Friday 18 June 2010

review muvee Sex and the city 2

baru sampai rumah.. td g tgok wayang..



Sex and the City 2 memang series favourite aku..movie yg 1st pon memang best..

after watching that movie, then i realize something about relationship..





Big memang seorang lelaki yang boleh buat perempuan rasa selamat but at the same time rasa takut.. :)
Walaupun sudah 2 tahun berkahwin, Carrie memilih untuk tidak mempunyai zuriat. bila tiba ulangtahun mereka, Carrie telah menghadiahkan seutas jam buat Big and at the same time die xpect benda yang special dari Big. tapi apa yang mengejutkan bila Big menghadiahkan flat screen.


terjadi sedikit pertengkaran kat situ yang membuatkan Carrie balik ke apartment bujangnya untuk menulis. dier cuma minta 2 hari berjauhan dari Big supaya dier boleh bersendirian. tindakan Carrie itu menyebabkan perasaan mereka untuk bersama semakin tinggi. (orang kater...kalau dekat bau busuk, dah jauh wangi lak yer)


so one day..Big bagi cadangan kat Carrie yang dier nak 2 hari dalam tempoh seminggu untuk bersendirian. dalam masa 2 hari tu dier boleh buat apa sajer yang dier suka. carrie macam tidak setuju but then..dier akur kehendak Big.jadi..perjalanan cerita ni lebih menyeronokkan bila Samantha mendapat undangan daripada seorang jutawan Arau Saudi tuk pergi ke Abu Dhabi. di sana mereka akan mendapat layanan first class tanpa bayaran!


klimaks nya SATC2 ni bila..Carrie telah berjumpa secara tak sengaja ngan Aidan. uols kenal kan sapa Aidan..kekasih lama Carrie yang juga telah berkahwin. pertemuan tak sengaja itu telah membawa mereka ke satu jamuan makan malam dimana mereka dengan secara tak sengaja telah berkucupan..hihihi...apa penyudah nya..adakah Big tahu?? uols tengok sendiri. satu je tak best tiz time..naper baju Carrie tak vouge macam episod lepas erkk...


setiap satu watak antara mereka berempat ada membawa mesej tersendiri n uols shuld tengok. masalah mencari pengasuh..masalah hormons, monopous. 

bagi aku, sebagai seorang isteri dan ibu yang berkerja..memang aku perlukan beberapa hari untuk bercuti. bercuti dari segala-galanya.ehh motiff?aku blum berkahwin la.. lol. melakukan beberapa kerja dalam masa yang sama memang penat ok. ada orang amik itu sebagai satu keseronokkan..malah ada yang amik sebagai satu cabaran. tapi siyess beb..kita (suami isteri) perlukan satu hari untuk menghabiskan masa bersama tanpa anak2.



Tapi rasa kecewa ngan movie ke 2 ni..banyak mempersendakan agama islam...

1. Mempersendakan perempuan arab yang pakai niqab..Siap gelakkan bila perempuan yang pakai niqab tu makan french fries sebab kena angkat purdah tiap kali dia nak suap..

2. Dalam satu insiden, perempuan2 arab selamatkan durang dan masuk dalam satu bilik..Pastu pompuan2 arab ni cakap durang suka NY n tanggalkan jubah..pakaian sume sexy.

3. Samantha berpakaian sexy di khalayak lelaki2 islam yang siap nak g semayang (siap ada azan) ..pastu handbag dia berterabur penuh ngan condom..pastu sume lelaki2 tu keliling dia n marah2..trus samantha bangun n menjerit2 ckp yess..condom2..sex...walawei melampau sangatla...

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...