Monday 19 July 2010

MANTRA review


Dibintangi oleh:
Zul Handy Black, Hasnul Rahmat, Ana Dahlia, Mas Muharni, Bob Lokman dan Hamdan Hj Ramli


Genre:
Seram Aksi


Tarikh Tayangan: 15 Julai 2010


‘Mantra’ merupakan filem seram pertama dan terakhir menjalani penggambaran di Penjara Pudu yang berusia lebih 100 tahun itu.

komen saya :
Tak teruja nak menjerit
Tidaklah Mengecewakan Dan Tidak Juga Mengujakan!

Member 1 :
tak seram pun. 
Bagus! Tetapi Ada Scene Yang Bagus Dan Masih Ada Yang Tak Bagus!

Member 2 :Filem Jangan Pandang Belakang Yang Paling Best!

Member 3 :Rubbish! filem malaysia sangat streotype

Member 4 :Lucu! kelakar part orang tua dlm penjara tu

Anda :
Tontonlah sendiri kerana masing - masing ada pandangan masing - masing!

SELAMAT MENONTON


Aspirasi Azahari seperti yang dikongsinya dengan media ialah mahu mendidik masyarakat mengenai keburukan dan kebaikan ilmu hitam.

“Jika kita gunakannya untuk tujuan yang baik, tidak mengapa tetapi apakah yang akan terjadi jika kuasa itu digunakan untuk tujuan yang tidak elok.

Ilmu hitam @ sihir yang ada sangkut-paut dengan iblis dan syaitan adalah haram sama sekali untuk diamalkan, meski dengan tujuan kebaikan seperti meraih keuntungan perniagaan, menarik cinta wanita ataupun memelihara dan memagar rumah dengan bantuan ilmu hitam.

Macam mana pula boleh dikatakan yang 'ilmu hitam digunakan untuk tujuan kebaikan itu, tidak mengapa?'

Sabda Nabi s.a.w.:
"Pengubatan sihir (dengan menggunakan sihir) itu adalah dari perbuatan syaitan". (Ahmad dan Abu Daud)

 Jadi, si pengarah, tanya-tanyalah dahulu pada alim ulama sebelum berkata itu-ini tentang sihir.

Pelik betul. Mengapalah ramai pengarah filem sekarang ini hendak 'mendidik masyarakat' dengan menghasilkan filem-filem seperti hantu, sihir, gay, lesbian, pelacuran, gaduh dengan polis,dan banyak lagi elemen-elemen buruk dalam filem ?

Tidak ada lagi ke kemurnian dalam masyarakat kita yang boleh ditonjolkan ? Ataupun tidak yakinkah pengkarya kita pada syariat agama yang luhur dan murni untuk dijadikan panduan dalam berkarya...?


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Eddy Ezally ! Sila Beri Comment and Like la Kalau Suka ! ♥

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...