Tuesday 31 August 2010

what makes me patriotic?

Ok ok.. apa yang membuat aku merasakan diri aku patriotik walaupun baru bangun pukul 10 pagi tadi... wakakaka...

1. Aku boleh tahan memandu kereta manual pergi-balik kerja ( padahal amik mama je ) dalam keadaan yang jem yang teramat teruk. Nak mengeluh buat apa kan? Dah biasa.

2. Aku suka makan nasi lemak dan roti canai.... hehehehe.... True malaysian what? Dan berjaya menambahkan berat badan. erk!

3. Walaupun aku tak beli bendera Malaysia... at least aku pakai kereta buatan Malaysia.. keh keh keh...

4. TV kat rumah takda Astro...... ( ehhh ye ke?)  so TV1 dan TV2 terpaksa menjadi pilihan... =)

5. Aku suka masakan Malaysia style... makanan barat apa barang! *ok.. hipokrit di situ... kekadang melantak gak western food tapi sekali sebulan je kot... hehehe

6. Aku bayar semua bil dan saman on time... kot.. =p

7. Aku sokong industri tempatan dengan membeli yang original.. (DVD,CD) dan beli tak ori untuk filem2 luar negara.. erkk... *cam tak kena je kan? wakakaka...

8. dan akhir sekali............. aku prefer lelaki tempatan dari lelaki luar negara. Boleh gitu?

owh.berjaya senaraikan 8 je. oklah tu. Jap lagi nak keluar beli barangan buat biskut raya. Ehem.. patriotik jugak kan kalau teruja dengan perayaan-perayaan dalam Malaysia.

=)

Salam merdeka semua!



dan berbangga dengannya!


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...