Friday 4 March 2011

Semua buat aku pening.

Susah jugak nak hidup ni.



Kecelaruan minda, keterbukaan pergaulan, ketidaksefahaman, kemunduran pemikiran, kejahilan akidah, kebodohan akal, ketidakmatangan tindakan, kekurangan pendidikan.

Aku nak hidup tenang. Jadinya seperti manusia-manusia lain, aku lari dan cuba untuk menyisihkan sebarang masalah yang datang. Aku tepis. Aku sepak. Dan seperti biasa, aku lari.

Bodoh benar kalau aku sengaja pergi cari masalah. Aku sanggup redah dan merangkak jalan susah, janji aku tak cipta dan diganggu masalah. Tapi hidup tak semudah tu. Kata kunci bagi hidup adalah realiti. Ya. Ni yang aku nak cakap. Realiti.

Hidup kita ni berlandaskan realiti. Bukannya teori "macamana hidup ni seharusnya terjadi". Realiti adalah realiti. Tak boleh disisihkan. Jadi, samaada nak tak nak, kena hadapi jugak. Kejam setara mana, pahit setahap mana, masin ke, tak cukup gula ke, tetap nak kena hadapi jugak.

Jadi bila aku tak ada masalah, orang lain pulak yang cipta masalah. Dan aku sebagai manusia bertamadun yang peka kepada masalah, aku terpaksa pulak kaitkan diri aku dengan masalah tu.

Maka, inilah yang dipanggil realiti. You don't have to planned it. It will planned itself.

p/s : Memang aku mencarut. Tapi, aku tak boleh terus-terusan mencarut. Inilah realiti bukan?




Kupasan otak beku
 


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...