahan alam dengan mak aku. hahapatutnya mak aku yang rasa secure jalan dengan aku. ini tidak terbalik.

ITU SEBABLAH AKU SAYANG MAK AKU.

SITUASI 4


Adalah cakap-cakap belakang. Kata aku ni anak emak. duduk bawah ketiak mama je. Dulu aku diam jer orang cakap macam tu. sentap,makan dalam tau. pendam jer, maasa tu kecik lagi tak faham. SEKARANG! Aku tengah tunggu orang cakap macam tu sebab aku dah berani nak sound balik. Maklumlah aku bergaul dan berkawan dengan budak-budak LAW macam boy dan alfie yang terkenal dengan kepuakaan mulut mereka. secara tidak langsung kepuakaan itu turut tersampuk dalam diri ku ini.

Kalau dorang cakap macam tu lagi. Aku nak sound macam ni.

“Eh. Suka hati la. Ketiak mak aku bukan ketiak mak kau. aku nak duduk ke. berdiri ke. tidor ke. main golf ke. apa-apa je la aku nak buat bawah ketiak mak aku. Aku punya pasal lah. Kau peduli apa!” 
Haha.

Teringin nak cakap macam tu. Tapi bila aku tunggu takde pula orang nak sound aku macam tu lagi.Tapi ingat kawan-kawan tak baik kalau kita soundorang tak tentu pasal. Mesti ada alasan yang kukuh kalau nak sound orang. Kalau nak sound pun cakap baik-baik.

ITU SEBABLAH AKU SAYANG MAK AKU.

Ini semua nilai-nilai murni yang diterapkan oleh mak aku selama dia mengasuh aku sejak aku membesar. Mak aku selalu pesan jangan kurang ajar dengan orang tua. Tambahnya lagi, setinggi mana ilmu yang kita ada kalau tak tahu hormat orang tiada gunanya. Seorang ibu sangat melindungi anak mereka sehingga kadang-kadang mereka lupa yang kita sudah cukup dewasa untuk menjaga diri sendiri. Bukan tanggungjawab mereka lagi untuk melindungi kita tetapi tanggungjawab kita untuk melindungi mereka. Motif entry aku kali ini adalah untuk menyedarkan diri aku sendiri bahawa kita masing-masing mempunyai seorang ibu dan ibu merupakan seorang wanita yang hebat. Sayangi dan hargailah mereka sebelum kita terlewat untuk melakukannya.


p/s : Sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Kupasan otak beku
 


Make Your Own Gifts Here 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...