Love the Way You Lie Ft Rihanna – Eminem Music Code
Pujangga pernah berkata, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran. Justeru, mencari sahabat sejati amatlah sukar. Ramai bersama berkongsi
suka, namun tiada yang ingin menemani meniti duka.
Sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur. Meski berbalut kotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua. Dia bersama menemani anda di waktu susah senang. Malah dia lebih mengerti diri anda, kesukaan anda, kebencian dan segala-galanya mengenai diri yang ada kalanya anda sendiri tidak mengetahuinya.
Nilai persahabatan begini sukar ditandingi. Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggungjawab. Sama bergembira diwaktu senang, membimbing kala kita memerlukan dan memimpin tangan sewaktu diri tergelincir dari batasan. Meski menegur kesilapan mungkin disalah tafsirkan, mereka sanggup memikul risiko atas nama tanggungjawab sebagai teman.
Ramai tidak sanggup melakukannya bimbang terperangkap dengan kejujuran. Kejujuran dan kebenaran lazim membuahkan sesuatu yang pahit. Kerana teguran ikhlas, ramai kehilangan kawan. Tetapi sekiranya anda juga memiliki sifat persahabatan murni lagi terpuji segala
teguran pasti disambut baik dan menelan kepahitan itu sebagai penawar.
Sahabat sejati tidak perlu berada disisi kita setiap masa. Mungkin dalam setahun pertemuan dengannya boleh dibilang dengan jari. Namun hubungan dalaman yang erat terjalin sebati dijiwa. Adakala kehilangan teman membuat diri hilang punca dan sampai bilapun nilai persahabatan akan tergengam erat di diari ingatan.
Saya pernah terbaca sebuah catatan kecil yang meluahkan kesedihannya kehilangan sahabat tercinta buat selama-lamanya.
Katanya : I'm poorer without you, but I'm richer for having know you and shared your counsel.
Sehingga kini kasih, nasihat dan pengalaman bersama sahabatnya itu abadi buat selama-lamanya.
Memang ramai yang tidak menghayati erti persahabatan.
anda dimamah teman sendiri.
Rata-rata apa yang tercermin dalam masyarakat kita, orang memilih teman untuk kepentingan peribadi. Andai mereka tahu individu itu boleh mendatangkan keuntungan, mereka akan rapati. Sebagi contoh ahli politik yang berpengaruh akan dikelilingi teman setiap masa. Sekiranya dia berbuat silap, tidak akan ada yang berani menegurnya. Bimbang mereka akan disingkirkan dan cita-cita untuk memperolehi sesuatu tidak tercapai.
Di lihat dari sudut Islam, persahabatan itu amat besar ertinya. Menurut Imam Al-Ghazali, persahabatan harus dilandasi jiwa yang bersih. Malah hadis Nabi turut berbunyi, " Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan kamu lebih daripada kamu mengasihi diri sendiri.
Begitulah besarnya pengertian sahabat menurut Islam bersandarkan konsep persaudaraan. Pilihlah sahabat yang dapat membawa kita ke arah kebaikan.
Tidak dinafikan pengaruh teman terlalu besar dalam diri kita terutamanya pada peringkat usia remaja. Sekiranya anda boleh menasihati teman yang berada dijalur salah, itu adalah sebaik-baiknya tetapi andainya tidak, anda tidak perlu menghanyutkan diri mengikut arus mereka.
p/s: BERTEMANKAN SI PEMBUAT HARUMAN, WALAUPUN KITA TIDAK MERAMU WANGIAN, HARUM AROMANYA TERSEBAR JUA DAN BERTEMANKAN SI TUKANG BESI, MESKI TIDAK MENEMPA BESI, PERCIKAN BARA API TERKENA JUA "
berhati-hatilah !!
No comments:
Post a Comment