Wednesday 16 February 2011

Kasih Sayang Mama [ part 1 ]

Kasih sayang ibu setinggi gunung dan seluas lautan itu benar.
Sedih ibu melihat anak sedih itu benar,
gembira ibu melihat anak gembira juga benar,
susah ibu melihat anak susah juga benar..
tidak tipu melainkan yang benar.


Apa yang pasti. Tidak semua bicara mama diucapkan dengan kata2 pada setiap ketika.


Kebanyakannya hanya diucapkan dalam hati tanpa bicara. Gelisah mama selalunya tidak difahami aku sebagaimana mama tidak pernah menganggarkan ukuran kasih yang dicurahkan. Dalam peninggalan ayah, mama masih ada kasih yang mendalam pada aku, mama masih bersujud pada Allah agar aku jangan dihukum atas perbuatan ayah yang mengguris hatinya. Bila aku terlantar sakit, mama sanggup kata biar mama yang sakit, biar mama yang penat, jangan aku. Besarnya pengorbanan mama menjaga aku.

Dalam kecewa mama masih ada rindu yang tidak berpenghujung, tidak mahu hati aku jauh walau seinci dari kasih sayang ayah walau hanya dari ayah tiri. Kata mama kalau boleh mama masih mahu mengayun buaian untuk aku sampai bila2, mendakap buah hatinya selamanya2. Tetapi aku tidak tahu perasaan yang ada disudut hati mama. Aku tidak pernah tahu kehilangan yang dirasa oleh mama ketika melihat anak orang lain menunjukkan tanda rasa rimas dengan belaian ibu mereka. Kehilangan itu sudah tentu sangat hebat dirasakannya saat2 anak pergi untuk kehidupan baru. Apa yang dapat aku gambarkan, perasaan itu ditutup rapat2 supaya aku tidak tahu kerana bagi mama mahu atau tidak mama terpaksa menerima hakikat bahawa aku tidak boleh dimilikki sepenuhnya buat selamanya. Aku akan punya kehidupan dan impian yang tidak mungkin sama dengan kehidupan dan impian mama. Macam2 yang mama inginkan dari aku, aku hanya mampu berdoa agar aku mampu membahagiakan mama pada suatu hari nanti.

Kasih sayang dan bayangan mama terhadap aku tidak pernah berubah, yang berubah hanya kasih aku dan bayangan aku terhadap ayah. Kasih sayang aku pada mama akan terbelah2 dan satu belahan kecil saja untuk ayah. Orang kata, bayangan aku terhadap mama akan berubah dengan berkurangnya kebergantungan aku kepada mama. Aku melihat masa depan mama dengan mata hati yang memandang hanya kepada satu penjuru. Manakala mama melihat masa depan aku kepada seribu penjuru lagi yang tidak dapat dilihat oleh aku kerana mata hati mama itu bukan satu tetapi ada seribu.

Bagi mama, mengawal hati sendiri supaya tidak mudah terguris adalah lebih berat dari mengangkat seguni beras. Dia takut sekelumit hatinya terguris apabila aku mungkin akan dicop anak derhaka yang tidak akan mencium bau syurga. Bagi mama biar dirinya menderita asalkan aku dapat ke syurga. Aku terima mama seadanya kerana kasihnya adalah nikmat Allah yang sangat besar yang tidak ternilai dan perlu disyukuri. Aku sering berbisik bersabarlah wahai hati apabila aku masih tidak mengerti apa yang mama rasa. Mungkin benar kerana kasih sayang ibu yang seluas lautan itu tidak mampu kita renangi.

Kasih sayang mama terlalu lembut dan menyerikan. Aku masih tidak dapat membayangkan apa yang aku akan aku lalui selepas ibu tiada lagi di sisi.  Bicara mama adakalanya aku tidak senang dengar. Namun aku sedar bicara mama selama inilah yang membesarkan aku. Ia datang dari hati yang suci yang tidak dikotori oleh sebutir debupun demi untuk aku yang disayangi.




p/s : Rasulullah saw. berkata kepada Fatimah, “Doa ibu itu lebih makbul kerana kasih sayangnya lebih besar. Orang yang punya banyak kasih sayang lebih mustajab doanya.”

Syurga di bawah tapak kaki ibu itu bukan mudah untuk dipikul. Keramat seorang ibu bukan kuasa untuk dibanggakan oleh wanita bergelar ibu. Tersilap menggunakannya akan  membawa ibu dan anak sama2 ke neraka. Tanggungjawab ini hanya dipikul oleh ibu dan ibu itu wanita yang tidak punya kekuatan fizikal seperti seorang ayah.


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

3 comments:

  1. sweet post..i just kiss my mum..hritu blik..bru ade semangat nk exam..hahah..(pecah lobang aku anak mak you..)

    ReplyDelete
  2. Yana suka entry ni...
    sedih.. Yana pon tak tau apa akan jadi bila 1 hari nanti mak meninggalkan kita..;(( sedih la....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...