Tuesday 24 August 2010

Adik Beradik Angkat


Korang masa sekolah dulu musti ada abang angkat, kakak angkat, adik angkat segala kan? I guess, tujuan asal orang buat siblings angkat ni sebab they don't have the meant siblings themselves. e.g. orang yang amik adik angkat sebab x pernah ada adik, so on and so forth.

Tapi masa zaman kita (dan maybe until today), tujuan ambik abang/kakak/adik angkat ni dah lari dari tema asalnya. Adik dah bersusun satu batalion pun, ada hati nak amik adik angkat lagi. Kakak/abang kandung dah ada pun, rasa x cukup kasih sayang lagi... so start la amik adik angkat. Dan yang paling x dapat dinafikan adalah biasanya angkat-mengangkat ni ada hidden agenda.

  1. Sebab abang/kakak/adik angkat tu hensem, pandai, comel
  2. Untuk mengaburi niat sebagai awek/boyfren
  3. Nak slow-slow mendekati orang yang kita admire tu



Adik beradik  angkat,tak pernah ada istilah dalam islam menyebut tentangnya,hanya anak angkat saja yang ada.Adik beradik angkat adalah ajnabi terutamanya yang berlainan kaum.. bersama-sama dengan  ajnabi lebih-lebih lagi yang berlainan kaum, berbual mesra, keluar dengan ajnabi dianggap menghampiri zina... adik beradik angkat itu hanyalah topeng syaitan yang boleh membawa kepada zina, dan dalam Al-quran sudah jelas Allah SWT mengharam kita untuk menghampiri zina, apatah lagi melakukannya sama ada sedar atau tidak... tetapi begitulah lumrah manusia, memerlukan sesorang sebagai pengubat atau penawar hati.. abang dan adik angkat selalunya menjadi  tempat diadukan masalah. 


Sebaiknya-baiknya,kita usahalah supaya nak berangkat-angkat ni biarlah yang sama kaum dengan kita.yang lelaki sama dengan lelaki,yang perempuan sama dengan perempuan.tak adalah timbul fitnah bila berbincang di tempat awam mahupun pandangan orang tentang kita.
Tetapi kalau ada pun lelaki inginkan adik angkat perempuan pastikan niatnya baik,ingin mendidik,berikan ilmu pengetahuan lebih-lebih lagi dalam agama islam dan selalu mendoakan kesejahteraan adik angkat perempuannya itu...begitu juga dengan perempuan yang inginkan adik angkat lelaki...





Janganlah berangkat dengan berlainan kaum  kerana ingin melakukan maksiat...


ingatlah,amar makruf nahi mungkar...
ANDA FIKIRKANLAH...

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...