Monday 28 June 2010

saya penganggur

Pejam celik pejam celik rupa-rupanya sudah lebih sepurnama, aku duduk di rumah. Tiada berbuat apa-apa melainkan menjalankan kegiatan domestik seperti makan, minum, melayari internet dan tidak lupa berpeleseran di kedai-kedai mamak, alamanda, mines, times square dan pusat karaoke bersama teman-teman kala kekayaan melimpah ruah.


Tetapi bila kekayaan yang melimpah ruah itu habis dan kering-kontang, aku mengambil keputusan untuk berpeleseran pula bersama ibu dan nenek tercinta di gedung-gedung sekitar singapore dan juga pasaraya-pasaraya besar yang menawarkan jualan murah. Ini semua dilakukan bagi menghilangkan kebosanan di samping meluangkan masa berkualiti bersama famili. Lagi satu keluar dengan mereka tidak perlu keluarkan duit walau sesen sekalipun. hihi. heaven sangat!


Sejak bergelar pengggangur ni aku rasa seolah-olah diri ini seperti tiada masa depan. Seolah-olah diri ini tidak berguna. Yelah duduk rumah goyang kaki sambil tengok WONDERPET. Ianya tidak mendatangkan hasil melainkan aku dah hafal semua lagu yang dinyanyikan oleh tiga ekor binatang perliharaan dalam cerita tersebut.


INI SERIUS..

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...