Saturday 17 April 2010

exam make me crazy!!



Di luar sana, bumi telah basah lencun di timpa hujan yang lebat... disertai guruh yang berdegar-degar.. Kuat sekali guruh di luar sana...
Mata makin mengantuk pula dengan cuaca sejuk sebegini... Sedang hinggap dari blog ke blog untuk menghilangkan rasa mengantuk.. Hurmmm... Kalau study pun, macam kena ulit je... Last-last terbongkang jugak...
Hari ini, paper ke dua sudah settle.. Dan esok adalah hari terakhir untuk paper terakhir... Dan lepas tu pula... belum boleh enjoy lagi. Terpaksa menghadiri kem yang khas untuk di'brain wash' selama seminggu... Huh!
Semalam pun kami satu rumah telah melaksanakan 'study maut' berjemaah walaupun macam dah muak... terlampau muak untuk memandang buku... Muak sangat-sangat ni... Tapi, malam ni terpaksa study maut juga.. Alang-alang untuk yang terakhir....
Tengah hari tadi, sebaik sahaja selesai exam, aku terlajak ke warung makan kerana menumpang kereta member kepada housemateku... Sebenarnya dah lama selera untuk membeli makanan di warung terpadam. Aku rela masak lauk 'bodo-bodo' aku daripada makan kat luar sekarang. Entahlah.. Tekak aku dah tak boleh terima.. Rasa kembang semacam. Tapi, hari ni terpaksa pula.. sekadar meraikan kawan... Maklumlah, baru habis exam...
Masuk sahaja ke warung itu, aku terperasan akan kelibat manusia-manusia yang agak familiar.. Ya.. macam pernah kulihat.. Langsung sahaja aku teruja untuk menegur dua orang hamba Allah ni.. Tapi, yang peliknya wajah mereka berdua menampakkan kecuakan sebaik sahaja ditegur... Yang seorang lagi diam membisu, macam orang ada masalah. Yang seorang lagi menjawab sepatah dua dengan muka yang cuak... Entahlah.. Pelik juga aku.. Tegur salah,tak tegur pun salah... Budak berdua  tu sebetulnya rakan sepraktikum semasa di B'fld.. Tiga bulan jadi 'rakan seperjuangan', sebab tu aku agak teruja bila tersua dengan mereka...
 Hurmm.. Patutlah diorang cuak semacam.. Baru aku perasan.. sebetulnya sepanjang aku kenal diorang ni, sebenarnya hari ni baru aku tegur mereka dengan muka yang macam ceria... Ooo.. betullah! memang aku tak pernah tegur pun, kecuali seingat aku sekali sahaja masa kat sekolah. Tu pun sebab ada hal penting.. Ha arr laaa...Patut le.. (Hak ala... memalukan betul!).
Hmm... Aku ni kadang-kadang 'bengong' sikit. Time datang perangai 'penyegan' tahap tak 'hingat' tu, muka orang pun aku tak pandang.. Apa lagi nak menegur... Time datang perangai mesra rakyat tu, lebih daripada wakil rakyat tahap menegur-negurnya... Alamak..! Buang tebiat la pulak aku hari ni.. Maklumlah mood exam.. kadang-kadang proses pencernaan otak ni macam tersumbat sikit.. Tu la yang keluar perangai pelik-pelik ni... Hu!Hu! Lain kali tak nak buat dah....!
Okeylah.. Aku rasa dah tiba masanya untuk aku shut down laptop ni... Sepatutnya aku dah kena mulakan sesi study maut untuk hari ini memandangkan esoklah paper yang paling susah aku akan hadapi.. Siap kena buat lesson plan lagi..
OK guys!! Doakan kejayaan aku... Kejayaan yang diberkati...
Chow!!
(Eh..kenapa aku tengok bantal aku tu macam melambai-lambai je kat aku..?)

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...