Tuesday 8 June 2010

pandangan mata

Kamu..jagalah pandangan kamu tu. Jangan ditenung anak dara orang. Bahaya dowh. Haha..(para gadis pun sama..jangan ditenung anak teruna orang)

Tapi saya nak salahkan kamu pun tak boleh jugak. Sebab saya rasa kamu tak sedar pun tindakan kamu tu. Mungkin kamu rasa pandangan tu biasa je. Kalau kamu tahu mesti kamu tak pandang orang dengan pandangan kamu yang tajam menikam tu kan. Sebab saya tahu kamu ni jenis orang yang sangat-sangat menjaga tertib perhubungan antara yang bukan muhrim. Even nak buat discussion kat kafe yang ramai orang tu pun kamu pastikan ada orang ketiga yang menemani.

Betullah kan, dalam hidup ni tak ada siapa pun yang sempurna. Kadang-kadang ada kelemahan dalam diri kita yang kita tak sedari. Dan perlu orang lain untuk menyedarkan kita. Saya rasa itulah kot kelemahan kamu..kamu suka pandang orang tepat kat mata. Adakah kamu cuba mengaplikasikan teknik berkomunikasi yang tepat iaitu memandang mata orang yang sedang bercakap? Aiseh..kalau orang barat tu lainlah. Ni kita orang Islam..bukankah kita dituntut untuk menjaga pandangan? Wah..pandai sungguh saya berbicara..hanya manis dibibir sahaja T_T

Kamu tahu tak..pandangan mata kamu tu sangat tajam. Macam anak panah. Terus menikam tepat ke ulu hati..Sekarang hati saya dah berlubang dah..nasib baik sel-sel hati boleh regenerate balik. Tapi itupun tetap tak sama macam dulu lagi dah. Semua kamu punya pasal. Saya benci kamu. Eh..tak baik benci orang. Saya sayang kamu..eh tak boleh jugak. Apakah?

Kamu (yang tak mungkin baca nih) dan jugak kamu-kamu (yang sedang membaca nih)..silalah jaga mata masing-masing. Pandangan mata kamu tu boleh buat orang jatuh cinta tahu tak. Padahal kamu tak bermaksud pun. Tapi itulah yang boleh terjadi. Makanya..tundukkanlah pandangan kamu bila berbicara dengan mereka-mereka yang...ehemmm..tak sama spesies..ehehe..Tak ingat ke orang tua selalu kata..dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati...

Jangan sampai orang yang bertentang mata dengan kamu tu nyanyi lagu ni dahlah..

Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa

Tak ke haru tu? Ishk ishk ishkk..

p/s : orang perempuan pulak jangan dok gatal nak buat jelingan manja menggoda...bukan setakat boleh buat orang jatuh hati, malah limpa dengan pankreas pun boleh tercicir sekali..ishk ishk ishk..

p/s no2 : tapi janganlah pulak sambil bercakap dengan orang sambil pejam mata..tidur ke apa?

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...