Tuesday 1 June 2010

doaku buatmu ya allah

oh Tuhan,
kenapa kenangan lalu kembali mengusik hatiku
kenapa tanpa diundang ia kembali menghimpit fikiran ku
kenapa perlu aku lewati luka lama yang masih berparut
telah kuubati luka itu, namun parutnya sukar ku hilangkan

seribu pertanyaan membuku di minda
seribu jawapan jua aku dengari
namun sukar ku yakininya
kerana ketakutan ku menguasai segalanya


oh Tuhan,
aku berdoa pada Mu
meminta pada Kau yang Maha Besar
berilah aku kekuatan
berilah aku ketenangan
berilah aku ubat yang bisa menghilang kan parut di hatiku
berilah aku petunjuk supaya dapat ku lihat jawapannya
dengan hati yang terang dan ikhlas ku

supaya dapat ku menerima seadanya
supaya hilang seribu pertanyaan ku
semoga hapus terus kenangan itu
semoga dapat ku atasi ketakutanku
dan semoga hidupku aman bahagia
dengan nikmat cinta yang Kau kurniakan ini


Oh Tuhanku,
bantulah aku
aku hamba mu yang lemah dan hina ini

amin.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...