Wednesday 20 April 2011

Memang seronok hidup berkelana

Tidur tak lena. Makan tak kenyang. Mandi tak basah. 


Kau ! ya kau la. Tak payah la nak frust menonggeng dalam selimut. 


Selama ini aku tidur dengan aman dan lena je dalam selimut. Mimpi pun, mimpi-mimpi yang seronok. Jadi ketua makhluk asing, memandu Nissan GTR atau terbang menggunakan suit seperti dalam filem Star Trek. Aku juga pernah mimpi jadi werewolf, sebab aku mahu gigit Bella. Penuh imaginasi kan mimpi-mimpi aku. haha.


Tapi bila kau frust, meroyan sorang-sorang dan melalak tak tentu lagu. Aku pun jadi serba tak kena.


Slipper! Again and again...

Kenapa kau makan tak kenyang? Sebab kau makan selipar! Kau selalu mintak selipar dari aku. 



Mandi kau mandi feeling guna tab, sebab tu tak basah.  Tuala kau busuk. dari mula semester sampai sekarang kau tak pernah basuh kan? nasib baik aku guna air wick freshner.


Mulut kau busuk. hati kau pun busuk. segala-galanya busuk pada kau.


Tidak sihat sebenarnya kalau meluahkan persaan tak puas hati dengan cara macam ni. Tapi nak buat macam mana, aku takda pilihan. Kalau aku cakap depan-depan aku rasa aku akan bertambah sakit hati. 


Senang cerita, buang masa je kalau aku straight forward dengan orang macam 'kau' yang di atas nih. Sebab orang macam nih jenis yang tak tahu malu dan tak faham bahasa. Menyalak je tahu lepas tuh buat muka. 


Sumpah annoying. Aku paling pantang orang buat muka okay. Rasa nak pijak je. Langsial.


Maaflah kepada pembaca sekalian. Ini episod kutuk mengutuk yang teramat geli untuk aku meneruskan sesi menaip.


Sampai di sini saja.


cetusan otak beku

Make Your Own Gifts Here

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...