Friday 7 May 2010

Mencari jodoh



Mencari jodoh mungkin menjadi beban bagi sesetengah orang. Lebih² lagi yang sibuk. Clubbing, gathering, meet up, blind dating dan even menyuruh keluarga sendiri untuk mencarikan jodoh, pelbagai cara dipraktikkan semata² untuk menemukan jodoh.
Zaman yang sibuk ni, siapa yang ada masa untuk semua tu? Masa untuk bersosial dah semakin berkurang, pagi pergi ke kerja, petang balik ke rumah, makan and then tidur. Begitulah seterusnya rutin harian si bujang/single.
Yeah, terima kasih kepada teknologi yang banyak memudahkan, lebih² bagi yang dalam proses mencari jodoh dan cinta.hoho. Bila nak bergosip, bukak Twitter, nak makan, order kat Mangkuk Tingkat, bila nak cari jodoh yang sesuai, search kat Facebook, Myspace (Speeddate?), nak geli², bukak webcam. hoho. Semuanya mudah, yang malas menjadi semakin malas, yang pandai gunakan peluang hasilnya lumayan.
Ah biarkan semua tu, apa yang aku nak highlight kat sini ialah tentang mencari jodoh di internet. Di sebalik cerita kawan² yang bertemu jodoh di internet berjaya membawa ke jinjang pelamin, ramai yang mencuba nasib dan malangnya ramai jugak yang gagal. Kenapa masih ramai orang kita gagal dalam pencarian jodoh di internet? Beberapa kesilapan yang aku nampak :
Diorang tak menjadi diri sendiri. Masing² cuba nak jadi seseorang yang sebenarnya bukan diri sendiri. Di internet, kononnya gentlemen, gayanya seperti pandai bermain dengan kata² perempuan, walhal realiti sebenar, dia gagal dalam semua tu. Cara yang betul : Ikhlaskan dan jadi diri sendiri supaya perjalanan hubungan cinta tu akan lebih mudah bila bertemu nanti. hoho
Diorang mahukan pasangan yang matang dan cantik. Sedangkan diri sendiri pun tak sebegitu. Ukur baju di badan sendiri. Ingat kata² orang tua, kalau nak jodoh yang baik, diri sendiri pun kena baik. Cara yang betul : Perbetulkan sikap, penampilan dan cara pemakaian. Insyaallah nanti akan dapat jodoh yang sesuai dengan diri sendiri. hoho
Tak meletakkan gambar profile yang original. Ramai yang meletakkan gambar orang lain, yang lebih hot dan seksi, dengan harapan dapat menarik perhatian. Fail! Semuanya akan sia². Ingat, first impression is everything. Cara yang betul : Letakkan gambar yang diri sendiri yang sebenar dan original, pastikan posisi kat gambar tu jelas supaya mudah di lihat oleh si single yang mau di tackle. =D
Mencari jodoh sebenarnya adalah satu cabaran yang besar dan kalau kita laluinya dengan baik, ganjaran yang kita dapat pasti baik! hoho. Ohh, Valentine Day semakin hampir, ketibaan hari tersebut bakal membuak²kan lagi nafsu si lelaki atau si perempuan yang single untuk mencari cinta dan jodoh. hoho
p/s : Teringat istilah keramat masa zaman IRC dulu. ASL plz?
p/ss : Dah macam entri Perunding Agensi Mencari Jodoh. hoho

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...