Thursday 17 June 2010

TOY STORY 3 review

Di sebalik 3D yang mengecewakan. Semuanya adalah terbaik!

4.6 dari 5 bintang.

Secara peribadinya, menonton 3D tidaklah sehebat yang disangka. 3D hanya berbaloi untuk menonton cerita pendek sebelum bermulanya cerita Toy Story. Di situ, kita akan nampak efek 3Dnya. Ya. Seperti sedia maklum, Pixar selalu buat cerita pendek di awal-awal cerita betul. Cerita yang bertajuk Day & Night adalah sangat menarik. Menceritakan dua angin yang bergaduh menunjukkan betapa mana satu best. Antara siang atau malam.
Itu aje yang 3D. Masuk Toy Story kurang 3D.

Kali ini mengisahkan Andy yang sudah masuk umur 17 tahun dan akan ke kolej. Mainan-mainan semua berasakan sedih kerana Andy sudah tidak bermain dengan mereka lagi. Mereka juga merasakan mereka bakal dijual atau pun didermakan kepada yang memerlukan. Tapi Woody, si mainan cowboy tidak merasakan begitu. Dia rasa Andy tak kan jual atau dermakan mereka semua. Mainan-mainan akan disimpan oleh Andy dan mungkin akan digunakan kembali sekiranya Andy mempunyai anak kelak.

Sehingga lah suatu hari mak Andy menyuruh Andy mengemas bilik kerana hari Andy pergi ke kolej hampir tiba. Di sini, twist plot sudah pun bermula. Apa yang akan berlaku? Adakan Andy akan ke kolej dengan membawa mainan? (Pasti tak cool) Atau pun mainan semua akan dijual atau didermakan? Lihat kesudahan di pawangan yang berdekatan.

Sedikit point-point menarik bagi saya dalam cerita ini:
  • Banyak mainan Andy dah dijual.
  • Banyak watak mainan baru yang digantikan.
  • Buzz Lightyear dalam bahasa Sepanyol sangat kelakar.
  • Jangan sangka Teddy Bear itu baik. Bad Teddy Bear is Bad!
  • Andy berumur 17 tahun boleh tahan kacak.
  • Banyak sentimental value dalam cerita ni. meleleh beb.
  • Kepala bayi berpusing 360 darjah sangat menakutkan.
  • Kemunculan istimewa! Totoro. Terbaik lah!
Pergi lah tengok. Antara movie terbaik tahun ni. Tak menang award eddy tak tahu la.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...